Soal waktu bersama anak-anak ini penting kan
if kurang waktu kita bersama anak-anak
kejap je dia akan melupakan kita
aku follow juga cerita Ramadhan Terakhir kat tv3 tu
anak dapat kasih sayang orang gaji lebih dari mak dan ayah sendiri
tersentap juga di situ
Aku takut perkara tu jadi pada aku, pada anak aku
**
Di sini selalu ada event time dinner
so balik kije bersiap tuk ke event pula
jam 930 ke 10 baru dapat balik
selalunya begitu
tapi aku selalu akan jadi orang pertama untuk minta diri kerana memikirkan anak dirumah
tapi kadangkala QK dah tidur kadangkala sedang menonton tv
Semalam aku bizi skit, mmg balik awal tapi rush pula tuk keluar semula kerana ada event jam 4ptg
balik mandi kiss2 Qk pesan "nanti makan, and be a good gul"
aku terus keluar terburu-buru
bila dah balik malam jam 915 dia dah tidur pun
aku cuma angkat masuk bilik dan dapat hug n kiss dia time tidur je
xdapat2 nak borak2 macam biasa
tapi time tidur tu aku bisik juga pada dia "esok papa balik tau"
nak bagi supaya dia tidur lebih lena bila tahu hari ni akan jumpa papa !
mmg QK sangat lena semalam. good gul dear
tapi kesah sentap skit bila setiap kali bangun nak susu dia akan panggil "kakak"
mungkin dia dah selalu minta susu pada kakak di siang hari
dan mungkin dia ingat aku masih belum pulang dari kerja
tapi aku tetap nak ingatkan dia yang dia sedang lena dengan "mama" bukan "kakak"
dia sedar dan tahu
bila panggil kakak xde jawapan dia panggil mama pula
baru aku menyahut
serius aku terasa
aku bukan sengaja nak kurangkan time tuk bersama QK
tapi masa aku cuma kadangkala terhad di sini
itu pun banyak aktiviti sosial yang xpenting aku avoid
aku cuma attend aktiviti rasmi sahaja
tapi waktu aku bekerja 8 jam sehari pun sudah cukup untuk QK rasa aku lama xada di rumah kan
makan kakak suap, kakak mandikan, bermain dan mononton juga ngan kakak , po po kakak cucikan
bila aku balik dia selalu tunggu depan pintu dan tunjuk tangan untuk hug itu sudah cukup buat aku touched
itu tanda dia masih ingat dan perlu aku sebagai ibu kan
aku xpernah terpikir nak mengabaikan anak2
tapi dalam situasi aku skang aku terpaksa
di samping papa Qk juga jauh aku xmahu dia rasa jauh dari rasa kasih sayang mama dan papa dia
faktor2 begini buat aku selalu takut dan selalu ingin berhati-hati
kerana aku sentiasa ingin yang terbaik untuk anak aku
untuk Qaireena Krisya satu-satu nya buat masa ini
mama akan cuba yang terbaik segalanya untuk mu ya sayang.
0 Kritikan:
Post a Comment