BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aug 23, 2011

Pengalaman memasak

Semua perkara dalam hidup ni 
musti start from bottom kan 
sama juga la dengan skill memasak aku 
masak nasi, air, maggie, goreng2 tu tahu la 
maksud aku skill nak masak supaya rasa tu kick dan sedap 
kalu nak citer masak suma orang pun boleh masak kan 
tapi skill dan cara tu cmne tuk dapat hasil yang sedap 
pertama-tama nya masakan ibu mmg selalu yang terbaik
sebab mmg kita dah dibesarkan dengan air tangan ibu 
dah masakan ibu la yang selalu akan dirindu 
macam aku skang. uih seksa babe !
dulu masa zaman kolej mmg aku x pndai masak lansung 
sebab pertama kerana semua mmg mama aku yang masak 
aku just tolong potong bawah, tumbuk, blend cili 
basuh kuali 
masak. mmg never 
dah siap aku makan je. hehehehehhe 
perkara ni berlarutan hingga ke zaman perkerjaan 
bila duk bujang nak xnak kena la masak if nak save 
so start from that moment aku baru nak mula explore memasak xsilap time tu umur aku 23 tahun 
tapi start yang simple2 dulu 
cum nasi goreng, bihun goreng, cucur, murtabak maggie 
makanan2 orang bujang 
sampai aku nak khwin mmg aku xpandai masak 
dan aku mmg dah inform bakal suami siap2 "i xpandai masak tau"
syukur aku diterima seadanya 
tapi aku nekad lepas kahwin aku harus belajar masak 
sebab Fadilah Kamsah kata " jagalah suami anda dengan masakan anda" 
walau aku xde skill memasak tuk jadi sedap tapi aku mahu mencuba 
hehehhe ingat lagi kenangan mula2 kahwin 
kelam kelibut print buku resepi beratus2 page 
nak masak he buka buku 
xpun kol my sis or tanya mama 
aku ingat mgu pertama khwin 
adik ipar n sepupu nak tidur rumah kami 
so untuk sarapan aku goreng kan nasi + nugget 
sampai la dia selalu perli kata nasi goreng aku sedap 
motif sampai skang aku xtahu 
mmg betul2 xsedap or dia perli sbb mmg xsedap lansung 
nak tanya malu so senyum je la.hheheheh 
mula2 aku masak lauk xsilap aku adalah kari ayam 
sbb hubby i suka makan kari 
dulu aku masak kari mak ai punya la pekat 
sampai nak dekat 2 biji santan aku letak
kari punya la byk 
aku ingt lagi byk kari lagi sedap 
lagi pekat lagi sedap 
tapi tidak rupanya. hahhahahah 
hubby tegur, kari xmo pekat sgt. 
skang baru aku tahu 
if masakan yang berunsurkan santan jangan pekat sangat 
mild2 baru sedap 
kari pun 2sudu pun cukup 
bagi rasa je 
nak sedap kari tumis ngan rempah 3 sekawan tu tapi dulu aku xpnh guna pun rempah2 tu. amik yang basic je 
nak naikkan ump lagi tambah tomato bagi masam2 skit 
so now aku rasa kari aku banyak improve nya 
asam pedas aku pun dah mcam umppppp 
hehhehe 
cuma masak lemak cili api belum dpt skill nak bagi sedap gilak cum mak mertua aku masak. 
aku rasa aku dah banyak improve masak ayam masak merah, sayur campur pelbagai rasa, tomyam, sup, 
dulu semua tu ikut suka aku je 
janji tekak aku ok maka ok la 
mujur ada hubby yang sanggup jadi tester dah komen 
now kira ok la dah bole masak tuk bagi orang makan 
aku rasa faktor aku duduk jauh dari msia ni lah paling berjaya buat aku tingkatkan skill memasak aku 
if not kat msia malas masak makan luar 
kat sini hari2 kena masak so orang tua kata "rajin praktice maka perfect" kan 
dah 2 bulan lebih aku xmasak tuk hubby 
so xsabar nka tunggu hubby balik Khamis ni nak masak macam2 tuk dia 

tapi menu pertama yang dia request 
Nasi Ayam + bergedil, alah xmencabar lansung. hehheheheheh 





0 Kritikan: