BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 1, 2013

Happy Besday Papa#28/2/13

Saya akui saya bukan anak yang baik
kerana hari lahir papa semalam hari ni baru nak ungkap sepatah dua di sini. 


Selamat hari jadi yang ke 65 Papa :Mohamed bin Abdul Rahman   
kalu 65 jubli apa eh?
Ya Allah dengar lah doa hambamu ini 
"Kau panjangkan lah umur papaku, murahkan lah rezekinya, lindungilah dia dari segala gejala buruk dan berikan kesihatan yang baik kepadanya."


Walaupun papa dah 65tahun tapi papa masih lagi suka menyibukkan diri 
dan papa masih bekerja okeh !
papa buat bisnes sndri. aku bangga dengan papa. kerana papa adalah seorang yang penuh dengan cita-cita. papa teror matematik tau ! kalu bab mengira laju je kita yang lembap. 


Dulu mama kata sebelum kawen papa kerja Navy, pernah la nengok gambar papa pakai uniform puith atas kapal. .. smart and handsome...tapi lepas kawen papa berhenti sbb apa x pasti. 
Then papa kerja di kedutaan Indonesia di KL. dah dpt anak 2 berhenti juga. Then papa bawa bus sbb papa nak cari pengalaman nak buka bisnes transport. Cukup ilmu papa berhenti dan mula jinak2 dgn bisnes. Atlast papa berjaya. clap clap. Now day papa dah ada 3 biji lori besar 2 biji lori kecik. Papa ada syarikat transportation "HASRINOR ENTERPRISE" dan anak syarikat nya "WARISAN PAPA" di terajui oleh adik lelaki saya.
Eh macam buat karangan pulak. muahhahahha.
Actually dulu masa sekolah aku malu sebab papa bawa lori, kadang2 aku p sekolah papa hntr dengan lori tapi parking jauh2. jahat kan aku ? tapi itu dulu masa budak2 yang xkenal erti penat jerih ibu bapa. yang tahu nak galmour je. bila aku meningkat remaja aku dah kenal erti penat jerih seorang bapa dan aku sangat hargai. hingga kini aku dah xmalu dengan kejayaan yang papa miliki. orang bawa lori byk duit okeh. xlah kata papa kaya raya tp bole la setakat nak besarkan anak-anak dengan senang. Alhamdulillah. Hasilnya di alam persekolahan aku xpernah rasa susah pun. nak duit minta dah habis minta lagi. dan papa adalah seorang bapa yang xpernah kata tidak bila anak-anak meminta.!!
Hinggakan sampai dah besar nak kawen dah kawen pun apa-apa kesusahan yang kami hadapi semua minta pertolongan papa juga. Terima kasih papa!!


Walau usia papa dah 65tahun tapi papa masih cergas, setiap hari ke kilang ada saje urusan kerjanya. Tapi papa xbawa lori dah sbb anak-anak xbrapa bagi so gajikan orang je dan papa hanya jadi pemantau atau lebih tepat MANAGER ! yes. 
Tapi papa tetap xduduk diam, skang buka kedai beras pula dekat dengan kilang bernas Rompin Pahang tu, nak beli beras murah sila lah ke sana. hehehehhe. 
Semalam mama buatkan rendang dan pulut kuning nak jamu orang makan di kedai papa. Favi papa mmg rendang daging mama.. kalu anak2 masak ikut resepi mama pun ttp xsama, kata papa. 
bab makan papa mmg cerewet skit, semua nak mama masak. tapi kalu mkn roti canai kat kedai kopi boleh pulak. kalu kami masak dan dan rasa lain eh. 


Papa seorang yang cool dan relax. Berlawanan dengan mama, mama garang, tegas dan penuh dislpin. Kami takut dgn mama, tapi xpernah mengadu apa-apa dengan papa sbb papa mmg seorang yang pendiam-bercakap bila perlu je. Tapi nak minta duit on je xpernah takut. huhuhuh. 
Walau papa pendiam ramai kawan2 dan orang2 cakap papa adalah garang sbb muka serius sebab misai tebal. Ingat lagi masa mula2 adik beradik hubby jumpa papa, depa kata pada hubby "lantak la hang aril, dpt pak mertua muka serius sure garang tu" hahhaha tapi bila dah kenal mana ada garang pun ! 
Tapi kalu sekali marah pecah cermin okeh. Awas. hahahhaha. 


 Ini la papa saya ! 
masih ensem dan segak. 


Walaupun jauh tapi dekat di hati. Semoga papa sihat-sihat selalu. 

With lots of love : Anak mu di rantau
xoxo 
Zura & Family 






0 Kritikan: