BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 28, 2012

Check List Our 2nd Baby

Alhamdulillah 
dah masuk 30 minggu 
tapi dalam pada tu nerves sudah mula di rasai. 
moga segala di permudahkan 


Kami xde apa2 persiapan pun lagi untuk barang2 baby 
tapi list dah siap 
sampai Malaysia nanti pulun beli barang baby dulu baru urus keperluan Hari raya. 
Utamakan yang lebih utama dulu. 
jom check out. 
sharing is caring katanya. 
ada terkurang or terlebih pls share ya. 


Pakaian Bayi
1. 6 helai baju lengan panjang + pendek
2. Sarung tangan dan sarung kaki - 3 pasang
3. Topi bayi.
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut - 6 helai
7. Tuala.
8. Raga/bakul
9. Tikar getah
10. Beg bayi.

Penyusuan.
1. Botol susu
2. Puting
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)

Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung.
2. Katil bayi.

Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.

Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.

Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.



Mama Stuff
  1. Mama and Papa's IC
  2. Kad Lawatan Hospital/Buku Merah
  3. Telefon Bimbit & Kamera
  4. Al-Quran
  5. Buku/Majalah
  6. 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse
  7. 2 Kain Batik
  8. 1 Sweater
  9. 1 Tudung
  10. Pakaian Dalam
  11. 2 Stoking Kaki Tebal
  12. 1 Tuala Mandi
  13. 2 Tuala Muka
  14. Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc)
  15. Kurma
  16. Air Zam zam
  17. Maternity Pad 



Ada antara barang aku dah ada yang QK punya dulu.  
cum stroller, car seat tu Qk punya dulu masih elok lagi. 
stroller mmg 1 di Malaysia 1 ada di Yangon. so lega skit. xpayah berangkut setiap kali balik.
car seat tu semasa 3 bulan di Malaysia maybe xperlu sangat kot.
Pakaian untuk baby mmg mostly kena beli, kecuali barut sahaja yang masih elok di simpan. Mama kata dia dah basuh dan ironkan. TQ mama !. 
Keperluan tidur tu my mom in law dah tempah tilam dan bantal kekabu di Taiping. so xperlu beli. i loike kekabu sejukk je. 
Nowly xtahu la sekali beli barang2 keperluan bayi cmni berapa lah kos nya kan. 
dulu masa QK beli 1 shoot juga. sekali byr nak dekat 2ribu. uhhh urut dada kami. skang ni xtahu la musti kena expand more kan. 
Apapun untuk kamu Anak-anak !!




 
 

1 Kritikan:

bee2312 said...

sy pun ingat nk beli bulan ni barang bby sket demi sket...tak sabar nk shopping..standby duit jer ni..hahahaha..thanks for the list..at least i tak payah buat list...hahahaah...