BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 30, 2012

Perbelanjaan Bulanan



Petang-petang ni saja nak sembang isu berat 
 ok korang agak-agak barang-barang dalam troli tu RM brapa di shoping di Malaysia? 
aku ada share gambar ni di FB 
ada yang cakap if penuh 1 troli cmni rm 300 gitu 
or sometimes over than rm300 
bila aku ingat-ingat balik or kadang-kadang borak ngan hubs 
pernah ke aku beli groceries sebulan sampai 300-400 ?
 baru setahun lebih tinggalkan msia 
dah buat-buat lupa pulak eh !!
 tapi serius kami kat msia xbeli cmni 
 which is beli tuk dua orang laki bini + anak yang masih kecik xmengerti nak minta itu ini 
beli pun barang kerpeluan yang betul-betul perlu 
 maklum la kira-kira kena betul if not mmg setiap bulan budget lari xterkejar 
so range perbelanjaan setahun lebih dulu di msia lebih kurang rm200 termasuk susu + drypers ya puan puan !!
 susu 2 kotak + 1 drypers size M 
dan kami akan akan ke tesco/giant/carefour/mydin ke sebulan sekali sahaja 
itu tuk groceries la 
barang basah di market dalam rm50-100 tuk 2 minggu 
depends la if masak byk lebih pula belanja barang basah 
tu dulu belanja di Msia 



So macamana nak habis teka tuk troli di atas ?????
ok harga nya lebih kurang rm400 bila di convert ke RM 
nampak je penuh tapi bila kemas2 sikit je tau. huhuhu 
itu xtermasuk diapers + susu QK 
susu QK from Msia so mmg xtermasuk dalam perbelanjaan bulanan 
bahan basah lain. biasanya rm120 tuk 2 minggu 
ok aku list skit pe ada dalam troli tu 
sayur skit 
biskut/jajan 
jus/soya/susu 
sabun/soflan
toiletterist 
sos/tomato 
can food 


itu je kot lebih kurang barang yang tersenarai uhhhh 
kadang-kadang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. 
tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada !  





 

Nasi kerabu


Tiq Tiq Tiq ayaq liuq 
hhehehehe 
aku rasa dah sebulan aku craving nasi kerabu ni 
atlast semalam berjaya juga penuhi kehendak tekak 
tu pun setelah episod merajuk berlaku 
mana tak nya plan nak p pasar sabtu so bole la masak hari sabtu 
tapi suddenly hubs btau sabtu nak main golf 
sentap skit la 
tapi kejap je la. lagipun sabtu dan ahad beza sehari je. yang penting dah dapat. yeay !!!!!!




senang bangat bikinnya. 
 resepi "sila google" 



 
 

Apr 26, 2012

Ibu Mengandung nak makan buffet

 Budak ni kalau bergambar suka buat muka tau
mama no friend baby !
hehheheh

 papa punya 

 mama punya 

baby punya 
baby apa ! kakak lah. 
 

 papa punya 2nd round 

 mama punya 2nd round
hati meronta-ronta nak makan 
tapi amik nya ciput-ciput 


our pizza


 salad papa 

 ini la ibu mengandung yang meronta-ronta nak makan buffet menu 
tapi bila sampai blur x tahu nak mkn apa 
kebetulan malam tadi adalah western day 
so hubs ok la sbb ada lamb 
QK ada spagethi 
mama ada pizza 
 
 
ini peneman setia 


 ini penyeri hidup 

 suka gila dapat mkn aiskrim 


 ini papa punya 3rd round 


hamboii anak dara mama


 my dessert 

 kakak sayang adik !!


anak dan bapak
macam2 hal 
dia saje tutup mata sebelah lepas tu suh papa tutup lagi sebelah mata 

apa-apa je lahh





Apr 25, 2012

Pembantu Rumah

Isu pembantu rumah pernah hot sedikit masa dulu kan 
gaji melonjak naik sampai ke rm800 
kerja hanya 1 skop 
cuti sabtu ahad 
bebagai lah 
gila ke haper 
yes, pembantu rumah juga adalah pekerja 
ada hak tersendiri tapi biarlah bersesuaian dengan cara dan keadaan nya 
betul tak ? 
aku yang kat sini pun dengar cerita-cerita tu di malaysia stress juga !


Aku di sini ade pembantu rumah 
dah setahun lebih ni semua masih boleh di kawal 
dan ada juga la facing hal2 yang menyakitkan hati
dulu masa aku sorang hubs di Malaysia aku amik 2 maid stay di rumah 
sorang tu semua kenal kot Thandar Moe yang kekal sampai skang
sorang lagi masa tu tua skit usia awal 40an 
 janda anak sorang sekolah 
banyak cekadak, tapi aku layan kan aja. sbb kita ni niat nak menolong 
tup tup baru 2 bulan kerja dah minta naik gaji. aku sebal je nak malayan. 
then yang paling aku hangin dia curi-curi minum susu formula QK 
aku mmg marah lah part tu, sbb susu QK xde kat sini 
setiap kali Malaysian datang kirim skit-skit buat stok 
dia suka suki nak minum bancuh ngan milo lak 
aku tanya dia kata susu tepung tu sedap lemak berkirm. WTH 
aku warning dulu sbb aku ni masih ada hati dah perasaan juga la 
kebetulan mama aku and anties ada time tu
dorang mengadu siang2 lepas makan org tgh lipat baju dia hentam tidur dalam bilik 
mak aku la p intai2 kat bilik 
nak tidur bole je tp sebaiknya biarla lepas habis suma kije then ko nak relax aku xkesah lah 
ni kawan ko buat kerja ko tidur 
mana bole bai. huhuhu 
lepas tu ada juga la thandar mengadu 
dia kerja berkira, if baby poo poo dia xmo cuci sanggup tunggu thandar. 
lepas tu ngada2 benda tu xleh makanla nasi nak nasi lembik2 so kena masak asing tuk dia. 
hamboiii ko madam ke aku madam ?????
aku dengarkan aja 
sampai ada 1 hari dia btau ayah dia sakit and nak balik kampung 
 dia kata nak jaga ayah dia nak cuti 2 minggu 
aku bagi la. siap bagi duit extra sbb concern mana tahu nak guna duit 
sekali rupanya dalam 2 minggu tu kawan aku terserempak dengan dia kat sekolah tgh amik anak madam baru dia. 
uhhhh menyirap darah aku, MENIPU mmg kepantangan aku !
 terus lps 2  minggu mmg xmuncul pun kelibat dia 
lega juga la. 



After sebulan aku dpt maid baru budak lagi 
kerja mmg tip top, pendiam 
xbanyak songeh lah. 
 kebetulan aku nak pindah time tu so dia kerja berat skit
tapi so far ok 
QK pun nampak selesa ngan budak tu
tapi dah mmg nak jadi cerita 
 1 day aku kena pergi kerja awal tuk duty 
so pagi2 kena masak siap2. 
tapi bila aku bgn dua-dua maid xbgn lagi 
aku buka bilik baru lah depa kelam kabut bangun 
aku marah juga la sbb mmg nak cpt 
tp marah aku kejap je. 
aku xmarah depan2 sampai office aku kol ckp ngan thandar lain kali jgn buat cmtu lagi. pesan pada budak tu sekali. 
tiba-tiba aku balik kije ngok dia dah siap beg depan rumah nak berhenti kerja. 
apa pulak musibah ni. rupanya dia malu sbb terbangun lambat dan madam marah. 
ohhhh kira xbole kena marah la ni. cantik muka kau !!
tapi time tu aku sedih gila tau, sbb kebetulan bulan yang sama thandar ada btau nak berhenti kerja so aku stress pk sape nak jaga QK sebaiknya. then dia pulak nganda2 xbole ditegur
aku nangis oke time tu. sbb facing sorang2. dalam otak sape nak jaga anak aku !!
 tapi budak tu keras hati ttp nak berhenti. fine la. 
then aku slow talk ngan thandar, dia kesian ngan aku 
dalam keterpaksaan dan tuk kesenangan aku juga 
aku offer thandar gaji tertinggi di antara maid-maid Malaysian kat sini 
which is rm370-400 lah bila di convert. mmg la kat msia xdpt gaji cmtu kan. 
tp sini harga tu dah kira paling byk okeh. 
 xpela asalkan ada org jaga anak aku. dia setuju terus x jadi ke singapore tuk kerja. 
lega di situ. 
lepas kejadian tu aku xamik dah 2 maid stay nite di rumah. 
aku amik sorang tapi bayar gaji hari dari jam 8-5pm 
ok la dah setahun pun macam ni. 
 walaupun bila pikir balik aku dah byr byk pada thandar nape perlu sorang lagi 
bila ngok kdg2 xterkejar juga semua benda thandar nak buat 
or bila thandar sakit  atlist ada orang nak bantu. 
xpela tuk tu aku lelap mata je la bayar cum tolong orang dalam kesusahan juga kan 



Aku xla kata thandar ni pembantu yang perfect 
tapi boleh la
kadang2 ada gak musim ngada2 dia 
hujung thn lepas dia minta nak sambung blaja pulak 
konsep uni sini belajar 1 bulan dalam 1 tahun selama 3 thn baru dpt diploma. 
setiap oktober sahaja 3 tahun berturut2 
aku ni kesian 
sbb dia ni kategori cepat tangkap, ada cita-cita cuma dulu duit xde nak blaja. skang gaji dah lebih skit bole la sambung blaja 
aku pun bg la, xbaik sekat keinginan orang kan. 
so oktober thn ni selamat lah sbb kami di Msia berpantang. 
 tapi harap2 lepas belajar sebulan jumpa macam2 orang xde la minta nak berhenti kerja 
mmg aku terajang jauh-jauh 
 tapi selama setahun lebih dia kerja ngan aku actually 2x dia nak minta berhenti sbb nak kerja luar Myanmar cari duit lebih. so far boleh di kautim. 
nak hadapi lagi 2 tahun kat sini. cmne la kan. 
xlama lagi ada baby kecik pula tu. 

Semoga dipermudahkan segalanya. 





Apr 24, 2012

Serabut perot

Sila baca "Serabot perot" tu guna loghat kelantan paling pekat okeh 
baru feel !
kuar dah suma segala loghat menunjukan punya la serabut nak pikir apa menu nak masak tuk santapan sekeluarga 
dulu kat msia aku ni jenis memasak juga di rumah 
tapi xde la pening mcmni kot 
ye la dulu masak juga tapi atlist ada pasar malam skip juga memasak kan 
sekali pasar malam di putrajaya sekali di bangi 
5 hari bekerja dah skip 2 hari ye dok !!
if weekend keluar berjalan dah rest during weekend juga
so paling worst pun seminggu 4 kali je masak 
tu pun tuk dinner sahaja 
lunch for sure di office 
so xde la pening sgt nak pikir menu-menu nak masak 
tapi kat sini hari-hari ok without fail
if failed meaning kebuluran lah. hehheheh 
kalau ada org jemput makan tu omak ai syukur nya bukan pikir jimat lauk tapi pikir jimat menu dan tenaga. hari-hari masak pun bosan juga. 
makan kat luar pun xselalu sekali 2 minggu pun dah cukup bagus tu. 
so kami kami kami ni stress bertukar-tukar menu dan resepi 
kalu jenis pandai masak bole la hari-hari menu berlainan 
if yang so so cum i ni. tu pun jenuh susun jadual supaya xbosan dengan masakan sendiri 
kadang-kadang i buat2 malas juga suh hubs msk lauk pilihan dia 
bila di tanya nak makan pe today ?
dia pun xde respon sgt, apa-apa je lah 
itu yang buat lagi stress okeh. 
if nak sng mee maggi je cepat di masak sedap di makan !! huhuhu 
selalu makan maggi gugur pulak rambut nanti. alahai 


tadi aku duk termenung 10 minit duk pikir pe ada dlm freezer tu tuk di baham dinner ni 
tapi idea ttp lah xdtg.  
ada ikan bawal nak masak kari baru je 3 hari lepas makan kari 
ada ikan rohu hasil pancingan hari tu nak masak asam pedas xde daun kesum xsedap pulak 
ada udang tapi skit sgt xcukup pun tuk kami bertiga. hihihi 
ada ikan kembung xkan nak goreng je. stok sayur mmg dah out ! 
nak buat lauk berunsur telor baru masak telur puyuh pagi tadi 
stok ayam dah hbs pulak tu. 
lagi ada pe lagi ?????? 


oh ada pau kaya 





dinner makan PAU ???????????




kena pangggg tak dengan laki i ? huhuhuu 




 

Apr 23, 2012

My Weekend

Assalamualaikum 
hari ni nak pergi ke ofis layu je 
aku rs aku perlu vitamin lah tuk tingkatkan antibodi 
lembap gila ni !
today aku masak lemak cili api ikan lampan 
saturday hari tu hubs ikut geng lelaki p fishing 
tp dia x fishing la tukang ambik video n gambar je 
maklumlah bini mengandung !!
pantang larang orang tua kena juga ikut tuk kebaikan 
besar-besar ikan nya 
pagi tadi aku nak test la masak 3 4 ketul berbau tak 
sbb last time ikan kolam tu bau tanah skit 
semalam aku rendam/basuh ngan air asam lama gila pun ada skit tinggal lagi baunya 
kami kalu ikan bau tanah ni mmg spoul terus selera nak makan 
tapi org sini n prob bau ke xbau ke tetap sedap ! huhuhu 
teringat hari tu hubs teringan nak mkn kari kepala ikan merah 
jumpa kat pasar betul tinggal sekot je, kami beli lah. 
kari dah kaw ni sekali ikan bau hanyir gilak. terus potong slera sian hubs i. 
bagilah maid i sorang tu bawa balik dari membuang. 
 eh panjang lak citer pasal ikan ni. hehehehhe 



After geng lelaki habis fishing around 5pm cmtu 
sambung dgn BBQ di rumah my bos sampai ke malam 
ahad nya ada program bersama anak-anak yatim 
insaf kejap semalam lihat kesusahan mereka. 
terus bersyukur dengan apa yang ada! 
 so weekend ni xde pun bawa QK jejalan 
duk di rumah je ngan kakak. sian QK 
tp skang seronok gila lah ngan dia  
bila kami balik dari mana2 terus dia bagi report non stop 
bercakap pung pang pung pang sampai gagap punya la nak laju-laju 
hahhaha comel ja 




**dah sebulan i x p SPA!!** 
uhhh kaki dah berkarat ni. 



 
 
 

 

Apr 19, 2012

Anak - anak

Lagi beberapa bulan dah ada anak-anak 
sekejap je masa berlalu 
dah nak ada anak no 2 
auwwww auwwwwww 


Sekejap juga rasa anak pertama aku tu membesar 
ada yang seronok di layan ada yang perlu di beri lebih didikan juga 
Dalam usia 2 tahun 6 bulan ni kanak-kanak dalam proses learning yang sangat cepat dan pantas 
sekali sebut je dah sampai ke otak mereka 
itu sebab mereka mudah menjadi ikut-ikutan 
yang baik ok 
yang xbaik tu la kena di kawal sedikit 
kat sini ada kan banyak channel indon 
so QK dah semakin kenal nama pelakon-pelakon indon 
dia juga dah jadi suka pada lagu-lagu indon 
selalu lah nyanyi "aku x bisa" ada satu lagu tu 
aku ingt dia x phm apa maksud lagu setiap di nyanyi kan 
contoh word "aku" di mana kegunaannya 
kami di rumah mmg xde guna word tu 
sekali 1 day minggu lepas dia ckp ngan kawan dia kak erna (budak umur 5 tahun) 
"itu mickey mouse aku!"
dia paham aku tu adalah untuk membahasakan diri 
omg, rasa nak cubit je mulut 
tapi bila aku tegur "eh baby mana bole ckp aku! xbaik tau"
dia senyum ja. 
 sebab selalu nya dia akan bahasakan diri nya "baby"
walaupun jenuh kami panggil nama lah skang practice panggil "kakak" 
tapi tetap nak baby juga 
nanti dah ada adik xtahu la mana satu baby... huhuhu 


 Sekarang dah suka bergambar 
pantang keluar kamera dan dan suh snap gambar
contoh cumni xpakai seluar pun di paksa nya kita snap 
lepas tu suka buat muka selalu senget kepala lah 
xpenah nya yang ada gambar statik dan cantik pun 
sekarang tengah gila mickey mouse 
pantang namapk mickey mouse 
jerit-jerit histeria 
baju pun hari2 nak mickey mouse 
baju mickey mouse dah la xbanyak 
so duk ulang-ulang baju tu ja. nnti org ingt mak pak x mampu beli baju lain. 
then nak plih sndri lak tu. kalu xikutkan jerit 1 taman dengar
beg, mainan suma nak mickey mouse 
angry bird punya season dah lapuk 
alahai anak. 
 

 dari dulu belajar buat peace xpnh berjaya 
sian QK 
bila buat jadi kepala senget mata pejam 


 QK suka main peralatan music kot 
suka gitar kecik tu 
pastu suh apak dia ketuk drum 
macam-macam bunyi jadinya 


 sekarang banyak cakap sangat 
if duk rumah tu ada je benda dia nak borak dan cakap or bebel sengsorang 
penat bercakap ada je mainan dia keluarkan 
paling suka main masak-masak lah
kejap kang tanya "mama nak apa?" "papa nak apa?" 
penat nak jawab menu pe xjawab kang dia tetap tanya sampai terjawab 
1 lagi peel nya 
time nonton tv kita borak2 jap kang dia jerit 
diam ! diam ! baby nak ngok. boleh gitu ?
time kita syiok ngok tv dia kacau xpe pulak. 
kalau kita borak-borak xlayan dia pun kena jerit 
tapi if xdgr suara dia bebel-bebel jerit-jerit rasa rindu gila. 


Cakap telefon lagi best 
xkesah la sape kol "hello yang"
hahah ikut mak pak nya la. 
tapi setiap kali nak keluar p rumah jiran or nak swimming kena kol mama or papa dulu inform 
so kdg2 dia kol aku kat office 
"mama baby nak g tu tu tau" ulang banyak2 kali non stop 
xbole nak counter dah
 or bila mama kol 
mama : "baby siap-siap nanti nak p city mart"
QK : "ok nak nak ! mama papa ikut ya"
 lepas tu bila balik dah siap depan pintu 
*sweet* 


Yang paling sweet bila dia pun dah paham dalam tummy mama ada baby 
mula-mula dulu dia hentam cakap mama big ada shark frog segala dalam perut 
skang dah tahu ada "adik"
kdg2 dia tanya adik buat pe tu ? adik sleep ?
tapi kena angin badai dia hentam duduk atas perut mama juga 

 




 

Water Festival - Thingyan

 Selamat pagi Myanmar 
Selamat tengahari Malaysia 


Ok bagi aku cerita dulu sebelum nengok 5 keping gmbr yang aku tempek 
xyah aspek more mls nak resize. huhuhu 
Last week kami cuti panjang 5 hari uolss 
seronok lepak2 kat rumah tu pun rasa x puas... dasar mmg malas nak kerja !!
Every year in April mmg ada Pesta Air ni 
biasa nya 5 hari tu sesiapa keluar je dari rumah balik comfirm basah 
orang siram air xbole marah dohhh 
ada pandal-pandal di setiap jalan-jalan utama 
nak bermain kat atas pandal tu ada la di kenakan bayaran 
tapi for us di sponsor oleh Petronas 
so nak main hari-hari pun by FOC 
 


 haaa nampak tak van/lori kecil tu beratur tunggu turn tuk di siram air 
mmg dorang menyerah diri tuk di basahi 
 
 dan ini antara orang yang menyiram orang-orang di bawah tadi 
harap maklum duk atas ni pun basah juga eh 
ko rela ngok orang sebelah kering je baik siram juga 
so kat atas pandal pun meriah 
ada radio so menyiram sambil dance !!



 cmni la cthnya 
sian security tu 
1 hari jaga jalan basah kuyup 


musim-musim panas best la main air 
sejuk 
tapi if x tahan bole jadi demam tau 
mujur i oke. QK pun enjoy 
kami p 3 kali je 
2 kali bawa QK sekali we enjoy couple 
QK p xmo balik seronok. sampai biru2 bibir kesejukan pun xmo mengalah 
bila last day tu lagi hapening sbb air tu di campur ais. sejukkk gilakkkkk okehh 
tapi dorang tetaplah enjoy 
dasar kulit kerbau kan. 



Next year nak sewa jeep 
merasa di siram dari pandal lak. tapi air dia tu deras kena mata sakit wooooo