Haiii
Hari ni lemau skit
pagi-pagi dah ngantuk.
Anak demam lagi lah.
Dah decide kalu demam xkebah lagi mmg xpergi la kami join trip weekend ni.
Semalam QK sembang ngan adik dia
"Adik makan ubat, cepat baik tau nnti kita nak p pantai. Nengok kakak makan ubat dah baik dah
,nanti adik tinggal pulak"
Eh eh macam kalu adik demam dia pergi adik tinggal je.
kalu sorang xpergi semua lah xpergi. baru fair. nanti2 pun kita bole p. #naksedapkanhati#
Padahal mak nya yang over.
QK getting well cuma tinggal batuk2 je lagi.
Adik malam tadi sebelum tido bagi ubat, then sumbat tek tertido lah kami. pttnya kul 12 kena bagi ubt sekali lagi tp punyala penat n ngantuk sgt sampai aku xsedar. Terlupa pulak adik susu ke tak ke adik cara sndri tek mama then susu. gila kejam mak kau !
Sedar2 dah kul 2 am. adik elok je tido xde renget2 sangat tu sbb mama pun xsedar.
Tapi bgn juga la, bagi adik ubt lagi dan lap2 bdn dia bagi sejuk skit.
Then tepuk2 bagi susu adik tido semula. Sedar2 smula dah jam 630am. Selalu bila menjelang subuh baru adik jadi cranky.
Adik kalu demam, jadi behave. semua benda jadi senang nak buat. Tapi dia agak manja je la.
Kalau kakak nyamuk gigit pun bukan main jerit2 nangis sakit2. padahal nyamuk je pun anak oiii.
2 minggu ni aku macam bz skit
bila bz xcukup rest jadi lemau je
Last week lagi hetic.
xde masa lansung tuk adik. Balik keluar balik keluar.
Masa bersama bila tido je. tu sebab malam2 mama peluk adik erat-erat kuat-kuat.
Kak lang dah balik Selasa hari tu.
Info dari dia kain and painting laku dan dia request lagi.
kalu ok bole buat duit la lps ni. Insyaallah.
Lagi apa nak gebang ? Adoiii
ok la nnti sambung ya, ada guest nak kena attend.
Uols doa anak-anak dara i sihat leh kami p holiday kejap.
0 Kritikan:
Post a Comment