Setiap kali cerita pasal perkembangan QK pasti rasa cepatnya masa berlalu
dah besar anak kami
eh jadi ibu bapa ni cepat rasa terharu tau
lebih2 lagi bila lihat perkembangan dan pembesaran anak depan mata
dulu cakap merapu-rapu sepatah haram xpaham
skang lagi merapu. sebab banyak sangat bercakap dan bertanya
tapi that's fine, sbb itu salah satu postive growing
contoh la, kami borak-borak laki bini, dia pun sibuk juga.
mama cakap apa, apa xbole ? sape buat ? bla bla bla
selagi x jawab selagi tu dia ulang soalan yang sama sampai lah dia dapat jawapan nya.
goreng je la jawapan apa pun, janji dia puas hati.
tapi jgnlah sesekali berjanji, pasti di tuntut !
contoh : janji nak pergi rumah abng long esok harinya, ptg tu kalu lambat sampai rumah dia kol HP papa ingtkan kita nak pergi rumah abg long, ataupun dia dah siap cantik2 tunggu depan rumah ready to go.
adoiiii kadang tak terlayan juga balik kije terus nak bertandang rumah org anak oiiiii.
kadang2 xsampai hati bawa la juga round2 pergi beli buah or coklat tuk dia kat depan simpang rumah tu.
tapi sampai esok nya lagi tu dia akn minta untuk jumpa abg long sampai dapat. (ohh abg long anak kawan kami di sini)
Part belajar ikut mood.
suh baca doa tidur, kita sebut ayat depan dia bole sambung satu patah ayat, lepas tu suh kita sambung lagi. Femalas macam sape tah. huhuhu
doa makan pun gitu. xpela la nak slowly.
ABC pun sama, org sebut A dia sambung B C bla bla bla. kdg2 buat2 lupa je bila time malas.
dah bole tulis A besar dan A kecik.
A besar dia mak ai punya la gabak. nanti aku snap gambar share ngan korang.
untuk A kecik, kecik sangat la plak. tp nak tulis A kecik ada cara, kena buat bulat dulu baru garis ditepinya.
O mmg dah teror lama sbb senang kan bulat je.
setakat ini itu je huruf yang dia bole tulis. yang lain memain je.
mewarna cukup suka, colour water, crayon, colour pencil suma ada.
sampai kaki tgn habis kena warna. budak2 layan kan je lah.
dulu dinding rumah jernih je skang toksah citer la, habis keruh. dah habis contract rumah nanti jenuh la nak menjawab dengan owner rumah tu.
satu lagi suka sangat lukis gambar orang lidi, papa tinggi, mama besar, baby kecik, tang adik lagi lah kecik. hahhaha sweet je nengok.
QK suka binatang. kalu buku colouring tu semua nak ada binatang.
dan dia dah kenal banyak haiwan in english and malay.
Alhamdulillah. walaupun xsehebat anak-anak sebaya dia yang lain, tapi so far ok la.
next year Januari dah nak hantar ke school. cmne la agaknya, nak kena bgn pagi2 school start kul 9am, balik jam 4pm. tapi dah nego ngan teacher leh hntr jam 9am amik after lunch. nanti takut dia xcukup rest pulak. hurmmm mentality orang melayu gini la kan, risaukan anak begitu, kalu anak omputih relax je hntr anak dari pagi sampai ke petang. mmg bila pikir awal sangat baru nak masuk 4 years dah kena pergi school, tapi xpela bagi dia merasa sbb nengok anak jiran sebelah pergi school dia pun nak juga. Atleast dia xbosan di rumah.
Nengok orang membaca dia pun nak juga
tapi baca buku terbalik. hentam je la anak oiiiiii.
Mama papa love u ketat-ketat.
dah jadi kakak jangan noty2 lagi okeh. sekarang bole bagi can lagi!!
1 Kritikan:
Uhhhh dah besar QK dah. Till now aunti mu yg sweet ni tak penah jumpa kamu hihihi. Semoga QK membesar dgn sihat ok.
Post a Comment