Al-Fatihah
buat teman kolej aku Fatimah Hashim @ Fetty
Fetty telah meninggal dunia kerana nahas jalan raya 700pagi semalam di kawasan kelang
dengarnya arwah dalam perjalanan ke ofis
bertembung dengan Hilux
di maklumkan Hilux tu makan jalan dan arwah mengelak lalu terbabas ke dalam longkang
arwah cedera teruk
dua belah kaki patah
tulung rusuk patah
kepala ada pendarahan
muka bengkak
hubby sempat pergi menziarahi arwah di kelang semalam
bila nengok kerete arwah tu mmg teruk kan
akibat kecuaian orang lain
orang lain yang menjadi mangsa
bila jadi cmni hati aku rasa marah
sbb kecuaian sesorang bole meragut nyawa seseorang
aku sedih dan takut
ini mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati di jalan raya
bukan hanya untuk nyawa sndri
tapi pikirlan juga nyawa insan lain
gambar arwah 11/12/2010 ke majlis perkahwinan
di tangkap oleh tunang arwah
Arwah sudah bertunang dan plan tuk kahwin pada dis tahun depan
ini komunikasi aku ngan arwah sebulan lepas pada 11/11/2010
dengarnya
arwah baru register FB untuk berhubung dengan kawan-kawan lama
tapi baru sebulan dpt ctc smula terus pergi buat selamanya
Arwah mmg seorang kawan yang baik
mengambil berat
seorang yang sederhana simple tapi kemas
aku suka penampilan arwah masa kolej dulu
simple tapi cantik n kemas
sedap je mata memandang
lepas habis kolej mmg terus xjumpa
tapi arwah tetap x berubah begitu juga
masa aku khwin arwah kol kata nak dtg tibe2 last min kol smula cancel cannot make it
mmg bertahun dah kami xjumpa
tapi ttp ctc
smuga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman
Al-Fatihah
marilah kita sama-sama ingt kan orang di sekeliling kita
berhati-hati lah di jalan raya
Ayang
pls hati-hati ya
7 Kritikan:
Alfatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.
tu la, takut plak, psl kesilapan org lain, kita yg tak bersalah jd mangsa. Nauzubillah perkara cam ni terjadi lg..
maybe last time k.seri jumpa die masa kitorg p wedding k.seri kat umah abg yop.. kan?
leily : ye sentiasa lah ingt org tersayang supaya lebih hati2
liza : arwah x dtg wedding i ..
datanglah lah k.seri, saya + arwah + k.wira & her husband.. kat umah yop kat selama.. kitorg datang lambat masa tu k.seri tgh kemas2.. pastu kite sembang sakan.. seronok sgt time tu.. hehehe... cuba flash back balik...
yela syg.arwah dtgla umah ayg ms kite kawen aritu..syg xingat yea.
oh yela .. sory i lupes la .. ye ye arwah dtg pastu ktia tngkp gmbr kat atas katil kan ..
teruk jugak tgk keta dia tu kan?orang hilux tu idup tak?nampak mcm tergolek jugak je keta dia...
Post a Comment