Aku ni nampak je keras
nampak je kuat
tapi hati aku rapuh sebenarnya
tambah lagi bila sentuh soal hati nan rindu
bohong la kalau kata hati ni x meruntun bila mengenangkan hidup di rantauan tanpa suami di sisi
semua perkara kena handle sendiri
urusan anak
urusan rumahtangga
makan sorang2
tidur tiada peneman bila sendiri mengingau sendiri sedarkan diri
walau hati selalu berbisik "aku harus kuat dan tabah" tapi kadang-kadang kecundang juga
bohong la kalu bila duduk sesorang tu teringat itu ini air mata x meleleh
bohong la bila lihat telatah anak teringat papa dia hati tidak terusik sedih
tipu la kalau keluar dengan kawan-kawan semua bawa anak bini aku bawa anak dan orang gaji !!
aku selalu minta suami untuk kuat tapi aku sendiri kadang-kadang tewas
kerana lumrah alam.. perempuan adalah lemah
itu sebab aku selalu berlagak kuat dan sentiasa perlukan kekuatan suami tuk bina kekuatan aku pula
itu asas
tiada asas maka yang lain juga tidak wujud
aku rasa seolah tidak mampu pula hidup sentiasa menghitung hari
hidup selalu di hampiri bayang-bayang
mampu ke aku tempuh semua ini untuk beberapa tahun lagi ?
sedangkan baru 2 bulan aku seolah seperti merayu mahu pulang ke pangkuan asal ku
ada orang kata utk 6 bulan pertama mmg suffer sedikit lama-lama semua akan pulih
aku juga harap begitu kerana perjalanan aku masih jauh
terlalu jauh untuk di hitung
aku selalu berpandukan kepada pengalaman orang lain
selalu juga tertanya-tanya
orang lain lagi jauh nak jumpa setahun sekali pun payah tambang mahal amik masa 2 hari nak sampai destinasi
kami ? 2 jam 40 min dan insyaallah setiap bulan leh dtg tuk nikmati kebahagian
macamanala mereka hadapi untuk berjauhan
memang setiap individu lain rasanya
tapi kembali pada asas semula
manusia adalah sama
milik TUHAN
jadi dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA
aku sebagai hamba harus bersyukur dan redho
dan selalu ingat ada insan lain yang lebih TIDAK bernasib baik dari aku
tapi aku xboleh bohong aku rindu sangat !!!