BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aug 25, 2011

Time with QK

Soal waktu bersama anak-anak ini penting kan 
if kurang waktu kita bersama anak-anak 
kejap je dia akan melupakan kita 
aku follow juga cerita Ramadhan Terakhir kat tv3 tu 
anak dapat kasih sayang orang gaji lebih dari mak dan ayah sendiri 
tersentap juga di situ 
Aku takut perkara tu jadi pada aku, pada anak aku

**

Di sini selalu ada event time dinner 
so balik kije bersiap tuk ke event pula 
jam 930 ke 10 baru dapat balik 
selalunya begitu 
tapi aku selalu akan jadi orang pertama untuk minta diri kerana memikirkan anak dirumah 
tapi kadangkala QK dah tidur kadangkala sedang menonton tv 
Semalam aku bizi skit, mmg balik awal tapi rush pula tuk keluar semula kerana ada event jam 4ptg 
balik mandi kiss2 Qk pesan "nanti makan, and be a good gul"
aku terus keluar terburu-buru 
bila dah balik malam jam 915 dia dah tidur pun 
aku cuma angkat masuk bilik dan dapat hug n kiss dia time tidur je 
xdapat2 nak borak2 macam biasa
tapi time tidur tu aku bisik juga pada dia "esok papa balik tau" 
nak bagi supaya dia tidur lebih lena bila tahu hari ni akan jumpa papa ! 
mmg QK sangat lena semalam. good gul dear 
tapi kesah sentap skit bila setiap kali bangun nak susu dia akan panggil "kakak" 
mungkin dia dah selalu minta susu pada kakak di siang hari 
dan mungkin dia ingat aku masih belum pulang dari kerja 
tapi aku tetap nak ingatkan dia yang dia sedang lena dengan "mama" bukan "kakak" 
dia sedar dan tahu 
bila panggil kakak xde jawapan dia panggil mama pula 
baru aku menyahut 
serius aku terasa 
aku bukan sengaja nak kurangkan time tuk bersama QK 
tapi masa aku cuma kadangkala terhad di sini 
itu pun banyak aktiviti sosial yang xpenting aku avoid 
aku cuma attend aktiviti rasmi sahaja 
tapi waktu aku bekerja 8 jam sehari pun sudah cukup untuk QK rasa aku lama xada di rumah kan 
makan kakak suap, kakak mandikan, bermain dan mononton juga ngan kakak , po po kakak cucikan 
bila aku balik dia selalu tunggu depan pintu dan tunjuk tangan untuk hug itu sudah cukup buat aku touched 
itu tanda dia masih ingat dan perlu aku sebagai ibu kan 
aku xpernah terpikir nak mengabaikan anak2 
tapi dalam situasi aku skang aku terpaksa 
di samping papa Qk juga jauh aku xmahu dia rasa jauh dari rasa kasih sayang mama dan papa dia 
faktor2 begini buat aku selalu takut dan selalu ingin berhati-hati 
kerana aku sentiasa ingin yang terbaik untuk anak aku 
untuk Qaireena Krisya satu-satu nya buat masa ini 


mama akan cuba yang terbaik segalanya untuk mu ya sayang. 





Hari ni khamis kan ? yeay !

Hoyey hoyey
syukur khamis datang lagi 
lagi bersyukur kerana hari ni suami tersayang akan sampai 
semoga perjalanan nya dipermudahkan 


bila suami dah nak sampai 
mcm2 plan aku dah aturkan 
tu yang buat rasa kejap sangat 
tiba2 je eh dah nak balik ke msia dah yang 
that moment mmg sgt dibenci. sob sob 



So menjelang raya ni schedule mmg padat okeh 
esok weols host iftar 
so pagi kena rush ke pasar 
take haf day tuk masak2 pula 
menu nya : tomyam, udang + petai sambal, ikan tenggiri kicap, ayam goreng. itik goreng. mutton shredded. nyummy !
so esok mmg aku akan bersilat lah kat dapur tu. 
settle esok nya iftar 
sabtu adalah hari bershopping 
bole shopping sampai petang sbb sabtu ada iftar di hotel pula 
ahad iftar di rumah kawan 
so siang nya bole la pulun selesai 2 lagi jenis kuih raya : cornflakes madu + biskut arab 
resepi dah siap compile 
isnin i kije 
petang weols ada Asean nite day. so iftar di hotel lagi 
Selasa Msia raya 
tapi weols masih berpuasa 
malam raya kami bergotong royong buat lemang 
naikkan skit feel berhari raya katanya 
Rabu Raya raya raya 
dan Rabu depannya hubby pun pulang 
tapi dukacita nya mebi hubby akan pulang awal skit kerana tuntutan kerja 
so okt nanti baru jumpa smula 



Selamat Hari Raya !


 

Aug 24, 2011

nak update apa ni ?

Assalamualaikum 
hari ni xde source nak tempek gambar bagi ceria skit 
sebab semalam plan nak masak kari udang + ikan talapia + bendi 
xjadi kerana my officer ajak p buka umah dia 
so suma lauk dah di defrost masuk balik la dalam peti 
aku buat kuih cara je semalam bawa ke rumah tu 
Harini pun xmasak 
berbuka buffer di hotel 
yeay ! sini ada 1 hotel Malaysia yang provide buffet for Ramadhan 
atlist terubat juga la rindu tuk berbuka buffet 
theme today Wester - bakal berudang galah la malam ni 
lepas tu esok bersin2 kerana sinus/resdung menyerang 
kah kah kah la jawabnya 



Esok my hero sampai !
walau tinggal sehari tapi rasa macam lambatnya la pulak 
kali ni perpisahan kami agak lama juga 
kurang lebih 2 bulan setengah 
rindu dah xterbendung rasanya 
QK sampai 2x demam 
mama hari2 membilang jari 
kami rindu u bangat papa 
xsabar nak cium tangan u 
bau deodorant u 
aduh macam2 rindu ni tapi rasa xperlu nak tapi kat sini kot. malu seyy . hehehhe 
tapi xsabar juga nak nengok baju2 raya yang u beli tu, yang nenek kirim 
nak rasa cookies raya yang kak lang bagi, yang nora kirim, 
dan xsabar nak nengok hadiah apa u bakal beri pada i. auwwwwwwwwww 
tenkui in advance eh. emuah emuah 
i tahu u tahu apa yang i mahu. kan kan kan. 
hoyey! 
U sampai nanti kita add on koleksi baju raya QK eh 
i nak nengok dulu apa yang u beli than kita add on kat sini je 
esok i siapkan nasi ayam yang u nak tu ok 
nasi ayam + bergedil 
dalam banyak2 menu itu yang paling u rindu eh 
lepas tu u btau je apa u nak makan nanti i masakkan okeh sayang 
Smuga Tuhan selamatkan perjalanan u 
Hati-hati 
dan semuga x eccess bagage 
hahhahahahah 



xsabar nya. xsabar nya







Aug 23, 2011

Pengalaman memasak

Semua perkara dalam hidup ni 
musti start from bottom kan 
sama juga la dengan skill memasak aku 
masak nasi, air, maggie, goreng2 tu tahu la 
maksud aku skill nak masak supaya rasa tu kick dan sedap 
kalu nak citer masak suma orang pun boleh masak kan 
tapi skill dan cara tu cmne tuk dapat hasil yang sedap 
pertama-tama nya masakan ibu mmg selalu yang terbaik
sebab mmg kita dah dibesarkan dengan air tangan ibu 
dah masakan ibu la yang selalu akan dirindu 
macam aku skang. uih seksa babe !
dulu masa zaman kolej mmg aku x pndai masak lansung 
sebab pertama kerana semua mmg mama aku yang masak 
aku just tolong potong bawah, tumbuk, blend cili 
basuh kuali 
masak. mmg never 
dah siap aku makan je. hehehehehhe 
perkara ni berlarutan hingga ke zaman perkerjaan 
bila duk bujang nak xnak kena la masak if nak save 
so start from that moment aku baru nak mula explore memasak xsilap time tu umur aku 23 tahun 
tapi start yang simple2 dulu 
cum nasi goreng, bihun goreng, cucur, murtabak maggie 
makanan2 orang bujang 
sampai aku nak khwin mmg aku xpandai masak 
dan aku mmg dah inform bakal suami siap2 "i xpandai masak tau"
syukur aku diterima seadanya 
tapi aku nekad lepas kahwin aku harus belajar masak 
sebab Fadilah Kamsah kata " jagalah suami anda dengan masakan anda" 
walau aku xde skill memasak tuk jadi sedap tapi aku mahu mencuba 
hehehhe ingat lagi kenangan mula2 kahwin 
kelam kelibut print buku resepi beratus2 page 
nak masak he buka buku 
xpun kol my sis or tanya mama 
aku ingat mgu pertama khwin 
adik ipar n sepupu nak tidur rumah kami 
so untuk sarapan aku goreng kan nasi + nugget 
sampai la dia selalu perli kata nasi goreng aku sedap 
motif sampai skang aku xtahu 
mmg betul2 xsedap or dia perli sbb mmg xsedap lansung 
nak tanya malu so senyum je la.hheheheh 
mula2 aku masak lauk xsilap aku adalah kari ayam 
sbb hubby i suka makan kari 
dulu aku masak kari mak ai punya la pekat 
sampai nak dekat 2 biji santan aku letak
kari punya la byk 
aku ingt lagi byk kari lagi sedap 
lagi pekat lagi sedap 
tapi tidak rupanya. hahhahahah 
hubby tegur, kari xmo pekat sgt. 
skang baru aku tahu 
if masakan yang berunsurkan santan jangan pekat sangat 
mild2 baru sedap 
kari pun 2sudu pun cukup 
bagi rasa je 
nak sedap kari tumis ngan rempah 3 sekawan tu tapi dulu aku xpnh guna pun rempah2 tu. amik yang basic je 
nak naikkan ump lagi tambah tomato bagi masam2 skit 
so now aku rasa kari aku banyak improve nya 
asam pedas aku pun dah mcam umppppp 
hehhehe 
cuma masak lemak cili api belum dpt skill nak bagi sedap gilak cum mak mertua aku masak. 
aku rasa aku dah banyak improve masak ayam masak merah, sayur campur pelbagai rasa, tomyam, sup, 
dulu semua tu ikut suka aku je 
janji tekak aku ok maka ok la 
mujur ada hubby yang sanggup jadi tester dah komen 
now kira ok la dah bole masak tuk bagi orang makan 
aku rasa faktor aku duduk jauh dari msia ni lah paling berjaya buat aku tingkatkan skill memasak aku 
if not kat msia malas masak makan luar 
kat sini hari2 kena masak so orang tua kata "rajin praktice maka perfect" kan 
dah 2 bulan lebih aku xmasak tuk hubby 
so xsabar nka tunggu hubby balik Khamis ni nak masak macam2 tuk dia 

tapi menu pertama yang dia request 
Nasi Ayam + bergedil, alah xmencabar lansung. hehheheheheh 





Ramadhan 21


 Asam pedas ikan tenggiri superb 



kacang buncis campur suhun 
aku teringin lak nak makan suhun tu so campur sekali pun sodap 

ikan masin 
terangkat seyy 

semalam ikut nafsu nak tambah nasi 
tapi perut dah kenyang makan kuih lagi 2 ketul 
minum air 2 gelas 
lepas berbuka Qk ajak menari lak 
adoi perut mama dah la kembung ni 





Mari menari Myanmar bersama QK

Sila sengetkan kepala untuk menonton 


Amacam ok x ? 
ini mood dia baik nak menari sengsorang 
semalam dia menari ajak kita sekali 
padahal mama baru je berbuka perut penuh 
bagus eh nak suruh mama cpt kurus 

nanti papa balik ajak papa menari sekali okeh 

2 hari lagi. horeyyy !






Aug 22, 2011

Projek Raya #02 - Almond Myanmar

 Sabtu lepas projek berikutnya 
Almond Myanmar 
nape xjadi almond london sebab belum celup choc nya 
cup masih di Msia 
so wekend ni baru main celup-celup 


Al kesah Almond london ni aku dpt 3 source resepi tau 
1 frm my sis, 1 frm majalah wanita dan 1 frm blog chefwan. yeay 
aku combine kan 
jadi sedap seyy 
hehhehe up diri sndri lak eh 
serius ! rangup 
masuk mulut tu lembut je cair dalam mulut 
tu belum celup choc lagi 
dah siap kelak musti sedap gilak kan 
tapi yang xbest nya 
bagi kat QK jawapan yang sama 
gigit skit terus cakap NO 
time choc chip tu dia demam okela 
hari tu xdemam pun NO juga ke anak .. alahai 
so anggap je dia mmg xsuka 
yang dia suka hanya badam tu saje makan non stop sampai po po pun kuar kacang balik. haih lah 
tapi maid aku ckp yang ni lg sedap dari choc chip tu. yeay !



 ini doh nya 
siap tuk di uli 
ni nak story skit 
aku ikut sebiji dari resepi tu 
200g mentega 200 jugak la aku letak 
tapi tang tepung nya dah hbs tepung doh lembik lagi mmg xleh nak uli 
so dengan gamble aku campur je tepung sampai lah doh tu menjadi 
aku dah risau ni cmfrn keras ni sbb lebih tepung. aku pun pikir mana slack ni!
tapi bila dah siap. ohhh tidak menghampakan u 

 siap untuk di bakar



ini 1st trial 
biasalah musti hangus skit 


ini baru cantik 
tapi mcm kecik skit kan 
comel je 
tp dah celup choc nanti ok kot 
harapan lah 
nanti dah celup aku buat part 2 eh 

Ramadhan 18,19 & 20

Ramadhan 18

 Kentang + ikan bilis sambal 
ikan goreng 

 kailan goreng 

 pisang goreng 
  

bila masak kentang sambal tu zass terus teringat mama aku masak 
sedap tau
mama masak suka guna cili merah 
tapi sini cili merah ikut musim 
aku menaip sambil telan air liur okeh 




Ramadhan 19
 Sabtu tu aku ad aiftar di office 
so aku bawa CARA bergula ni je 
1st time buat ni 
rasa sedap cuma 
belum expert tang nak keluar kan dari acuan tu 
tapi mujur xmelekat sangat 
just lembik skit 
tapi yang pasti cept laku lah. ngeh ngeh 



 Ramadhan 20
 Ayam masak merah 

 Sayur campur goreng kicap 
sedapppp. aku ratah je 

bergedil 2 biji 
cekodok pisang yang lembik 
aku hangin skit bila nak buat cekodok pisang ni
selalu je lembik dan xbrapa nak jadi 
apa kurang eh 
padahal dah buh tepung byk skit 
baking powder skit 
gula terlebih ke sbb dia melekat eh 
mmg dari dulu buat untill now x pernah menjadi tau 
rasa okeh 
tapi lembik dan melekat 
padahal bila minyak betul2 panas baru masukkan 
tapi kalu mak mak kita but sedap n jadi je kan 
tensi tau !



semalam i buka sengsorang je 
sebab budak somel tu 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-

tidur daaaaaaaaaa


jam 615 golek2 nonton tv terus tertidur 
730 bangun 
akhirnya malam tadi weols tidur lewat kerana layan Xmen origin 
best gilak lah 






Aug 19, 2011

Program weekend ini

Esok 
Projek Raya 02# bakal di jalankan 
Almond London 
berbuka di Office 


Ahad 
Mahu amik baju raya - moga2 dah siap !
nak pergi potong gelang tangan baru QK terpanjang sangat 
ahad berbuka di rumah aja 



Eh excited lak nak buat Almond London ni !




Selamat berbuka dan happy weekend uolssss




 

Aug 18, 2011

Check List Raya

 lagi seminggu lebih je 
dah nak raya kan 
walau kami tidak akan rasa semeriah di Malaysia 
tapi check list raya ni je la nak tambah feel berhari raya kami
excited la jugak nak beraya coz raya tahun ni Qk sayang dah pandai jalan 
last year belum berjalan so xpakai baju kurung bagai 
so tis year mama, nenek buat banyak baju kurung tuk kamu 
sampai xtahu bila pula nak pakai sebab kita bukan dapat jalan beraya sangat kat sini. hehhehe 
xpela janji kamu happy 
dah buat mama dan papa happy juga 
oh tis year theme weols hijau you 
jom check it out 




PAPA
 Baju melayu - done 
Butang baju melayu - done. mama dah amik dari "asiayadana" tu. cantik tau. 
Songkok - done. harap2 tahun lepas punya masih muat. 
Sampin - in progress. papa jangan lupa cari smapin tau. macam kain pelekat pun sesuai dengan cotton u tu. 
T shirt 2 helai - 1 done. i lagi kita cari kat sini je oke. 
Kasut - done. papa dah repair tapak Clarks dia dah. 
Duit raya - done. papa dah tukar secukupnya. tq dear ! 



MAMA 
Baju kurung 3 helai - 2 done, 1 lagi weekend ni nak p amik. 
Tudung - done. 
Kasut - in progress. tunggu papa sampai baru nak shoping. 
Accesories - done. meralam ikut tema baju. GlamourRaya gitu. 
Biskut Raya - almost done. 3 jenis hand made. others papa bawa frm Msia. 



QAIREENA KRISYA 
Baju kurung - done. 1 hijau mama buat, nenek buat 2. 
Gaun - done. nenek buat 1, 1 papa beli, ada 2 lagi QK belum pernah pakai. 

 
 ini 1 of the gaun 
papa beli from zara kids 
comel kan 
Tshirt & Jeans - done. papa beli frm Msia. if xcukup mama add on bila papa balik nanti oke. 
 
 ini jeans yang papa beli 
@ zara kids
Kasut - in progress. tunggu papa balik juga. 
Accesories - not done. 



So far itu je as now. 
Papa, this is for ur reference also tau, nak add on inform i okeh. 



Mode : nak balik raya di Malaysia !!! uwuauwuauwua