BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 29, 2010

Harap Maklum

Hari ini saya malas skit nak update blog 
 
xde idea pun iye jugak 
 
xde mood pun salah satu alasan 
 
ada perkara bakal saya kejarkan selepas ini 
 
tapi masih belum jelas 
 
**Be ready**
 

Jul 28, 2010

No Spesifik Tajuk

Hari ni agak boring sedikit 
asyik nak upload gambar ja aku pun buhsan 
uols apa tah lagi kan 


So en3 ni nak cerita/borak kosong ja la 
sedang sibuk dok mengoogle "pemakanan anak di usia 9 bulan" ni 
sedang mencari ilmu apa yang terbaik utk QK skang
apa yang dia dah boleh makan atau apa trainaing yang dia perlu sekarang
aku kan 1st mama so semua benda baru setiap kali umur anak makin meningkat 
selain dari tanya2 orang berpengalaman google la sendiri 
humm alang2 dah share kat sini nak la tanya uols yang ada pengalaman kan 
baby 9 bulan yang baru gigi nya kuar sebatang dah bole beri makan apa ek ?
aku wonder dah boleh ka bagi air berperisa 
cth milo ? 
soal makan, rorti buah dan sebagainya aku mmg praktice bagi as long as tidak keras pedas dan sesuai tuk dia 
try jugak bagi Toddler cup isi air masak kat dia tapi dia tersedak la 
tapi dah tanya mamarissa akan try usha di MAM 
hummm puting botol susu dia pun masih lagi pakai yang 2 lubang tu (begi botol yang berjenis Avent)
bila bagi yang 4 lubang mmg untuk 6 bulan ke atas dia mcm xslesa 
adoi agak riso 
tapi xde la dia merengek tanda susu tu lambat walau masih pakai 2 lubang 
tapi nak jugak try yang 4 lubang tu n ajar dia utk handle Toddler cup 
makan mmg dia ok so far suma benda kita sumbat suma dia makan mcm orang lapar..hehhe
Lega ~ 

bila pikir pasal pembesaran anak ni takut kan 
takutla anak kita membesar dalam serba serbi xkena atau tidak seiring dengan anak-anak orang lain
ialah semua ibu-ibu pasti nak yang terbaik untuk anak-anak 
sampaikan kadang tu ibu-ibu aspect tinggi dari biasa 
huh aku xpasti dalam usia QK skang adakah dia lebih atau kurang dari baby-baby yang sebaya dengan dia 
Umur 9 bulan sekarang dia masih lagi belum bole duduk sendrinya dengan tegap tapi kalu di dudukkan ok pula
dia masih lagi lum merangkak laju 
dia sudah mula memanjat dengan buasnya 
kalu suruh tepuk amai-amai atau twinkle little star lebih banyak malas dari rajinya 
so soal kerajinan aku agak risau 
adakah aku juga meletakkan high aspectation? haih 
tapi mmg pembesaran baby cepat atau lambat adalah biasa 
sebagai ibu aku rasa xsabar 
sungguh  xbagus sikap itu kan ?

uols ada pendapat?


Jul 27, 2010

Sabtu lalu

Kami ke Masjid Besi Putrajaya
Kawan hubby nikah di sana 
"Orang baru" meaning baru masuk islam 


 kagumlah cantikkan 
oh satu ni ja gambar dapat amik 
yang lain amik model2 di masjid itu 
silalah layan 



perantin perempuan tu yang baru masuk islam 



***************************************************************************************
sebelum nak p sempat jugak melaram dulu di rumah sementara hubby dok berkemban nak bersiap 

see ! mama yang hover anak cool ja x dok jiwa ..hik 
kamera man adoi xde seni langsung tangkap gambar x center !

spoil la gegar pulak 
hik hik jgn marah yaaaaaaaa ayg 

xready pulak adoiiii 
hum actually boring nak bergambar ngan QK ni sbb dia xsuka senyum nak kena ikut mood dia lak 
so mama je la yang hover skit nak bagi gambar nampak cantik 
lagi satu kalu dia dah siap xbole latak dah itu tanda nya memang nak berjalan so kena la cepat 
QK oh QK 




Jul 26, 2010

Bosan !




Hari ini agak buhsan skit la 
puas godek itu ini suma xmenarik minat atau perhatian 
kat ofis ni pulak suma p meeting so no one 
ke hati aku yang agak x keruan ? 
haih 
 

Farewell di mana-mana # Pergi lagi seorang sista

Farewell di mana-mana

Sejak 2 menjak ni mmg banyak farewell so perut sentiasa buncit..maaf perut tugg ramadhan nanti baru kau akan kempis..


Event 1 
Konsep dalam taman 
wat majlis tepi kolam renang yu 



Event 2 
Konsep dalaman 


eh da 1 lagi piica lupa 

senyum seindah suria 
over !! hahahha 


*****************************************************************************************************
Pergi lagi seorang sista




Kakak Zalina Md Daud perginya kamu serasa seakan kehilangan lagi. Yang lebih mesra aku panggil kak na telah di tugaskan ke Cambodia. Pagi tadi berlepas jam 930 pagi tapi malangnya aku  xdapat hantar kerna ada tuntutan kerja yang penting hari ini. Sorry kak, try to call jam 925 pagi tapi "voice msg" di akui saya terlambat sorry again. Kamu seorang yang sangat baik hati kak, kagum dengan kekuatan kamu. Lepas ni pasti saya rindu gelak tawa kita bersama, saya sudah tidak dapat mencuri ilmu dari kakak saya sudah tidak dapat berkongsi  dan mengadu susah senang pada kakak juga sudah tidak dapat bercerita tentang anak lagi  kan..sedih !! Lepas ini juga tidak ada juga bekas polisterin atau nasi lemak petronas yang tiba2 ada ja atas meja tiap-tiap pagi, terima kasih banyak kak. Atau apabila lunch bersama selalu dapat makan free kan. kamu sungguh murah hati kak tu sebab kamu selalu di murah rezeki kan. Walau kita sudah berjauhan tapi harap kita tetap dekat di hati ya. jangan lupa reply msg atau komen saya di facebook ya. Dan kalu rindu baca blog saya selalu baru tahu perkembangan saya di sini. Semuga kita ketemu di lain waktu. Jaga diri dan smuga lebih kuat di sana. love yu sis. Emuahhhhhhhhh 





Jul 23, 2010

We all @ Jalan-jalan cari makan


Suruh senyum wat muka tembam lak


Qk ni mmg suka nengok orang tau 
kiri kanan toleh nak nengok orang 

  
Qk n mama 

Qk n papa


last but not list 

_
_
_


erkkkkkk kenyang !!!



Mama saya dah tumbuh gigi ..yeay !!

Mama gusi saya kebelakang ini gatal-gatal la 
dan suka isap-isap n gigit-gigit jari mama kan 
malam tadi saya gigit jari mama baru mama tahu saya dah mula tumbuh gigi
baru sebatang kan belah bawah
 tu sebab sejak akhir-akhir ini saya tidur xlena 
sbb gusi saya xselesa 
lepas gigi saya sudah berjaya keluar dengan jayanya saya akan tidur dengan lena semula 
mama jangan marah saya ya 
mama jangan tepuk-tepuk bontot saya lagi ya sebab saya bangun tengah malam 
hehehehhe im sorry mama 
 Qaireena Krisya 



Alhamdulillah my QK dah mula nak tumbuh gigi 
duk tertanya-tanya gak lmbt ke anak mama ni tumbuh gigi
QK nak masuk 9 bulan cepat ke lambat proses tu?
tapi kata orang tua kalu cepat tumbuh gigi lambat jalan dan sebaliknya 
betul ka ?
tapi xkesah la janji ada gigi dan bole berjalan nanti kan 
bila dah ada gigi nanti senang la anak mama makan
mama xyah la blend bubur hancur sangat lepas ni 
hum nak kena google lepas ni makanan terbaik untuk baby yang dah ada gigi ni 
hhihihihiih 

harap anak mama dapat membesar dengan sihat hendaknya 

Mama


Jul 22, 2010

Drama Queen

hai uols 
dah petang baru dapat bersiaran 
actually kalu bole pagi2 tadi nak share psl citer ni tapi sebab ada bengkel  930-1230 so petang baru leh create "new post"
 
 
Kesah malam tadi 
QK tido agak awal 
dalam 8 lebih cmtu la 
biasa kalu dia tido awal xde la bangun tengah malam 
tapi malam tadi dia bangun lak 
tido mmg ok ek ok ek la cum biasa kan 
kul 5 dia leh bangun nak main 
aku ni agak berang la bila dah dia terjaga susah nak tido balik 
so aku biarkan je dia duk main sorang2 
aku ckp kat hubby "biar je yang, dia penat t dia tido la tu"
tapi betapa comel nya budak ni xde orang nak layan dia main dia p kat papa pastu dia cium mulut papa terkejut la papa ingt mama yang "kesejukan" tiba2 cium  papa
rupanya budak Qk ini
lepas dia cium papa dia p kat mama dia cium mama lak okeh !
time tu mmg mama ngan tidur
tibe2 ja mama rasa mulut masa basah rupanya si comel tu sedang mencium mulut mama 
bila mama terjaga dia sengih-sengih
hati berang jadi xleh nak marah la kan bila gelagat anak cmtu 
kalu time biasa suh cium ikut mood kalu tengah malam pagi2 buta xyah suruh sndri cium 
kat mulut lak tu 
haih yu so noty n so comei la dear 
mama like it 
dari kul 5 sampai 630 pagi baru dia tido semula 
hasilnya jam 830 pagi baru kami keluar rumah 
sorry bos !!



Jul 21, 2010

Pukul budak dgn hammer

2 kanak-kanak, abang (4 tahun) dan adik perempuannya (1 tahun plus) dibunuh dengan menggunakan hammer atau penukul dalam bahasa Melayu. Pembunuh mengetuk hammer berulang-ulang kali ke kepala mangsa, boleh lihat efek tersebut dalam gambar di bawah. Pembunuh merupakan girlfriend kepada ayah tiri kanak-kanak tersebut.














Sila lihat gambar di bawah.

Kalau x kuat jangan sroll 


Mangsa
sangat comel




Astagfirullah al Azim 
lidah aku kelu melihatnya 
air mata pantas menitis xsempat mahu di tahan 
what happen in this world!!

ya tuhan selamatkan lah anak dah keturunan ku 
amin 


Gerak hati seorang ibu

Ingatx semalam di n3 ini aku kata aku tiba2 rindu lebih dari biasa pada QK 
rupanya bukan sj rindu munkin lebih ke rasa xsedap hati kot 
balik amik QK semalam mata QK belah kanan bengkak skit cum biru2 gitu
ibu dia kata dia naik walker than lompat2 sampai terhantuk kat mainan pada walker tu 
so aku take it +ve 
 iya mmg QK ni suka lompat2 kalu duduk dalam walker tu 
so ada kemungkinan la 
harap apa yang di kata itu betul tanpa ada sebarang perlindungan 
jangan bengkak itu atas sebab2 lain yang tidak bole diterima 
patutla mama rasa lain macam semalam rupanya anak mama dapat bengkak di mata pula 
tapi mujur QK seperti biasa tanpa ada sebarang petanda buruk




nampak x tanda merah kebiruan tu 
sian anak mama 


tapi tidur tetap nak pose mcm2 aksi 
love yu my baby 


Jul 20, 2010

QK dulu dulu 0-8 bulan

Lahirnya idea en3 ni bila tiba2 saje aku rindu pada QK ku 
ohhhhhh my dearest noty gul mama rindu kamu lak hari ni lebihd ari biasa 
bila rindu maka aku pun godek2 la gambar-gambar QK
n terdetik tuk publish gambar2 QK masa kecil2 dulu 
skang pun kecil lagi tapi dulu lagi kecil la 
hihihi 
rupanya muka baby ni tiap2 bulan berbeza kan
ms baru lahir QK ni xlah putih sgt 
n aku ingt oh penangan meminum soya bergelen-gelen tidak menjadi 
rupanya muka n warna kulit akn berubah 
lihat skang putih melepak ja QK ..ahaks 
dulu ms baby-baby hidung QK mcm kembang skit 
tapi skang xdela kembang sgt mancung jugak la skit 
wah lebih-lebih lak aku up up anak sndri ek 
ada aku kesah !! anak aku sukati lah ..haih
jom kita ngok gmbar2 QK dulu-dulu
layannnnnn


 umur 1 hari 
suma kembangkan ? tapi senanya baby usia 24jam mmg nampak kembang rupanya lama-lama akan susut 

ni dalam pantang lebih kurang umur 2 3 minggu 

umur 40hari masa Majlis Aqiqah QK 

nak masuk 2 bulan 
time ni dah mula nak memutih 


nak masuk 3 bulan 
masa ni bam2 sgt ..geram

4 bulan 
ha mula2 ajar bergambar jelir lidah yu 

 5 bulan 
baby serius 

6-7 bulan 
macam boy kan ?

 8-9 bulan 
ha bila dah besar lagi noty 
nak bagi makan pun susah 
mama sgt xsbr nak tggu QK makin besar dah besar 
yu alwaz suwit in my heart dear 
mama rindu kamu 
emuah8x 




Bila diri sendiri tidak terurus dan masa yang sangat sedikit

bertimbun baju yang tidak sempat di lipat 
akhirnya semalam aku bergorong royong ngan en suami melipatnya
sebakul baju x basuh 
semalam basuh baju QK dulu hari ni baru bakul yang ini pula
xlarat nak wat 2 round 

ha berlambak baju aku yang tidak di hangerka
 ini semua gara-gara xsempat 
wiken hari tu kan kami balik kg 
so dah basuh baju yang untuk hanging campak je dulu dalam bilik ni 
sampai semalam masih xdan lagi nak hanging 


semalam sampai je umah kul 6 hinga jam 920 malam aku wat kerja rumah tanpa berhenti 
punya la banyak kerja2 rumah yang perlu di bereskan 


Bila QK dah pandai bergambar

Petang semalam kuarkan kamera nak nengok2 gambar 
tiba2 bila QK nampak kamera dia lompat2 jerit2 suka 
tergedik nak bergambar dah rupanya anak mama ni 
bila say "ok senyum senyum" itula hasilnya 

ini lagi sampai kembang2 hidung !

like tis picca 
dah mula pandai nak wat aksi-aksi comei pulak 
bukan main lagi eaa


bila cerita pasal anak ni kadang2 kita tersenyum sndri ja bila teringat gelagat-gelagat dorang kan 
QK skang dah pndai bergurau 
dah suka gelak2
kadang tu bila dia kentut kuat dia pandang kita than senyum 
malu lah tuh ! so suwit ..
bila mama pakai tudung dia dah tau nak p jalan mula la lompat2 xsabar 
dah pandai juga tarik2 tudung mama tau 
bila org marah lak dah pandai bagi respon cthnya dia akan jeling tutup mata mcm gambar ketiga kat atas tu tapi versi marah 
bila suh cium time nak berjalan ja akan rajin cium kalu x jangan harap ..haih 
kalau papa kuar p kedai dia akn ikut papa sampai pintu pastu tunggu je depan pintu tu sampai papa dia balik 
mengamuk pun pandai gak tau 
kalu nak tido tu mata ngantuk tapi jerit-jerit xmo tidur pastu duk pusing2 dalam buai 
tapi yang agak xbesh bila dia xde mood n xmo kat orang 
kalu kat rumah org susah la mama nak wat kije kalu dia xmo kat orang 

 

makin besar anak ni makin terasa manisnya menjadi ibu dan ayah 
walau byk dugaan n rintangan tapi bila nengok pembesaran n kepintaran dia hati jadi lega 




Jul 19, 2010

Award Persahabatan dari Ryna

TQVM Ryna



Sangat hargai 
Walaupun persahabatan kita hanya melalui alam maya ini
tapi smuga ianya kekal 
di kesempatan ini congrate to yu kerna sudah pregnant ya 
akhirnya penantian berbaloi kan 
jaga diri jaga makan ok 

emuah muchy-much

 dengan besar hati aku nak panjangkan award ini pada 13 orang follower aku itu 
dan all my frewn yang dalam blog list
sila grab sebagai tanda penghargaan persahabatan kita 
tenkui