BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mar 28, 2013

Live in Yangon

Aku jarang nak cerita tentang live in Yangon kan ?
xadaapa yang menarik sangat kot.. semua pun so so dan sama je kot. 

Tapi hari ni tiba2 nak share tetang cuaca kat sini.. 
sbb skang tgh panas sgt kot. 
Musim panas biasa start Feb hingga la end April gitu. 
Every year midle April adalah Tahun baru bagi negara Myanmar or kita panggil "Water Festival"
Time tu mmg fun, main air sampai lebam. Even kalu kita jalan2 kaki tiba2 ada je orang siram air..tapi xleh saman xleh maki xleh marah. Culture dorang mmg begitu. So dorang siram kita, kita siram dorang balik. hehhehhe.
Last year we had enjoy with this Festival. This year kalu keadaan mengizinkan sure kami join lagi. Nanti iols up gambar lagi ya. 
Kalu musim panas maknanya mmg panas gila ok. Outside Temp 42c. 
tu sbb anak2 sng kena batuk sebab dry sgt. 
Time summer hazab la skit, sbb musim "elektric on off" pun bermula. Last year hetic.. serius stress. dah la panas xde kipas/aircond so bersauna free la kita.. So far this year keadaan xlah mudarat sgt. Tapi dah standby 2 kipas bateri. 
Habis water festival end april panas pun berlalu. Yeay. 
 
 
 Lepas musim panas tiba lah musim hujan pula. 
Musim hujan pun hetic juga. Sebabnya istilah hujan kat sini kalu hujan non stop berjam2 sampai lah banjir. Eh tapi kalu hujan 1 jam lebat non stop pun cpt je dah banjir, sbb sini xde sistem perparitan yang baik, xde longkang okeh.. air mengalir bila di cuak je.. 
patern kedua jenis hujan adalah hujan sekejap-sekejap tapi lebat.. tiba2 kang eh dah berhenti.. tiba2 lak eh hujan lebat smula. so nak keluar mmg payah nak plan.. Musim hujan di rumah sahaja .. tido .. i loike ! 
Musim hujan end biasa nak dekat2 oktober. 
 
 
Oktober to January pula adalah windy time. Fuhhh best gila season time ni. Sejuk berangin di tiup sepoi-sepoi bahasa. 
Time ni orang suka pergi travel sbb xhujan dan xpanas kan. so best la p jalan-jalan around the Myanmar. 
Kami pun plan nak ke beach early Oktober nanti. Double yeay. 
 
 
Selain daripada cuaca, aku saje nak share info tentang keadaan semasa di Myanmar. 
Myanmar kan sedang berdepan dengan masalah Perkauman. Muslim dan buddha bergaduh, bakar antara satu sama lain. Musnahkan masjid dan tempat tinggal. Aku ada dpt gambar, fuhhh sungguh menyayat hati.. xsampai hati nak share kat sini. 
Sekarang isu tu dah merebak ke 5 tonwship termasuk Yangon. 
6pm to 6am mmg muslim here x tido sbb nak jaga kawasan dan keluarga mereka dari di ceroboh atau di apa-apakan. 
Bila bos sndri minta aku siap2kan barang2 keperluan penting anak2 di satu tempat.. bila apa2 berkumpul di Embassy, aku ada skit cuak lah juga. Moga xde apa2 yang serius berlaku.
So uolss pls pray for our safety here. 
Semoga kami di lindungi. Amin 
 
 
 
 

 

Mar 27, 2013

Photo lagi.

Lately xtahu nak cerita apa
so dari xberupdate masukkan je la segala gambar-gambar aktiviti seharian aku. Boleh ?
ala boleh la boleh la.. 


 

 Vavavava terus gambar makanan !
ok ni masa mkn kat Park Royal dinner with hubby n QK last friday. 
Indonesian Cuisine. Not bad lah. 
 

 Mak dan anak hidung kembang. yeay yeay.
Masa ni balik kerja kelam kabut. konon2 nak simple2 je. so pakai krim dan alas dengan bedak nipis je wihtout Poundation. Sekali nengok gambar sndri. Omak ai ni panda ke hantu panda ?? 
Tapi i pakai dress tau hari tu.. sekali hubby jeling. haih bergaya bukan main!! tApi i dislike sbb dress tu nampai i lebih gemuk. DaH set nak bagi maid je. 



 Food lagi. ini budak homel kat bawah ni punya. Bakso. 




****


 Gila ketagih karaoke laki mak ni.. 
budget retis duk atas kusi tu, sambil goyang-goyang kaki macam orang tonton konsert dia. Ya hampunnnn. 


 Last Sunday ada Tournament bowling lagi. Iolsss xcemerlang kali ni...kecundang. 


 Ladies 


***


 Last nite ada local Wedding 

 The bride groom. 
Gila selekeh aku rasa, sbb bersiap dari ofis, suh hubby bawa kan baju make up suma. 
tudung serabai !!



 ok 
Sekian melaporkan 
dari YANGON. 



Mar 25, 2013

My Heart



 

 




 

Oh my god.. 
Alhamdullilah syukur. Kini aku sudah punya 2 jiwa raga jantung hati ku. 
Lovely !! so adorable !!
Mereka berdua adalah darah daging ku, keturunan ku, pewarisku.. 
dan hidupku.. 
Sedikit tercalar jiwa raga ku terus terobek  
I love u too much ANAK-ANAK. 


 
 

Mar 22, 2013

Me & Shaklee

Secara jujurnya nak buat entry ni asyik bertangguh-tangguh sahaja 
Sebab takut tersalah tulis kena ban pulak nanti. 
Tapi costumer is always rite kan. 


Before aku consume shaklee, aku google dulu info-info
Even aku start shaklee since dalam pantang lagi 
Meaning 2 product aku consume, kononya nak cpt kurus lah. hehehhe 
Nona Roguy + Shaklee (set berpantang) 
mmg ngam ngam soi untuk 2 bulan kalau aku xsilap. 
Dalam pantang susu aku meriah, i is happy oke. Baju sentiasa basah tanda susu banyak lah kan. 
So aku rasa xde istilah Tihani xcukup susu... aku mmg dah jatuh cinta pada shaklee. 
Sampai habis pantang ada balance ubat aku teruskan makan, cuma nya xkonsisten sbb hidup aku sgt  xterurus masa tu. Dan mendukacitakan aku xsempat nak beli set baru tuk diteruskan buat stock di yangon. So berhentilah dengan shaklee... seketika. 
While without shaklee, aku just amalkan minum amnum lacta tuk milk boster. So far so so. Dapatlah 3-4 oz setiap kali pam untuk dua-dua belah within 10minits. 
Susu aku xckup bila Tihani 4 bulan aku terpaksa topup dgn FM.. mama pasrah !!
tapi still 80% BF. aku bagi bila stock EBM  habis dan bila aku berada di rumah mmg NO to FM. 


Sejak itu dari hari ke hari aku menanti siapakah akan ke Yangon untuk aku kirimkan set shaklee yang baru supaya susu aku banyak semula. Aku masih xmo putus asa okeh. Mahu yang terbaik untuk Tihani. Feb lepas my sis plan ke yangon. So kawan kesayangan aku berjaya kirimkan shaklee menerusi my sister. Yeay !!!

February 2013 aku start consume Shaklee semula. 
Apa yang aku amik ?
 
ESP - untuk bekalan protin badan, bekal tenaga, kulit cantik.
                              Alfalfa - untuk boost susu, kesihatan dalaman wanita & detoks toksin.
             Lecithin - untuk bakar lemak dan pengemulsi kolesterol.
      Herb-lax - untuk cuci usus dan detoks lelemak.
4 Jenis aku try.. 
tapi frankly speaking, hasil susu adalah sama like b4 aku consume shaklee. 
Jadual : amik secawan ESP (air suma or sejuk, bole di campur dgn susu atau apa sahaja minuman kecuali kafien) 
Tips : Makan 2 biji kapsul setiap makan dan selepas kosongkan breast. 
 
 Aku biasa minum ESP untuk bfast with susu anmum lacta.
Hari2 aku musti ambil bfast - without failed jam 830-900am
lepas bfast aku minum ESP ni..
jam 10-1030am sessi pumping = after breast kosong ambil Alfafa + Lechithin. 
Herba lax aku amalkan hujung minggu 1-2 kapsul 

Mula-mula aku rasa mebi cara pemakanan aku xkena. So aku try an eror tukar ikut kesesuaian. 
Tapi hasil tetap sama 3-4oz setiap pam dua-dua breast within 10-15minits. 
So dimana teruja nya ? 
Serius aku stress and of coz frust. 
Tapi aku relaax lagi mebi baru 2 minggu hasil belum nampak so teruskan dan aku dah bole fix dgn jadual makan without failed.Lepas pam je sure aku makan shaklee. 
Dan aku xdiet okeh. makan ikut kemahuan.. tanpa gagal. I kan pencinta makanan. hehehhe. 
Kadang2 aku pikir makan skit or makan banyak hasilnya tetap sama. Consume shaklee atau tidak pun hasil yang sama. 
Tapi aku tetap xputus asa pun, selagi belum habis selagi tu aku akan makan hingga habis. mana tahu suatu hari nanti susu tiba2 melimpah ruah. Amin. .. 
Jaih di sudut hati, negok orang consume shaklee hasilnya lumayan.. serius aku jeles!! 
 Untuk mengelakkan kes pelupa aku yang kronik
aku separate kan kepada dua = 1 set di office
1 set untuk rumah. 
kalau nak usung kontena tu ke ofis sana sini mmg takkk ar kot. 
Air aku minum mmg bergelen-gelen hasilnya setiap setengah jam ke toilet. Fuhhh mula-mula macam alahai leceh nya. melecet peha ahkak ni ha.... penat oke buka sarung buka sarung. 
Tapi lama2 dah biasa. 


So until now aku belum rasa keterujaan dengan shaklee.
Aku xkata shaklee xbagus. Serius tidak. 
Tapi aku rasa shaklee bukan untuk aku, bukan untuk tubuhku.. 
Xsemua orang guna satu satu produk terus serasi tau. 
So lebih manis aku katakan mungkin aku xserasi dengan shaklee untuk jadikan milk bosster.
So aku kena cari produk lain yang lebih sherashi bershama gitu. 


 

Mar 21, 2013

Update Yoooo

Salam, log in blog click new post 
tapi xde cerita nak share. muahahahha. 
so kita bergebang sahaja la ye. 


Dari jam 1015am tadi stuck xtahu nak tulis apa 
1135am ni ha baru menaip semula. 
Ohhh Tihani tgh xsht.. dah 2 3 hari selsema.. cam biasala berjangkit dengan si kakak nya. Eh kakak sng pulak dpt selsema batuk skang ni eh. Sebulan musti sekali .. sebab musim panas di sini kah ? 
So kalu kakak dah kena si adik get ready je la tuk berjangkit. So mama get ready juga nak hadap adik cranky malam2 xleh tido hidung tersumbat. Biasa kalu selsema je adik susah tido skit. kalu demam still bole tido.. 
Rabu malam hari tu again, adik menangis cum kena sakit teruk.. time hubby xde p main badminton lak tuh. setengah jam hadap adik nangis non stop. panic lah juga. air jampi sudah sapu, minyak dah letak.. doa dan baca.. macam2 lah sampai buka suar dia tkt dia panas walau aircond adalah 18c. 
Tunggu2 papa xbalik-balik.. aku dah hangin, kebetulan baru nak kol kasi mengamuk, dgr pagar bunyi.. selamat i xhamuk papa kat telefon!! dah habis xleh terus balik ke ? musti nak lepak2 dulu kan. 
 Aku sampai suspek adik terseliuh ke haper tau. sbb bila aku pegang tgn dia nangis kuat gila. Tapi hubby kata kalu dia sakit nangis non stop, then xleh tido.. hello ngan aku tadi setengah jam non stop lah menangis nya .. 
Tapi bila papa dukung baca doa n azan diam lak dia. 
Nak dekat jam 12 baru adik dan kami dapat lena. 
Fuhh pengalaman .... 



Weekend ni macam bz skit.  Mebi Esok lah kot nak p dinner kat Hotel yang dpt voucher complimentary tu kot. if not next week je lah. Sabtu ada BBQ. yeay dpt mkn ayam panggang-panggang. 
Ahad ada tournament bowling lagi.. kali ni terbuka tuk Malaysian so xde harapan nak menang sbb ramai kot. huhuhu. Just have fun.. 


ok la nnti tora dtg lagi...
nak lunch ..menu : sup ayam + sambal belancan + ulam timun.. pun sedakkkkkkk




Mar 20, 2013

Activity Hosted by Malaysia

Entry bergambar 



 We arrange Batik Painting 


 
 Demo by us


 
 hasil demo.. 

 Tadaaaaa

 By Them 

 The Crowd 


We had fun, Enjoyness
and We had Sucessfull 




Mar 18, 2013

2 beradik + maid.


 Ohh ini lah kerja kakak dan adik ya. 
bercamwhore bagai. 
Sejak QK dah besar dan pandai bergambar pantang nampak camera dia la no 1 posing. 
lepas tu ajar adik pose sekali. Tapi adik xpandai lagi. 
See.. adik suka bulatkan mata kalau nampak kamera tau. mebi sbb ada flash kot. 
I is silau kata adik. 
Ohhh uolss tertanya-tanya ke .. QK pakai apa tu ? 
itu adalah "TANAKA" tradisi orang myanmar tuk cantikkan kulit.. 

bila ada kamera suh senyum bukan main susah. 
Bila non kamera senang je nak gelak terbahak adik ni tau. 
cer friendly camera like mama kamu adikkk. mUhahahhahaa.. 
I am 7 months old.. 


 Ini adalah QK snap okeh. 
dah bole harap kakak. 

 
Actually bagi chance pegang kamera sbb nak upah supaya QK mahu makan. Lately susah benor nak makan.. eh bukan lately je mmg dari dulu nak masuk nasi ke mulut. Omak aiiiii bercinta, bergaduh bagai... Style skang, b4 makan musti baca doa dulu.. dah sudah xdenya terus makan.. sat g dia tanya "mama doa tido?" eh doa tido nanti bila nak tido je.. hari hari soklan sama kena hadap. sbb dia saje bagi alasan. lepas tu order air oren lah.. kang termasam kena letak gula skit.. lepas tu lauk memilih. kalau silap skit terletak kuah atas nasi or cili ke yang dia xsuka, mmg xkan makan dia nya. kena tanya 1 1 nak ni tak nak tu tak, kalu dia nak baru on letak atas pinggan. See lauk dia !! nasi tanpa kuah dan "balachaung" (versi serunding Msia)..ada udang galah pun kalu dia xmo ttp xmakan. xpe la anak janji kamu nak makan. xmakan lagi mama susah hati. Lepas tu mulut pot pet, kena kakak dan  adik tunggu situ hadap dia mkn.. Setiap kali suap suh tangkap gambar. Tapi xpela habis juga la nasi tu. Lega.
Mmg dah jadi anak jati Myanmar lak, muka pakai tanaka makan makanan myanmar. Adoiiii.


 hamboi hamboiii. Awas maid zaman skang, berchamwhore okeh.. 


Hamboi hamboi hamboi 8x 



Mar 15, 2013

Diet

Salam Jumaat semua. 
Semoga kalian sihat2 hendaknya. 
Ewah terskema pulak mak jemahh ni. hehehehehe. 

Ok topic today pasal DIET. 
Adoiii stress tau, diet ke xdiet ke sama je !! 
lebih baik xyah diet kan. Tipu!!!
Jika diet kurang la skit, lepas tu orang puji "wah u look down lah" " slim u skang" "makin cantik skang dah kurus, apa rahsia?"
vavavava. bila orang tanya rahsia tu xtahan nak berdekah 80kali. 
Peel aku bila orang dah start puji mula aku langgar pantang larang berdiet aku. Mula2 amik tuk rasa2 misalnya, then pulun terus Aiskrim, coklat atau apa saja yang menggemukkan itu. So diet automatik terbatal dan kekurusan yang "dipuji" tadi pun stop lah. Muahahahaha padan muka aku! 
Sebab tu ke aku xleh kurus berterusan? 
Tapi kalu aku xdiet buat derk makan cum biasa berat adalah mantain je ok. xde la naik sangat. Tapi kalu di Malaysia.. Yes .. mmg berkilo-kilo naik, badan dah serupa tong drum.. 
So now aku xde lah berdiet sangat.. dan tidak la pulun makan sangat. So so je makan untuk hidup katanya. 
So berat pun begitu jela, padahal berazam nak kruskan skit. 

Aku ada masalah perut tau, buncit bangat. I is tensi oke. Kadang2 rasa dah macam mengandung 2 bulan pun ada. Oh mai not now not now. Sbb sometime suspen juga, eh aku ni nandung dayang senandung ke ? pertu buncit semacam. Terus tanya en laki "yang perut i mmg always buncit cmni kan" boleh ? mimimimimimumumu #ketawaketapbibir# 
Itu la masalah aku, mempunyai perut yang buncit. Time anak dara 1 babat, lahir anak pertama up 2 babat, lepas anak no 2, dah 3 babat. Berbabat-babat dah perut aku tau macam rumah pangsa bertingkat2. Adoiii I is malu ... 
Korang musti kata itulah padah xpakai bengkung time pantang kan .. 
harap maklum i adalah pemantang tegar ooke. Kalu mak aku yang jaga skip lah pakai barut bagai mmg mak aku lari balik xmo jaga aku dah. So aku anak solehah menurut perintah. 
Anak pertama dulu yes, bodoh skit, so skip2 la juga exspecially time malam sbb rimas kot. Tapi anak kedua i berdisplin okeh. Buka time nak shi shi n poo poo je. 
Punnnnnnnnnn perut xkempis macam anak dara. Acaner tu ? Kempis bila xmakan 2 3 hari kot.  Mati kelaparan lah aku.. 

 Lelaki perut buncit sexy eh ? Perempuan perut buncit SEKSA ok !!! 
Start Februari lepas, aku berbarut semula, sapu krim mustajab then barut. Pastu bgn pagi nak pergi kencing kelam kabut tarik laju-laju sbb xtahan sangat dah. Adoiii. 
Now ada waktu, bila sempat aku barut xsempat dah ngantuk sgt or penat terus tido je. Leceh eh jadi perempuan nak kena jaga dari atas sampai ke bawah. Nak jaga laki lagi, anak2, rumahtangga. Besarnya tanggungjawab wanita kan. Nikmat tp kadangkala stress juga. 
So skang cmne nak buat dengar perut buncit mak jemah ni ? 
#nangiskuatkuat# 




nanti aku share pasal shaklee ngan uolss. stay tune... 




Mar 14, 2013

Happy Thursday

 Mulakan hari Khamis dengan mereka-mereka yang sentiasa buat aku gembira dan ingin terus hidup bahagia selamanya.



 Cinta sayang rindu kamu dan kamu sentiasa 


  My second princess 

 
 Keluarga ku yang sangat bermakna buat ku. Love each other. 


 Dua buah cinta ini sangat ternilai buat ku.

Qaireena Krisya 
Qaira Tihani 
We love u without failed. 
A lots and a lots.... 




With Loves : Mama 





Mar 13, 2013

Perangai

Semalam blog walking ramai pulak orang letak tajuk Perangai 
So tiba2 terlintas cerita pasal perangai best juga. Tapi peragai sendri la. Perangai orang lain no komen !


1. Aku ni dalam kategori happy go lucky kot. Dulu masa belajar best, sebab fun fun enjoy je kan. So perangai macam gila2 skit la. Bila kita fun and gila-gila mudah dapat kawan or orang suka kawan ngan kita. Samala dgn tok laki i, semua pun suka 1 geng dgn dia masa di kolej dulu, sbb dia fun and pelawak sangat. Tapi bila dah kahwin tiba2 mood pelawak tu macam kureng pulak. Aku pernah tanya "nape u dah xlawak cum dulu yang?" jap g dia jawab "dah tua". Ok alasan bole di terima. 

2.  Aku suka buat kerja tanpa berlengah. Semua nak cepat. Biar penat asal selesai. Gitu lah. Kalu tok laki lak, suka relax2 buat kerja. Aku rimas orang slow2 sat g aku jadi hangin sbb apsal kau lembap sangat ni ! Perangai ni sebijik ikut mama aku - pantas macam lipas kudung.

3. Moody.. dulu aku selalu moody kot. sbb orang sekeliling rajin buat aku moody. Sape suruh kan ? 
Tapi now dah macam kureng skit, sbb orang sekeliling xramai sgt dan semua pun chill-chill je or dah tua ni mula nak perbaiki diri dari hari ke hari. 
Satu lagi aku ni cepat sentap kot. Ko try la tersalah cakap ngan aku, sure aku melenting kalu perkara tu xtepat. Sorry la nak nego2 bab-bab perasaan ni. Sentap tetap sentap !! Hati mak halus dik non.... 

 4. Sensitif dengan sentap sama tak ? 
Sentap cpt terasa sensitif cepat terusik eh. Erhhhh dua-dua pun aku lah tu. Again hati mak bak selembut sutera uolsssssss. 

 5. Garang : ni kalu tanya QK "mama garang tak" sure dia jawab "garang sangat" mUhahahhaha. Tok laki pun cakap aku ni garang dan serius. Yes, aku akui. dah mmg keturunan garang-garang dan serius kot. sbb mak ayah aku mmg muka stok garang dan serius. mana tumpah nya kuah kalu xke nasi. Sila lihat muka adik beradik aku semua sepesen serius. Huhuhuhu. Tapi aku ni luaran je garang or sombong tapi dalam hati banyak baikkkkkk oooooo. Hehehehhe. Tapi dengan anak mmg xde tolak ansur, Garang + cepat baran + serius. Complete!! Tapi tetap anak xmakan saman. Acaner tu ?

Walaupun semua di atas nampak sangat buruk buruk je tentang aku eh. Tapi tidak la seteruk yang uollss sangka. Yang kenal rapat sure dia phm perangai aku cmne. Mula2 jumpa aku musti orang kata aku sombong.. tapi bila dah lama kenal borak2 im very flexible dan mesraaaaaaaa tau. 
Manusia kan xperfect... Begitu juga aku. 


Mar 12, 2013

Si Adik

Ok dah lama xciter pasal adik kan? 
Qaira Tihani lah.. si comel saya tu. 
Serius rasa adik makin besar makin comel lah. Miahahahaha saje nak bagi bernanah telinga uolssss. 
Sukati mak lah kan. 

Minggu depan dah nak dekat 7 bulan dah adik ni. 
Progress ? Hurmm aku rasa adik ni harap comel je lebih tapi progressing slow skit dari kakak. 
Tapi xpe janji sihat.. hati ada senang. 
Dulu QK lepas pusing-pusing umur 5 bulan terus menyusur umur 6 bulan then 7 bulan dah mula merangkak setapak dua. Now adik dah pusing-pusing 5 bulan hari tu terus stop itu je la dia dpt. Eh tapi dia dah menyusur tapi versi terlentang. Biasakan menyusur bila meniarap, tapi adik special. itu yang buat dia makan shomel. Geram ... 
Sesekali nampak dia dah mula angkat bontot, macam nak duduk dulu pun ada. Mungkin version lain dari kakak. Kami ni yang over excited, bila adik duk diam je kami jadi pompom gul suh adik gerak-gerak.Gila saiko. 
Xpela adik, get slowly ya.
Janji kamu tetap comel. Muahahaha. 
Yang lain biasa, adik dah naik walker.. mula2 tu takut2 juga lama2 dah mula gerak skit2. 
Adik kalu lama x nampak kakak dia, macam mencari pun iya juga tau. Dia dah kenal kot kan. 
Tapi suka kacau kakak no 1. tarik2 rambut n puting kakak. 
kakak pun mmg xmo mengalah. 
Paling best bila nengok kakak main2 ngan adik, buat lawak agah-agah then adik gelak kuat-kuat. Alahai anak ...berharga sgt waktu tu. Alhamdulillah. 

 


Adik adalah sangat suka makan. bila nampak orang makan pun mulut dia terkumat-kumat.

 As a worker mama, aku terpaksa guna kan konsep ni. 
Masak, blend and freezer. 
Aku ada baca makanan pejal ni pun bole di simpan seperti cara simpan EBM. 
So lompat katak la mama nya, ada kerja yang memudahkan. 
Ada maid nape xmasak hari2 ? 
Hermm harap maklum walau ada maid, tp i ttp masak untuk keluarga. Maid masak bila betul2 terdesak je. 
So aku sndri basuh beras, rebus dan blend. 
Now dah nak masuk 7 bulan aku dah start blend kan nasi + carrot tuk adik. 
Alhamdulillah respon ok. xbrani lagi nak campur ayam + daging or ikan. Ikan bilis pun xtry lagi. Xpe kita bagi makan caroot dulu supaya adik bijak kelak. Amin 
Yang putih tu nasi tuk lunch and yang oren tu carrot tuk sarapan pagi. 
Adik makan pagi n tengahari je, malam aku sumbat tek sampai kenyang. 
 

 
 Dah kenyang lena la si comel mama ni. 
Love u muchy muchy. 


 


Flea Market

Kesah Sabtu baru hari ni ada masa sesuai nak share. 
Sorry la terbackdated lama sangat pulak. 
 
As uols known, Weolss ada bazzar Flea Market gitu. 
hosted by Asean2 country. So for sure Malaysia kena involve. 
So aku decide untuk jual makanan, sbb pernah jual kaftan n batik xbrapa nak laku. Last year sape jual makanan suma untung so tahun ni meh sama2 kita jual makanan juga. 
Aku jual Berger. Daging imported from Malaysia okeh, Ramly mari. 
Dah chit chat ngan hubby sure berger kita laku cpt ni. muahahahhaha. 
laku ke tak tunguuuuuuu eh. 
Selain dari tu, aku jual choc chip cookies and biskut semperit. Penat i menekan tau dpt la 6 botol dan habis di jual. 
Than saje gegatal nak jual pudding, aku buat 3 jenis. coctail, mango n strawberry. Tapi xbrapa nka dpt sambutan pulak this year. Semua pun frust. huhuhu. 
Sebabnya kami notice this byk booth jual food jual drinks. So orang byk pilihan. Xpe nama pun untuk fun fun kan. 

Lets talk with photos.



Ini la master chef for burger. 
Bukan main excited lagi dia. 
Pagi tu hubby bgn kul6am 
Turun bawah hangin gila bila ngok daging2 burger dia maid dah goreng. 
Rajin sgt pulak maid aku hari tu bgn awal gile tolong gorengkan burger. 
Itula dia, xsuruh bukan main rajin bila suruh buat2 lupa. Adoiii. 
Terus spoil mood laki i. huhuhu. Yela dia ada cara nak goreng kan burger tu supaya xkeras dan kena letak sesoning skit bagi rasa. Then dia goreng la smula. 
I turun bawah jam 630am, sbb si adik terbangun awal. Tok laki tgh bakar roti. 
Syabas dear, burger laku 20 dari 25. 5 lagi tu kita wakaf jela. 

Tahun depan nak jual burger lagi tak ? mUhahahahhaha 

 Hubby buat burger aku kena layan adik. 
dok ek ok ek ok masukkan dalam walker ni terus diam. 
Rupanya-rupanya pagi2 dah buat "kerja" dah dia. 
Mempooopooo. Muka sampai gitu nak teran taiknya. Alahai anak kenapala kamu ni comel sangat !!
 

 Ladies in Yangon 




 Malaysia the best !

 ohh aku bawak budak ni. nak bagi dia fun fun. 


 
We with anak philipino wehhhhhh. 
Malaysia vs Philipphines 

 
 Da conteng2 muka ni. suka la dia. Mula2 malu2 nak buat. Dah buat belah kanan, nak belah kiri pulak. Sekali dia nampak ada budak tu lukis 1 muka dia hentam melalak nak 1 muka.Mengarut betullll. 




OK sekian berita dari Yangon
Next year kena buat pembaharuan ni.