BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 30, 2012

Masak Memasak

Aku memang dilahirkan malas untuk memasak 
Ya, itu dulu. masa muda remaja belum tahu erti tanggungjawab berumahtangga dan pengalaman berkhidmat di luar negara. Ewah !!
Serius dulu masa remaja lepasan SPM baru la cuba tolong mama masak di dapur. 
itu pun tolong siang2 bawang potong sayur je. nak menumis dalam periuk xpernah kot. 
tolong balik-balikkan ikan/ayam dalam kuali pernah la. tu pun jarak sudip ngan kuali jauh gila takut terpercik kat tangan dan muka la konon nanti xcantik la pulok. hahhaha kelakar gila kot. 
dulu adik-beradik aku kata aku ni pemalas. or ayat sopan skit manja sangat !
xkedapur tuk memasak, tolong kemas rumah pun bila di suruh je. itu masa sekolah-sekolah lah. konon nak concentrate pada study tapi xde cemerlang sangat pun. 
dah lepas SPM bila mama paksa kedapur belajar tolong itu ini, aku mula jadi ringan tangan. time habis suma adik beradik buli aku, time raya aku la kena kemas rumah sengsorang, tolong mama masak perlbagai lauk. sebab semua pakat balik pagi raya. bijak gila.
tapi xsempat pun nak belajar memasak, nengok2 cum tu je bila mama masak sebab dapat sambung belajar pulok.
Sambung belajar 3 tahun, balik cuti semester banyak benor aktiviti or aku xbalik sebab buat part time job. so 17 + 3 tahun, by the time nak kije umur dah 21 tahun kot. tetap xpandai memasak. di Kolej pun harapkan kawan-kawan yang pandai masak aku tukang makan je, or mama akan bawa kan makanan bila mereka datang melawat. heaven gila. 



Bila dah kije baru la nak berjinak-jinak memasak 
Aku ingat time tu menyewa di PJ sebab nak ulang alik KL-PJ xlarat ler. 
dari situ baru aku mula nak try memasak. 
buat cekodok cicah sardin, nasi goreng, mihun goreng, ala yang goreng2 je la. 
xpernah lagi buat lauk pauk yang dahsyat. nak mkn sedap tunggu mama balik KL or beli je di kedai. 
Bila dapat kije kat KL aku duduk rumah sndri di KL. ingtkan rajin la masak tapi hampeh.com juga sbb balik kije dah lewat penat badan tapau je if nak mkn. tapi masa tu bujang xheran sgt if x dinner. on diet kata kan jaga badan kalu tidak xde pulak orang nak mengorat nanti. 
Bila pindah di putrajaya duduk menyewa juga. masa ni kot baru mula test menu-menu heavy skit. masak ikut turn. ada sorang kwn aku tu mmg rajin msk dia ajak aku join je. aku belajar dari dia juga skit2. ingtkan aku sorang je dah kerja umur dah banyak xreti masak rupanya ada lagi yang sekapal. hehehhe uolss tahu sape uolss kan guguls. 


Time kije putrajaya ni baru nak bercinta, setahun bercinta dah gatai nak khwin pulok. 
padahal masak pun tak reti. so redah je !! nanti dah khwin blajar la slowly ye idok. 
bakal suami pun xkesah. iyo la xkesah belum dapat time tu, dah dpt mula la komen macam2. 
Tapi aku mmg ada niat tuk belajar. sbb aku terbaca satu word buat aku rasa ada betulnya "pikat suami dengan memenuhi kehendak perutnya" 
pendapat aku sendiri pun suami makan air tangan isteri banyak bagus nya kot. 
 so aku xmalu untuk belajar dari masa kesemasa. belajar dari bawah.
 Paling segar dalam ingatan, 1st time nak masak kari ayam, kol kak long minta resepi. 
dah siap budget aku masak lah paling sedap. har har har sedap la sangat, pekat gile. letak kari and santan banyak gile sampai likat. 
laki i jenis xsuka kari pekat likat sangat tu. mmg failed la time tu. 
xpela practice make perfect. Kritikan di terima. 
satu lagi hubs cakap aku masak selalu masin. if ada yang xkena dia akan btau la, mula2 tu sentap juga, tapi if x di kritik mana nak tahu bole di terima tekak ke tak. atter, nak hidup sampai ke mati kena la terima teguran. 
Xsangka dari hari ke hari aku dah bole masak tuk laki sendri. bole la sediakan sarapan tuk bekalan kami ke ofis hari2. dan dinner di rumah makan air tangan istri. 
Paling bermakna bila lihat suami makan berselera dan bertambah. rasa berbunga-bunga hati tu lain macam kan. bila di puji toksah citer la kembang kuncup nya. 


Dah ada anak kena berhijrah ke luar negara pula. 
Actually duduk di luar ni lagi menguji skills memasak tau. 
mana tidak nya, tiba2 tekak nak mkn nasi tomato, nasi ayam, segala macam kuih muih mana nak dapat ?  
kalu tak sendiri masak xdapek la nak penuhi keinginan tekak. 
so thank god, aku jadi suka mencuba sesuatu yang baru di sini. 
if xtahu google je sure jumpa resepi apa yang nak. 
dulu nak makan apa sng order je selesai masalah. 
skang nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu, laksa, mee kari, soto, rendang, lontong, kuih muih, variasi kek. uishhhhh sebut je semua hanya di hujung jari. 
perhrffffffff berlagak pulak bunyi nya. hehhehe sorry uolsssss i gurau je. 
tapi itula hakikatnya. walaupun xsedap xmarvelous. tp aku tetap berpuas hati untuk pencapaian diri sendri pun sudah besar maknanya. 
dari dulu PEMALAS skang xde la RAJIN sangat tapi rasa ingin mencuba itu ada tuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang istri dan ibu pada anak-anak. 



 

0 Kritikan: