Jun 29, 2012
Menangis dalam hati
Sedangkan lidah lagi tergigit
ini kan pula suami istri
Eh tapi bukan nak cerita pasal masalah rumahtangga kat sini pulak
cuma nak share apa yang sedang di rasa je.
Biasala ibu mengandung jiwa tu agak sensitif skit
mood swing sekelip mata
sekejap baik sekejap ke laut
partner kena main peranan lebih skit kot.
Semalam aku dapat balik awal skit
nak jadikan kesah hubs ada kerja pula tiba2 dan aku terpaksa naik teksi untuk pulang
nak tambah dramatik lagi, dalam teksi bole berjujuran pula air mata aku ni ha.
Menangis dalam teksi syiok kot, sbb org xkenal kan. har har har. Feeling lah aku sengsorang merenung jendela teksi sambil di saksikan hujan yang turun rintik-rintik. ewah.
Tapi rasa lega jiwa raga lepas nangis.
Kalu di tahan-tahan tu rasa jiwa berat dan terbeban.
sebab aku menangis xyah citer la kot. cukup lah uolsssss tahu hati cuma tersentap skit je.
Bila pikir2 balik actually is nothing. cuma mainan jiwa dan raga yang xbrapa nak stabil merindukan punggok ! wah tetiba lak.
Tapi kalu bercakap soal jiwa dan perasaan. aku ni lebih suka memendam rasa kot.
xsuka hal kecik di tebar jadi besar dan besar.
Selagi bole settle or selagi aku bole tanggung selagi tu aku akan jus let it go je. Easy!!
sebab kalu isu jadi panjang otak makin jadi serabut kot. So not good ! penat lah memikirkan hal remeh temeh, banyak lagi hal-hal lain yang lebih perlu diberikan perhatian.
Walaupun memendam rasa itu perit sekurang-kurangnya tidak lah sepahit hati bila disakiti.
Tapi sila terima style aku untuk biarkan sesuatu hal tu let go. Caranya aku akan mendiamkan diri sehingga aku rasa jiwa aku betul-betul tenang. Sarang tebuan jangan di jolok !!. gitu. Kalau di jolok juga mmg kena sengat lah semuanya.
Tangisan itu satu Terapi !!
Menangis lah anda semahunya.
Nukilan by smms at 1:43 PM 0 Kritikan
Jun 28, 2012
Check List Our 2nd Baby
Alhamdulillah
dah masuk 30 minggu
tapi dalam pada tu nerves sudah mula di rasai.
moga segala di permudahkan
Kami xde apa2 persiapan pun lagi untuk barang2 baby
tapi list dah siap
sampai Malaysia nanti pulun beli barang baby dulu baru urus keperluan Hari raya.
Utamakan yang lebih utama dulu.
jom check out.
sharing is caring katanya.
ada terkurang or terlebih pls share ya.
Pakaian Bayi
1. 6 helai baju lengan panjang + pendek
2. Sarung tangan dan sarung kaki - 3 pasang
3. Topi bayi.
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai
buang (new born)
6. Barut - 6 helai
7. Tuala.
8. Raga/bakul
9. Tikar getah
10. Beg bayi.
Penyusuan.
1. Botol susu
2. Puting
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu
(warmer)
Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung.
2. Katil bayi.
Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.
Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.
Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
Mama Stuff
- Mama and Papa's IC
- Kad Lawatan Hospital/Buku Merah
- Telefon Bimbit & Kamera
- Al-Quran
- Buku/Majalah
- 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse
- 2 Kain Batik
- 1 Sweater
- 1 Tudung
- Pakaian Dalam
- 2 Stoking Kaki Tebal
- 1 Tuala Mandi
- 2 Tuala Muka
- Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc)
- Kurma
- Air Zam zam
- Maternity Pad
Ada antara barang aku dah ada yang QK punya dulu.
cum stroller, car seat tu Qk punya dulu masih elok lagi.
stroller mmg 1 di Malaysia 1 ada di Yangon. so lega skit. xpayah berangkut setiap kali balik.
car seat tu semasa 3 bulan di Malaysia maybe xperlu sangat kot.
Pakaian untuk baby mmg mostly kena beli, kecuali barut sahaja yang masih elok di simpan. Mama kata dia dah basuh dan ironkan. TQ mama !.
Keperluan tidur tu my mom in law dah tempah tilam dan bantal kekabu di Taiping. so xperlu beli. i loike kekabu sejukk je.
Nowly xtahu la sekali beli barang2 keperluan bayi cmni berapa lah kos nya kan.
dulu masa QK beli 1 shoot juga. sekali byr nak dekat 2ribu. uhhh urut dada kami. skang ni xtahu la musti kena expand more kan.
Apapun untuk kamu Anak-anak !!
Nukilan by smms at 11:10 AM 1 Kritikan
Jun 26, 2012
Sehati Sejiwa
Auw Auw
ini adalah untuk Pre Raya
Membuktikan theme thn ini adalah MERAH !
Sehati Sejiwa uols
Auw Auw Auwmmmmmmm
xsabar nak tunggu raya!!!
Uols bagaimana ? apa tema raya tahun ni ?
Nukilan by smms at 5:48 PM 1 Kritikan
Jun 25, 2012
Menjamu mata
ini menu orang berbuka khamis lalu
sempena 1 syaaban
kuih keria hand made.
dap dap dap !
murtabak. idaman en suami
nafsu orang berpuasa mmg besar kan !
masa nak beli ni dia tanya, "cukup ke 2?"
i jawab cukup sangat !
atlast dia mkn 3 kerat je.
lauk pauk nya
ikan siakap sweet sour
sup suhun
sambal gesek
mmg bergesek le.
esok tu terus hubs badan masuk angin, muntah cirit birit
perut tekejut kot. dah setahun xlatih perut tuk berpuasa.
time buka pula terus minum mango blended mmg terkejut la perut nya.
i gak maintain strong. ahakssss
ini menu hari sabtu
masak skit je sbb malam tu ada doa selamat rumah kawan
asam pedas ikan tenggiri
dan pajeri nenas
ini buah hati kami !!
love u dear.
Nukilan by smms at 12:43 PM 0 Kritikan
Jun 21, 2012
1 Syaaban.
Salam 1 Syaaban buat semua
Alhamdulillah dapat lagi kita marasai nikmat dunia di hari pertama bulan Syaaban ni
uolss jangan terkujat bila i keluar ayat alim-alim ni skit
sesekali menginsafkan diri.
Insyaallah aku berpuasa hari ni. En Suami juga. Syabas Ayang, bukan senang dpt ajak suami i ni ikut berpuasa sekali melainkan bulan wajib iaitu Ramadhan je. orang lelaki mana payah nak ganti2 puasa.
So far bertahan lagi buat masa ini.
waktu tempatan skang 12.15pm.
xsabar pulak nak tunggu ke petang. nak masak menu yang dah di plan dari semalam lagi.
today's menu : Sup suhun+kentang, sambal gesek dan mungkin ikan siakap sweet sour.
dan yang best sekali kuih keria in the house !!
malam tadi gigih i buat keria untuk menaikkan semangat berpuasa hari ni.
dan xsangka menjadi, selembut sutera spt version keria mak mertua yang selalu i adore tu lah.ewah cakpong cakpong.
clap clap clap. TQ En Suami juga kerana tolong menguli.
malam tadi goreng lah 4 ketul tuk rasa. QK pun duk puji "sedap sedap". lepas kunyah setengah dari kuih tu dia tolak tepi, "mama mkn ni, baby nak gula je" hoiiii anak meratah gula !!
hari tu lagi best, dia p dapur siap tutup pintu dan cakap bisik-bisik dengan kakak. bila aku skodeng rupanya dia nak meratah gula. mmg kena bebel la ngan mama kan. dengan kakak pun sekali kena, p bagi budak ratah gula buat pe????
mama dah la xdpt nak tukar susu kamu ke less sugar kau pergi makan gula mentah-mentah lak. mmg kena bebel non stop lah !!
Haih lah memacam.
ok uolsss yang berpuasa selamat berpuasa juga.
Nukilan by smms at 1:53 PM 1 Kritikan
Jun 20, 2012
Adik kepada QK
Uols tahu kan adik QK nanti adalah gugul juga.
ke i rahsia lagi? xpela xyah lah rahsia
terima seadanya. yang penting sihat dan lancar semuanya.
Amin
Anak perempuan reramai xpelah senang nak jaga kan.
lagi pulak baju QK yang elok2 dulu bole bagi adik pakai nanti.
baru skang kelam kabut nak simpan baju tu elok2, kalu tak sekejapan dah sedekah kat orang. baik sangat aku ni! alahai.
Nama ? hehhhe part nama ni lawak skit
aku since 4 bulan dah tahu bakal dapat gugul, so dah ada list nama dan tunjuk pada En suami.
kuangasam dia gelakkan i okeh. semua nama xkena la pulak. padahal anak 1st dulu sekali je bagi nama terus serasi bersama setuju.
Then, aku sentap kejap suh dia lak bagi idea, 1 day tu dia baca majalah tercipta lah 1 nama. time tu aku lak hentam gelakkan dia lebat-lebat. gila xsedap! har har har. sorry la kami laki bini mmg outspoken.
lepas tu ada 1 serius day, dptlah kami 1 nama yang cukup maksudnya. tapi itu pun belum cukup sahih buat kami. ada lagi 2 bulan maybe bole dapat nama lain yang lebih bagus. so just wait and see je la. tapi tetap lah depan nya Q cuma belakang tu bertukar. yang pasti bukan QK junior.
Minggu ni dah masuk 7 bulan 1 minggu
tapi 1 barang keperluan baby masih belum beli
mmg xplan nak beli kat sini pun
nanti 34weeks balik msia baru pulun beli semua semua semua.
kena buat list semula lah. sbb mak yong dah lupa brg apa yang perlu.
dan kena nengok brg2 QK yang ada kat msia juga. yang xde baru topup.
uhhh neves lak tiba2.
ok la, itu je kot pasal adik QK. belum lahir lagi, dah lahir nnti banyak la citer nya.
ok bai.
Nukilan by smms at 5:38 PM 4 Kritikan
QK is 2 Years 8 Months
Setiap kali cerita pasal perkembangan QK pasti rasa cepatnya masa berlalu
dah besar anak kami
eh jadi ibu bapa ni cepat rasa terharu tau
lebih2 lagi bila lihat perkembangan dan pembesaran anak depan mata
dulu cakap merapu-rapu sepatah haram xpaham
skang lagi merapu. sebab banyak sangat bercakap dan bertanya
tapi that's fine, sbb itu salah satu postive growing
contoh la, kami borak-borak laki bini, dia pun sibuk juga.
mama cakap apa, apa xbole ? sape buat ? bla bla bla
selagi x jawab selagi tu dia ulang soalan yang sama sampai lah dia dapat jawapan nya.
goreng je la jawapan apa pun, janji dia puas hati.
tapi jgnlah sesekali berjanji, pasti di tuntut !
contoh : janji nak pergi rumah abng long esok harinya, ptg tu kalu lambat sampai rumah dia kol HP papa ingtkan kita nak pergi rumah abg long, ataupun dia dah siap cantik2 tunggu depan rumah ready to go.
adoiiii kadang tak terlayan juga balik kije terus nak bertandang rumah org anak oiiiii.
kadang2 xsampai hati bawa la juga round2 pergi beli buah or coklat tuk dia kat depan simpang rumah tu.
tapi sampai esok nya lagi tu dia akn minta untuk jumpa abg long sampai dapat. (ohh abg long anak kawan kami di sini)
Part belajar ikut mood.
suh baca doa tidur, kita sebut ayat depan dia bole sambung satu patah ayat, lepas tu suh kita sambung lagi. Femalas macam sape tah. huhuhu
doa makan pun gitu. xpela la nak slowly.
ABC pun sama, org sebut A dia sambung B C bla bla bla. kdg2 buat2 lupa je bila time malas.
dah bole tulis A besar dan A kecik.
A besar dia mak ai punya la gabak. nanti aku snap gambar share ngan korang.
untuk A kecik, kecik sangat la plak. tp nak tulis A kecik ada cara, kena buat bulat dulu baru garis ditepinya.
O mmg dah teror lama sbb senang kan bulat je.
setakat ini itu je huruf yang dia bole tulis. yang lain memain je.
mewarna cukup suka, colour water, crayon, colour pencil suma ada.
sampai kaki tgn habis kena warna. budak2 layan kan je lah.
dulu dinding rumah jernih je skang toksah citer la, habis keruh. dah habis contract rumah nanti jenuh la nak menjawab dengan owner rumah tu.
satu lagi suka sangat lukis gambar orang lidi, papa tinggi, mama besar, baby kecik, tang adik lagi lah kecik. hahhaha sweet je nengok.
QK suka binatang. kalu buku colouring tu semua nak ada binatang.
dan dia dah kenal banyak haiwan in english and malay.
Alhamdulillah. walaupun xsehebat anak-anak sebaya dia yang lain, tapi so far ok la.
next year Januari dah nak hantar ke school. cmne la agaknya, nak kena bgn pagi2 school start kul 9am, balik jam 4pm. tapi dah nego ngan teacher leh hntr jam 9am amik after lunch. nanti takut dia xcukup rest pulak. hurmmm mentality orang melayu gini la kan, risaukan anak begitu, kalu anak omputih relax je hntr anak dari pagi sampai ke petang. mmg bila pikir awal sangat baru nak masuk 4 years dah kena pergi school, tapi xpela bagi dia merasa sbb nengok anak jiran sebelah pergi school dia pun nak juga. Atleast dia xbosan di rumah.
Nengok orang membaca dia pun nak juga
tapi baca buku terbalik. hentam je la anak oiiiiii.
Mama papa love u ketat-ketat.
dah jadi kakak jangan noty2 lagi okeh. sekarang bole bagi can lagi!!
Nukilan by smms at 1:50 PM 1 Kritikan
Jun 19, 2012
Semoga bertahan.
Semalam aku tak sihat
bukan xsihat emosi je malah badan juga lemah gemalai
dengan rasa kencing xlawas, serius xslesa
ahad malam tu aku mmg xbole tidur
tu sebab semalam lemau sbb xcukup tidur !
Dengan keadaan yang tak berapa bermaya itu la
aku dikerah balik lewat, jam 8malam okeh baru sampai rumah.
QK dah kol 2 3 kali HP papa, mana papa n mama dah malam tak kunjung tiba juga.
yang aku pulak berperang dengan pelbagai rasa di pejabat tunggu bos siapkan report.
hubs berperang dengan nyamuk menunggu aku di luar. mujur ada WIFI xde la bosan sangat.
dugaan pulak menimpa, elektrik buat hal jam 5.30pm sampai jam 7.00pm.
1 jam setengah kami membuang masa dengan bodoh mcmtu je.
serius kesabaran perlu tinggi semalam. kalu tidak mahu aku jerit sekuat hati.
Dats why yesterday, i was telling "Not my Day"
Bila balik suruh maid uruskan dinner, lepas makan aku terus naik berehat.
Alhamdulillah malam tadi, rasa xslesa seperti malam sebelum tu kurang. dan aku bole tidur dengan baik.
And im just hoping "Today is my Day!"
Today aku berpuasa, walaupun malam tadi dinner just amik sedikit nasi.
tanpa bersahur, just bangun sebelum subuh minum air 2 3 teguk.
dengan harapan tenaga cukup untuk aku dan baby.
Nukilan by smms at 11:48 AM 0 Kritikan
Jun 18, 2012
Today is not my Day
Pagi ni bangun semangat terbang melayang
serius xde mood
cuma di subuh nan hening pagi tadi
aku berdoa semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja dan permudahkan segala urusan ku.
Amin.
Nukilan by smms at 4:41 PM 0 Kritikan
Jun 13, 2012
Jun 12, 2012
Cerita pasal kerja.
Serius aku mengaku
aku bukan dalam kategori workaholic = rajin gilak
hujung minggu datang ofis tuk buat kerja, stay lewat malam
hurm mmg tak lah.
pada aku cukup waktu, kerja selesai apa nak tunggu lagi
balik la. anak laki menanti di rumah.
konsep aku pergi kerja on time, balik bila kerja per day sudah selesai.
dan sebelum balik tu mmg aku akan pastikan xde kerja yang tak di selesaikan untuk hari berkenaan
if xurgent bole settle esok. buat je esok. buat pe nak tabahkan diri stay di pejabat. orang lain senang lenang di rumah.
minta maap lah aku mmg xrajin bab2 itu. huhuhu
tapi, kalu ada kerja yang menuntut untuk di habiskan pada hari yang sama, yes itu tanggungjawab mmg aku akan siapkan sampai selesai.
or if bos suh stay aku akan stay. aku turut perintah, tapi if stay sbb nak tgg dia habis baca paper nonton news. sorry bos saya pulang dulu, balik nak masak, kemas rumah, layan anak dan laki.
hehhehe kemas rumah itu tipu je ! ahaks
hujung minggu if xde perkara yang menuntut untuk datang mmg aku xkan dtg.
cuti di beri untuk berehat jadi gunakan sebaiknya.
Ada orang mmg jenis xkesah.
balik lewat pun ok je. mungkin sbb xde komitmen di rumah yang perlu di kejar
or mmg suka berada di pejabat lebih masa. serius mmg ada type orang begitu.
itu masing2. aku kerja ikut waktu dan keperluan.
xde la nak merajinkan diri tuk berlebih2 waktu di pejabat.
xde kerja nak menghadap apa, betul tak.
lebih baik hadap anak or landing rehat2 di rumah.
aku very particular bab-bab rehat ni.
sbb if badan penat automatik semangat xde. nak kerja pun xbermaya okeh.
AKu dapat bos yang workaholic skang
+ dia bujang
xde comitment di hujung minggu atau waktu malam
apa benda nak di hadap kalu tidak hadap kerja penuhi sisa-sisa waktu
minta maaf la bos, xdtg hari weekend tuk teman bos buat kerja.
saya punya banyak urusan di kala hari yang bernama cuti.
xdapat cemerlang sampai pencen pun xpelah, janji dapat kehidupan yang stabil.
uhuhuhu.
Nukilan by smms at 5:25 PM 1 Kritikan
QK oh QK
Harap maklum malam tadi mama papa perang dingin dengan QK
uawuauwua gile keji kan
mak pak ngan anak pun nak perang-perang
ok sila ikuti luahan hati saya. then uolssss akan memahami.
ewah !!
uols tahu filem "The Lady"?
yang Michele Yeoh berlakon as Aung San Suu Kyi
if xtahu p la beli vcd/cd cepat
agak menarik juga lah.
tapi uols mebi xphm sangat kot history Myanmar kan
aku yang duk Myanmar ni pun banyak soal nak tanya itu ini.
ok uols p je lah beli dan nonton sendiri, aku bukan nak citer pasal tu pun.
nak citer di sebalik kami menonton vcd tu
tension okeh. aku ni bukan selalu nengok vcd pun. seminggu sekali pun tidak, sebulan sekali pun jarang kot. bila ada cd terbaru barulah layan vcd. tu pun cukup dah layan sekali xde nya nak ulang2 walaupun citer tu best gile atau waktu2 kritikal bosan melanda. not my type. sekali nengok then simpan je.
so semalam dapat lah vcd The Lady tu, dan kami mmg lah tersangat excited nak nengok.
lepas solat isyak terus naik atas tuk layan. QK kat bawah time tu tgh makan nasi.
kami skip dulu dinner excited punya pasal. over kan.
tup tup 10 minit QK naik "ohhhhhh nengok apa tu?"
comel je suara dia. comel ada makna okeh.
lepastu dia punggah suma cd-cd nak cari cd hindustan, kami biarkan je
punggah la nak janji xganggu kami
tup tup jumpa lak vcd idaman hati dia, terus jerit2 nak pasang.
puas kami pujuk bermacam-macam cara, mula2 tu berjaya lah.
fuhh lega.
15 minit berikut merengek pulak nak nengok cd nyanyi2. matik lah.
kali ni mmg dia melalak je non stop, sampaikan fokus hilang nak teruskan menonton.
pujuk apa cara sekali pun tetap xjalan.
akhirnya kecundang la kami tuk habiskan cerita tu.
siyes geram, merajuk nak marah semua rasa ada.
tapi dah nama pun anak mengalah je lah.
lepas dia dah bolot cd tu, papa turun bawah, mama masuk bilik tidur layan jiwa nan lara. sob sob sob.
tapi time nak tidur dtg hugies2 kami juga.
air di cincang xkan putus.
solutionnya kena beli 1 lagi vcd letak kat bawah lak. sng xbergaduh anak beranak.
ntah bila la dpt sambung citer tu lagi half way.
*haperhaperpunyaentrylani*
Nukilan by smms at 11:27 AM 0 Kritikan
Subscribe to:
Posts (Atom)