BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 12, 2010

Bad Monday !

1. Sampai saja di ofis teman ajak ke kafetaria untuk bersarapan. Kebetulan selera tidak menjadi maka aku hanya membeli sekeping roti canai itu pun setelah ternampak casher tu makan roti canai dengan kuah dal di campur sambal aku jadi sangat terliur. Tapi bila tibanya di ofis aku sangat hampa bila dal yang di bungkus itu tidak di campur dengan sambal, kalu tidak ada sambal jangan harap aku akan berselera!! soal makan aku sangat sensitif ...

2. Aku kan mahu ke KL pagi tadi so dari malam tadi dah ketepikan baju untuk di hantar pada tailor tetap aku di KL tu tapi bila dalam kereta dah nak sampai KL baru aku menjerit teringat yang akhirnya aku terlupa juga. Sangat geram okeh kerna lepas ni masa  agak kurang untuk ke KL semata-mata nak hantar baju. gosh !!

3. Ontheway ke KL, mama minta di bawa ke jalan TAR dulu untuk membeli keperluan tapi banyak kesilapan dan kesulitan yang berlaku. 3 kali aku terlepas simpang dan salah masuk simpang walau pun di bantu oleh co-pilot yang agak arif tapi aku yang xfokus untuk mendengar arahan maka tempat yang dekat menjadi jauh. Nak ikutkan hati mmg agak hot tapi bila pikirkan kecuaian dan kebodohan diri sndri maka hanya keluhan pelepas geram !! Hasilnya perjalanan yang biasa 40minit telah jadi 1 jam 15 minit . Itulah penangan bila naik kereta duk di sebelah xpernah ambil peduli. Tapi hakikat nya mmg dari dulu aku tidak pernah hebat dalam soal selok belok jalan, sampai bilalah nak berubah ni !!!

 4. Bila dah kepenatan tiba tengahari perut pun lapar. Pergi ke kedai Yasen untuk mengisi perut, aku nampak ayam madu nyummy okeh bila minta bahagian tied tapi di beri bahagian isi yang aku memang tidak suka aku jadi baran sekali lagi.Bayangkan dah la perut kebulur pastu ko nampak lauk yang rasa sedap n terliur bila makan lak kena yang ko  xsuka xkecewa ? aku sangt kecewa okeh terus terbantut mahu teruskan nikmat makan. Huh kali kedua aku kecewa soal makan !!


Mula jam 2petang tadi aku jadi lebih berhati2 supaya tidak ada perkara buruk atau kurang enak berlaku lagi pada aku hari ni.kerna aku sudah penat !! Smuga semuanya berjalan lancar  selepas ini.
 

4 Kritikan:

Anonymous said...

mulakam ari selasa pula dgn ceria.. =D

ekau di tag contest dgn zai. sile chek blog zai key..

Unknown said...

alahai..bab makan tu memang tak best kalau peniaga failed!

smms said...

mamamiera : tu la harap hari selasa hari yang indah pula ..ok tq for tagging me .

ina : kan makan itu nikmat kalu kena pd caranya ..haih

intanz said...

Isnin mmg selalu begitu.. tp selasa da ok kott.. :)