BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 23, 2010

Baru perasan cerita ini aku belum tulis lagi ..

Salam 
dah bertahun berblog pernah ke aku tulis pasal keluarga/adik beradik aku kat sini ?
serius aku xingt 
xpela ini nafas baru .. ceh 
Aku ni 6 beradik 
4 perempuan 2 lelaki 
aku anak ke 4 merangkap bongsu perempuan 
di bawah adalah deskripsi adik beradik aku 

Kak long - akak aku yang sulung nama Mastura. 35 tahun. berkahwin anak 3. suri rumah. menetap di pasir gudang johor. kak long ni easy going biasa lah sulung musti bertindak nak jadi perlindung bagai kan. tapi kak long khwin agak awal (umur 23) so kesulungan tu x terasa sgt lagipun kami ni lebih independence kot buat hal memasing. tapi kalu nak minta resipi tanya perihal anak minta pendapat itu ini mmg aku akn kol kak long. nak mengadu skit2 pun pada kak long lah. kak long ni suara mak ai lantang gile kuat. suka jerit2 tapi bukan marah mmg suara dia jenis besar. muka mirip gile ikut mama aku ada taik lalat sebelah hidung kanan mama aku belah kiri. badan pun dah sama naik dengan mama.. hehhe jgn marah ye sis. 

Kak ngah - 33 tahun. nama Saliani. kak ngah ni pula sempoi sangat sampai selalu kena marah ngan mama. masa sekolah nakal sgt mama selalu kena p sekolah hadap guru displin kes ponteng sekolah bagai . rupa2nya SPM  dah ada boifren makanya umur 19 tahun dah khwin anak skang 6 bongsu sebaya QK .. boleh ? hehhehe mmg produktive .. kak ngah duk kat Rompin dekat ngan parents aku. dan dah berjaya berniaga laksa di setiap pasar malam dan laksa dia adalah ngetoppppp okeh .. wauweee syabas ngah .. usaha ko berbaloi. kak ngah ni sporting aku ingt lagi dulu time school xcukup duit minta kat dia .. nak keluar suh dia cover line. pastu dia minta balas balik dia nak jumpa boifren aku pula kena cover line ..adoi leceh ! kalau mama tahu mati aku . tapi sporting dia ni pun byk hal nya tu sbb mama papa selalu hangin ngan dia . sampai mama takut bila aku rapat ngan kak ngah t perangai ikut kak ngah. tapi idok le aku baik skit . hehhehe betul kan ngah ? .. 

Kak lang - Marzehar 31 tahun . harap maklum kak lang aku masih single but do no available or not. sbb katanya serabut xtahu nak pilih mana satu . ceh nyampah dengar ! dulu masa aku sekolah rendah darjah 6 xsilap aku suka tulis surat lepas tu simpan kat celah2 baju. satu surat aku tulis aku "xsuka kak lang" sbb dia garang suka marah2 aku itu xboleh ini xboleh. mmg betul kak lang garang n street forward org nya . tapi dia adalah sgt pentingkan keluarga itu alasan utama katanya xmahu khwin lagi . nak bagi papa stabil in bisnes . sedangkan papa sgt dah stabil .. oh alasan je ko ni lang .. dulu mmg aku x rapat dgn kak lang. tapi bila masing2 dah dewasa makin lama makin paham erti adik beradik. makanya segala bantuan dari segi kewangan semua rujuk pada dia ..huhuhu u nanti i bayar ansur2 ya.. hik. walau dia garang ckp serius tapi aku tahu hati dia baik. dia sgt memahami. cth " lang nak pinjam bla bla bla" . ko ni bla bla bla kena bising" tapi dia tetap bagi . itu sudah pasti aku phm sgt. sesuai dengan karektor dia adalah pegawai JPJ di seremban. i wish u cepat jumpa jodoh ye lang. 

Kak cik - Sri Marzura aku lah. 27 tahun. berkahwin anak seorang. nak tahu tentang aku? later okeh ..hehehheh 

Taqim/Abang - Mustaqim. 23 tahun. berkhwin anak seorang. yang kakak semua panggil taqim tapi adik bongsu aku panggil abang. khwin 2 tahun lepas dpt anak tahun lepas. khwin umur 21 tahun. mula2 cum x caya tapi dah jodoh terima je la. taqim kerja ngan papa, tapi ada nama syarikat sndri atas nama dia. so dah ada income sndri la tu sbb bole khwin cepat kalu x nak bagi anak orang makan pe dik. adik aku ni pula pendiam tapi tegas nak dgr bercakap adoi payah giles tapi bila bercakap takut giles ..hehhehe. muka nak serius tapi bersms ngan gulfren dulu jiwang karat ..uwekkkkk gedik ! dulu b4 dia khwin dia tunjuk gmbr gulfren2 dia kat aku tanya mana cantik. aku pilih yg cantik tapi tup tup khwin ngan orang lain bukan pilihan. playboy gak ko dulu kan. bahaya bahaya ! kemudikan bahtera keluarga mu sebaik mungkin ye dik . 

Mansur/Cor - 19 tahun baru habis SPM tapi xmoh belajar dah. now kije ngan abang dia . dpt gaji joly je . tapi pandai gak dpt gaji bg mama aku skit n belanja kitaorang makan. kak lang suruh dia sambung belajar tapi dia mmg xminat dah. so xmoh paksa akhirnya tlng abang n papa in bisnes. tapi kije nak ikut suka. pukul 10 belum bgn cmne bisnes nak maju selalu kena bebel ngan papa. cor tu nama samaran kami panggil nama full dia Mohd Mansurullah pnjang sgt panggil cor je sng. dia pun bengis gak orgnya. xleh silap skit nak melenting nak merajuk tapi cool n lawak juga . badan besar gile kuat makan .. hahhaha .. bila aku balik kg je mula order macam2 "cik belanja kfc, cik nak mkn mertabak megie ko buat sedap" bodek kan ko dik .. fine ! dulu2 kecik2 suka melawan tapi dh besar ni ok skit dah .. kalu nak bg arahan kat dia mmg susah nak buat tapi kalu kak long suruh zas terus buat . kak long je telus nak tegur dia or whatever. kije rerajin ye dik kalu x xbole khwin .. anak manja baju pun mama basuh lagi. harusla kata bongsu ek dik . 


huh selesai sudah 
6 beradik kami 
kami mmg dari family yang serius kot 
sbb mama aku garang n tegas 
papa cool tapi muka serius 
jadi perangai pun ikut mak ayah la kan 
kami adik beradik xmembesar sesama 
kak long n kak lang school kat melaka tinggal ngan nenek 
yela dulu2 hidup bukan sng so mama hntr dorang stay kg 
aku n kak ngah stay n school @ KL 
tu sbb aku ngan kak ngah geng 
kak long n kak lang ngam 
by d time taqim n cor lahir kami smua kat KL 
kak long dah kije 
kak lang future study kat KL 
kak ngah kahwin 
aku dan 2 adik masih school 
jadi bila masing2 dah besar baru kami duk serumah baru nak rapat 
bila mula nak rapat kak long lak khwin 
kak lang dah kerja 
papa n mama aku pindah rompin pahang 
taqim n cor kena ikut
aku future study @ kuantan 
so kami terpisah lagi bila ramai dah khwin cucu dah ramai sesekali kami balik berkumpul baru rasa kemeriahan 
kami bukan jenis family yang uha uha 
itu aku akui 
kami akn bercakap bila perlu n penting je 
sbb masing2 mmg xbyk cakap 
ikut papa aku 
tapi itu dulu bila semua belum cukup dewasa dan matang 
tapi bila dah khwin makin berubah n mesra 
berbeza dgn family mertua aku 
mmg family uha uha 
suka bersembang lepak2 
suka lawak 
aku suka 
jadi aku dpt rasa perubahan antra 2 keluarga 
walau di keluarga mana sekali aku tetap bersyukur 
kerana dpt membesar dalam keluarga serba ada n lengkap 
dan sedia terima perubahan dari masa ke semasa 
aku sayang papa mama 
kak long, kak ngah, kak lang, taqim, cor, abg ipar, adik ipar, anak2 buah aku. 
dan mulai rindu kamu semua 




2 Kritikan:

Unknown said...

Salam,

Puan Sri,

Minta maaf saya bertanya, kak lang puan - Marzehar dulu bekerja dengan syarikat francais di kl.

Klu org yang sama, saya rakan kerja di tempat tersebut. Bagaimana saya boleh keep in touch dengan beliau?

Terima kasih.

Unknown said...

Salam,

Puan Sri,

Minta maaf saya bertanya, kak lang puan - Marzehar dulu bekerja dengan syarikat francais di kl?

Klu org yang sama, saya rakan kerja di tempat tersebut. Bagaimana saya boleh keep in touch dengan beliau?

Terima kasih.

ridzmd@gmail.com