BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 23, 2012

Bagaimana mahu kata TIDAK pada anak.

Aku pernah baca seboleh-sebolehnya jangan kata TIDAK pada setiap tindak tanduk anak-anak 
tapi bagaimana ?
mari kita bincang sesama 


Contoh 1 
Anak di serang selsema 
Anak : mama, baby nak makan ice krim  
Mama : TAK BOLEH sayang, baby kan sesema (sambil usap2 kepala dan suh hembus hingus) 
nanti baby makan ubat dah elok mama bagi okeh. 
**tetap terguna word TAK BOLEH kan ? itu kalu aku lah. kalu uols cmne nak mengelak pada anak sedangkan itu mmg memudaratkan dia ? 
setiap perkara yang cuba di larang musti ada sebab kenapa perkara itu di larang. 
jadi bagaimana kita ibu bapa nak menyusun ayat terpulang pada kretiviti memasing. 
itu pendapat aku lah. 



Contoh 2 
Menonton TV nengok iklan ada coklat/toys yang dikehendaki 
Anak : Mama, baby nak tu, baby nak tu (sambil merengek hentak2 kaki) 
Mama : ok, nanti esok mama beli eh, skang dah malam kedai dah tutup. 
**Kes ini boleh untuk tidak guna TAK BOLEH. sebab kita berjanji akan belikan cuma hari sahaja di tunda kerana sudah malam. so logik nya dia paham dah malam esok mama akan beli kan. 
ini aku berjaya!



Contoh 3 
Anak menghadap tv depan  sangat
Mama : baby, duduk belakang skit JANGAN depan sangat nanti sakit mata 
Anak : Undur kebelakang tanda mengikut arahan 
 **sebut JANGAN pada yang mmg xboleh. ini bole kot. 
sebab kita melarang sesuatu bersebab. kalu bole beri sebab supaya si anak paham 



Contoh 4 
Mama on kipas tiba-tiba anak off 
Mama : baby, JANGAN tutup kipas tu buka balik, mama panas ni (nada lembut)
 mama on anak off, berulang kali 
Mama : baby, buka cepat nanti mama cubit !(nada medium) 
on off, on off 
Mama : sambil bangun dan pura-pura cubit. 
**Anak tetap x takut, walaupun di kata JANGAN dan mengancam untuk mencubit 
jadi cara mana harus di gunakan supaya dia mengalah. 
budak2 selagi kita marah selagi itu la dia suka buat. so kepanasan la Mama nya !! 




Berikut contoh-contoh yang aku alami dalam kehidupan harian aku 
bagaimana nak guna perkataan TIDAK/JANGAN/TAK BOLEH pada anak
actually ikut kretiviti memasing how to say it. As long as anak tu bole terima dan paham itu sudah cukup kan. 
Tapi yang pasti masing2 ada cara tersendiri to teach ur child. 



Bila anak nak masuk dua ni. Actually pikiran ibu bapa makin berat tau 
yela, nak didik anak bukan macam ajar kucing berak dalam toilet. 
harus kena pada cara dan tempatnya 
Aku dah mula pikir dan atur macam2 tuk masa depan anak-anak 
sejak QK dan pandai bercakap bertanya itu ini aku jadi lebih berhati2 dalam menjawab setiap soalan 
supaya tidak disalahtafsir dan mudah diterima akal kecilnya 
 


 Semoga anak-anak kita menjadi anak Gemilang, Cemerlang dan Terbilang 
Amin

 


 

1 Kritikan:

Zahra Al-Rasyah said...

Hummm..Yela, how to say jangan or tak boleh bila situasi tu memang kena ada word melarang. Aku rasa boleh kot on certain sittuation just kena bagi sebab yg munasabah & elakkan daripada takutkan dia. COth: jangan pegi situ, ada hantu..huhu.