BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 31, 2012

Pemakanan yang sihat untuk ibu mengandung

Sepatutnya ibu-ibu mengandung kena amalkan pemakanan yang sihat 
sebab makanan yang di ambil akan di kongsi bersama anak yang di kandung 
itu penting ! 


Jika nak kongsi pengalaman dan amalan aku 
tis time failed skit la 
pertama-tamanya aku xbole minum susu tepung anmum untuk kebaikan ibu dan anak 
dah cuba 2 kotak membazir xbole di minum juga
padahal masa mengandungkan QK dulu setiap bulan topup susu tanpa gagal 
jadi aku hanya mengharapkan susu dutch lady yang di akui kandungan gula yang berlebihan
tapi lebih baik dari aku xambil sebarang susu lansung
kesian baby mama ni kdg2 rasa seperti badan xsihat xcukup zat je xdapat minum susu dengan jayanya 
tapi so far baby baik2 aja 
membesar bagai johan juga. ingat duduk di negara luar xde nikmat makan kurang kebesaran 
tapi kamu tetap big macam mama !!


Bila susu dah xbole masuk kerongkong aku kena gantikan makanan lain untuk kestabilan zat dalam badan 
 gantikan dengan sayuran dan buahan 
mujur sayuran sini fresh2 belaka dan kaya dengan buah-buahan 
bila QK makan kismis aku tumpang la sekaki 
kalau tak aku pun lupa. kurma ikut mood juga. 
yang paling xbagusnya selalu lupa nak makan ubat. hubs pun sama sekali lupa je nak ingatkan. sob sob x bagus sungguh !!
aku minum soya dan air kelapa untuk kecantikan kulit anak kelak.Insyaallah 
Doktor kata banyakkan makan seafood tuk kurangkan lemak 
sini mmg kaya dengan seafood tapi terlalu banyak seafood juga di takuti lebih zinc pula 
jadi aku selalu pastikan jadual menu adalah berselang-seli 
hari ni udang, esok ikan lusa ayam, tulat ikan bilis 
sayur mmg hari2
begitu lah seadanya 
 Kebiasaannya mmg hari2 akan lunch dengan nasi 
bila jemu gantikan dengan mee dan sebagainya 
bfast kadang2 sandwich/kuih muih 
kalu tak pun cicah biskut dengan milo je
xlarat dah nak makan heavy pepagi. perut cpt padat lah
 makan nasi pun kena dalam kuantiti sedikit 
tu sbb kena amik minum ptg sbb kalu nak tgg ke dinner lapar gila nanti 
 if petang aku makan kuih or heavy skit 
aku akn skip dinner, gantikan dengan minum susu or blend jus. 
itu pun dah kejang perut. 
tapi adakalanya lapar gile makan sampai kembung xlarat nak jalan pulak. 
Aku rasa tis time aku xde la pulun makan sgt tp tetap la badan membesar. tapi so far 6 bulan berat gain 7 kilo je. 
terima je la janji sihat keduanya. 


 
 ini gambar terbaru di petik wekeend lalu 
amacam hebat tak tumbesaran ? 
hehhehe janji happy yooooo !! 


 

May 30, 2012

Masak Memasak

Aku memang dilahirkan malas untuk memasak 
Ya, itu dulu. masa muda remaja belum tahu erti tanggungjawab berumahtangga dan pengalaman berkhidmat di luar negara. Ewah !!
Serius dulu masa remaja lepasan SPM baru la cuba tolong mama masak di dapur. 
itu pun tolong siang2 bawang potong sayur je. nak menumis dalam periuk xpernah kot. 
tolong balik-balikkan ikan/ayam dalam kuali pernah la. tu pun jarak sudip ngan kuali jauh gila takut terpercik kat tangan dan muka la konon nanti xcantik la pulok. hahhaha kelakar gila kot. 
dulu adik-beradik aku kata aku ni pemalas. or ayat sopan skit manja sangat !
xkedapur tuk memasak, tolong kemas rumah pun bila di suruh je. itu masa sekolah-sekolah lah. konon nak concentrate pada study tapi xde cemerlang sangat pun. 
dah lepas SPM bila mama paksa kedapur belajar tolong itu ini, aku mula jadi ringan tangan. time habis suma adik beradik buli aku, time raya aku la kena kemas rumah sengsorang, tolong mama masak perlbagai lauk. sebab semua pakat balik pagi raya. bijak gila.
tapi xsempat pun nak belajar memasak, nengok2 cum tu je bila mama masak sebab dapat sambung belajar pulok.
Sambung belajar 3 tahun, balik cuti semester banyak benor aktiviti or aku xbalik sebab buat part time job. so 17 + 3 tahun, by the time nak kije umur dah 21 tahun kot. tetap xpandai memasak. di Kolej pun harapkan kawan-kawan yang pandai masak aku tukang makan je, or mama akan bawa kan makanan bila mereka datang melawat. heaven gila. 



Bila dah kije baru la nak berjinak-jinak memasak 
Aku ingat time tu menyewa di PJ sebab nak ulang alik KL-PJ xlarat ler. 
dari situ baru aku mula nak try memasak. 
buat cekodok cicah sardin, nasi goreng, mihun goreng, ala yang goreng2 je la. 
xpernah lagi buat lauk pauk yang dahsyat. nak mkn sedap tunggu mama balik KL or beli je di kedai. 
Bila dapat kije kat KL aku duduk rumah sndri di KL. ingtkan rajin la masak tapi hampeh.com juga sbb balik kije dah lewat penat badan tapau je if nak mkn. tapi masa tu bujang xheran sgt if x dinner. on diet kata kan jaga badan kalu tidak xde pulak orang nak mengorat nanti. 
Bila pindah di putrajaya duduk menyewa juga. masa ni kot baru mula test menu-menu heavy skit. masak ikut turn. ada sorang kwn aku tu mmg rajin msk dia ajak aku join je. aku belajar dari dia juga skit2. ingtkan aku sorang je dah kerja umur dah banyak xreti masak rupanya ada lagi yang sekapal. hehehhe uolss tahu sape uolss kan guguls. 


Time kije putrajaya ni baru nak bercinta, setahun bercinta dah gatai nak khwin pulok. 
padahal masak pun tak reti. so redah je !! nanti dah khwin blajar la slowly ye idok. 
bakal suami pun xkesah. iyo la xkesah belum dapat time tu, dah dpt mula la komen macam2. 
Tapi aku mmg ada niat tuk belajar. sbb aku terbaca satu word buat aku rasa ada betulnya "pikat suami dengan memenuhi kehendak perutnya" 
pendapat aku sendiri pun suami makan air tangan isteri banyak bagus nya kot. 
 so aku xmalu untuk belajar dari masa kesemasa. belajar dari bawah.
 Paling segar dalam ingatan, 1st time nak masak kari ayam, kol kak long minta resepi. 
dah siap budget aku masak lah paling sedap. har har har sedap la sangat, pekat gile. letak kari and santan banyak gile sampai likat. 
laki i jenis xsuka kari pekat likat sangat tu. mmg failed la time tu. 
xpela practice make perfect. Kritikan di terima. 
satu lagi hubs cakap aku masak selalu masin. if ada yang xkena dia akan btau la, mula2 tu sentap juga, tapi if x di kritik mana nak tahu bole di terima tekak ke tak. atter, nak hidup sampai ke mati kena la terima teguran. 
Xsangka dari hari ke hari aku dah bole masak tuk laki sendri. bole la sediakan sarapan tuk bekalan kami ke ofis hari2. dan dinner di rumah makan air tangan istri. 
Paling bermakna bila lihat suami makan berselera dan bertambah. rasa berbunga-bunga hati tu lain macam kan. bila di puji toksah citer la kembang kuncup nya. 


Dah ada anak kena berhijrah ke luar negara pula. 
Actually duduk di luar ni lagi menguji skills memasak tau. 
mana tidak nya, tiba2 tekak nak mkn nasi tomato, nasi ayam, segala macam kuih muih mana nak dapat ?  
kalu tak sendiri masak xdapek la nak penuhi keinginan tekak. 
so thank god, aku jadi suka mencuba sesuatu yang baru di sini. 
if xtahu google je sure jumpa resepi apa yang nak. 
dulu nak makan apa sng order je selesai masalah. 
skang nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu, laksa, mee kari, soto, rendang, lontong, kuih muih, variasi kek. uishhhhh sebut je semua hanya di hujung jari. 
perhrffffffff berlagak pulak bunyi nya. hehhehe sorry uolsssss i gurau je. 
tapi itula hakikatnya. walaupun xsedap xmarvelous. tp aku tetap berpuas hati untuk pencapaian diri sendri pun sudah besar maknanya. 
dari dulu PEMALAS skang xde la RAJIN sangat tapi rasa ingin mencuba itu ada tuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang istri dan ibu pada anak-anak. 



 

May 29, 2012

Dari dapur Yangon

Today Tuesday kan 
ohh xpe xde la rasa malu sangat 
masak2 sabtu/ahad hari tu baru update hari ni 


Weekend lepas nak tukar selera 
sbb dah jemu sangat makan nasi 
bukan xbersyukur okeh cuma nak tukar angin 
so sabtu tu kami kepasar penuh kan stok bahan mentah tuk 2 minggu ni 
cukup bahan maka terjadilah 
Mee kari Nyonya 
version spaghethi 
sini kan xde mee so jadi le dari xde 
tapi tetap slurppppp juga makan 
 
 nak resepi ke ? sila lah google. hehhehe 
sng bangat. sbb yang version simple xperlu banyak bahan-bahan pun 
isi nya tu guna ayam and fish ball je 
lepas tu add on kan ngan taugeh and telor 
siap tuk di ngap !


Since dah ada kari ayam 
petang tu terpikir if buat roti jala cicah kari ngam juga ni 
so menjala lah i petang tu 
dapat pula kol ada kawan ajak dinner rumah dia 
bawa sekali la roti jalan ni sebagai buah tangan 
makan bersama pulut durian dorang buat 
sedap okeh !


 ini roti jala i 
nyum nyum nyum 
 



eh eh tepung pelita i tersenget lak 
exercise skit la kepala uols ya 
hari ahad ada lagi jemputan makan tengah hari 
so pagi tu bgn siap2 kan tepung pelita 
mmg teringin nak makan pun 
tpai xreti nak buat kelongsong daun pisang tu 
kita guna yang moden je la 
rasa yang hijau bahagian bawha tu mantoppp 
tapi kelapa atas tu kena perbaiki lagi 
 tapi overall puas hati 
untuk tekak kami sekeluarga  la. 



Tis week plan nak buat Nasi tomato la 
dah lama tak berTOMAT. 


 


Bila umur semakin "TUA"

Tahun ni last year aku enjoy the angka "2" di depan 
omg next year dah 30 tahun !!
tapi now belum 29 lagi masih 28 setengah sebab belum sambut besday pun tis year. 
hahhaha statement takut kertu di situ . 


Actually faktor umur xjadi penghalang apa pun
skang ni tua muda sama je 
muda2 pun bole mati xyah tunggu tua kan 
orang tua sometime lagi kuat dari yang muda. 
yang penting hargai umur anda sebaik-baiknya 


Bila dah 29 tahun ni 
nengok muka depan cermin. belek dan menelek jadi tkt pula 
kedut bawah mata tu dah melambangkan ketuaan. 
oh tidak !! 
dulu aku xamik kesah sgt sbb rasa diri muda dan begitu beharga. 
skang dah mula rasa kertu sana sini 
so aku balik msia nanti nak mencari solutin supaya dpt hilangkan skit kedut2 bawah mata tu. 
now dah kena cari produk yang sesuai dengan usia kulit juga kan 
xbole dah rasa remaja guna produk budak2. 
kena la cari yang bersesuaian jika nka kulit tulus mulus sepanjang masa. 
pompuan ni akan nampak lebih tua skit dari lelaki
itu fakta !!
walaupun sebaya or pompuan tu muda sedikit tp tetap nampak pompuan tua dari lelaki 
so kalu kahwin ngan yang lebih muda kena extra usaha supaya nampak lebih muda ler. 
aku and hubs sebaya. tapi kdg2 kena bergaya lebih muda skit dari laki supaya xkelihatan tua dari dia. 
kalu tak sentap mak ! uwuauwuuawua 
itu pun kekadang tetap nampak kertu. mencik ! 
tapi asalkan bahagia susah kan. 
 
 
Makin meningkat usia juga makin bertambah la pelbagai hormon 
pandai2 la nak menstabilkan nya 
so far aku masih bertenaga terasa tulang temulang masih kuat. eheheh 
bila time muda ni ler nak kena tambah zuriat sebelum xlarat nak bawa perut sendiri. 
dats y aku plan nak 3 anak before 35 year. 
Omg bole ke ?
umur 29 anak 2
another 3 4 years je bole rest for the next pregnancy. auw auw auw. 
itu semua rezeki tapi plan kena ada juga. 



 

May 25, 2012

25 Weeks

Assalamualaikum 
pagi ni belek-belek kalendar terkezut jap sbb my pregnancy dah masuk week ke 25 which is sudah 6 bulan 1 minggu. 
auw auw kejap pula rasanya 
tapi macam lama lagi pula nak tunggu bersalin + nak pulang ke Malaysia 
Actually rasa lebih nak pulang ke Malaysia je lebih 
bersalin tetap tunggu pada EDD nya 
surprise juga tis time 
sbb when raya nanti dah masuk 38 weeks 
itu dah mmg menunggu waktunya sahaja 
moga baby mama xkeluar awal sgt 
1 weeks lepas raya tu sedang elok oke. Amin. 


Today i lemau skit le 
selsema yang tidak berpenghujung + sakit kepala skit 2 hari ni 
so pagi ni lepas pekena nasi lemak daun pisang di beri oleh my colleague i telan sebiji panadol bagi lega if x lega juga after lunch nak minta bos balik awal lah. rasa perlu berehat jap. 
padahal semalam 2jam dah berehat2 di SPA pun pagi ni badan lemau juga. haiyakkk. 



2 hari ni QK selsema + batuk so tidur malam dia xbrapa nak lena jadi mama pun turut xlena lah. 
di tambah pula dgn ujian electricity yang di cut 6 jam sehari ikut jadual tu buat aku kejap-kejap kena bangun on kipas bateri. 
ohh tiba2 macam perlu cuti yang panjang tuk berehat !! 


 

May 24, 2012

Selamat pagi seantero dunia !

Wah macam la pembaca dari seluruh dunia 
eh sape tahu kan ! hehhehe 
ok sila jangan menjengkelkan diri terhadap saya di pagi hari ni 
xmanis. meluat pun senyum sinis je. 

Ok today mood ceria skit 
pakai baju kurung warna pink manik-manik. 
muat lagi baju kurung ? aah yang ni besar skit so boleh la, bulan depan confirm xmuat kot. 
Today besday my bos. happy besday bos !! i wish u dapat jodoh cepat ya. ahaks 
orang-orang terpelajar sangat ni xpk jodoh kot eh. 
so sebagai tanda ingatan i masakkan nasi goreng kampung tuk bos bfast ni. 
tapi dia belum sampai lagi. xpernah pun bagi dia makan apa-apa hasil air tangan i. hehhehe termalu pada diri sendri lak. musti dia terkezut jap g. hahaha sorry la bos nanti i dah pndai masak gila-gila dan beli dining table baru i invite u datang rumah ya. nanti tu xtahu la bila. tungguuuuuu


Petang ni plan nak nengok perabot jap 
then nak memanjakan diri dgn en suami
i love SPA ! 
lepas tu plan nak p makan nasi lemak kat 1 of the Malaysia Hotel here. 
en suami la duk sebut2 sampai i lak xleh tidur malam teringat nasi lemak untuk dia. 
wah mithali sungguh. 
Today QK bagi mama dating with papa ya. esok mama bawa QK n kakak dinner lak. 


ok daa daa. 



 

May 23, 2012

Bagaimana mahu kata TIDAK pada anak.

Aku pernah baca seboleh-sebolehnya jangan kata TIDAK pada setiap tindak tanduk anak-anak 
tapi bagaimana ?
mari kita bincang sesama 


Contoh 1 
Anak di serang selsema 
Anak : mama, baby nak makan ice krim  
Mama : TAK BOLEH sayang, baby kan sesema (sambil usap2 kepala dan suh hembus hingus) 
nanti baby makan ubat dah elok mama bagi okeh. 
**tetap terguna word TAK BOLEH kan ? itu kalu aku lah. kalu uols cmne nak mengelak pada anak sedangkan itu mmg memudaratkan dia ? 
setiap perkara yang cuba di larang musti ada sebab kenapa perkara itu di larang. 
jadi bagaimana kita ibu bapa nak menyusun ayat terpulang pada kretiviti memasing. 
itu pendapat aku lah. 



Contoh 2 
Menonton TV nengok iklan ada coklat/toys yang dikehendaki 
Anak : Mama, baby nak tu, baby nak tu (sambil merengek hentak2 kaki) 
Mama : ok, nanti esok mama beli eh, skang dah malam kedai dah tutup. 
**Kes ini boleh untuk tidak guna TAK BOLEH. sebab kita berjanji akan belikan cuma hari sahaja di tunda kerana sudah malam. so logik nya dia paham dah malam esok mama akan beli kan. 
ini aku berjaya!



Contoh 3 
Anak menghadap tv depan  sangat
Mama : baby, duduk belakang skit JANGAN depan sangat nanti sakit mata 
Anak : Undur kebelakang tanda mengikut arahan 
 **sebut JANGAN pada yang mmg xboleh. ini bole kot. 
sebab kita melarang sesuatu bersebab. kalu bole beri sebab supaya si anak paham 



Contoh 4 
Mama on kipas tiba-tiba anak off 
Mama : baby, JANGAN tutup kipas tu buka balik, mama panas ni (nada lembut)
 mama on anak off, berulang kali 
Mama : baby, buka cepat nanti mama cubit !(nada medium) 
on off, on off 
Mama : sambil bangun dan pura-pura cubit. 
**Anak tetap x takut, walaupun di kata JANGAN dan mengancam untuk mencubit 
jadi cara mana harus di gunakan supaya dia mengalah. 
budak2 selagi kita marah selagi itu la dia suka buat. so kepanasan la Mama nya !! 




Berikut contoh-contoh yang aku alami dalam kehidupan harian aku 
bagaimana nak guna perkataan TIDAK/JANGAN/TAK BOLEH pada anak
actually ikut kretiviti memasing how to say it. As long as anak tu bole terima dan paham itu sudah cukup kan. 
Tapi yang pasti masing2 ada cara tersendiri to teach ur child. 



Bila anak nak masuk dua ni. Actually pikiran ibu bapa makin berat tau 
yela, nak didik anak bukan macam ajar kucing berak dalam toilet. 
harus kena pada cara dan tempatnya 
Aku dah mula pikir dan atur macam2 tuk masa depan anak-anak 
sejak QK dan pandai bercakap bertanya itu ini aku jadi lebih berhati2 dalam menjawab setiap soalan 
supaya tidak disalahtafsir dan mudah diterima akal kecilnya 
 


 Semoga anak-anak kita menjadi anak Gemilang, Cemerlang dan Terbilang 
Amin

 


 

Anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah.

Ya, aku punya pembantu rumah 
di post ni je la 
di Malaysia dulu xde pun 
anak hantar pada baby sitter 
tapi aku mmg cerewet dalam mencari baby sitter juga di Malaysia dulu 
di sini Alhamdulillah dapat pembantu yang penyayang 
tapi lain pula implikasi nya 
 jom check it out 


Jam 4pagi tadi QK tersedar dan cari-cari kakak 
aku cakap kakak tidur, tapi dia tetap menangis turun katil dengan sendiri nak pergi pada kakak 
serius aku sentap 
padahal mama n papa ada di kiri kanan dia 
kenapa musti mahu kakak di malam hari juga !
hati ibu aku terusik bila sambil nangis dia turun katil nak buka pintu mahu ke bawah untuk cari kakak 
aku pun dukung dia bawa ke bawah tunjuk yang kakak sedang tidur 
aku mmg xsuka ganggu masa tidur maid 
dia cool skit aku bawa naik atas pujuk dan terus pujuk 
peluk cium usap-usap badan supaya dia lupa kakak dan tidur semula 
40 minit juga lah baru berhasil 
Januari lalu kami balik Msia tanpa kakak seminggu xde pula dia bertanyakan kakak 
maybe enjoy berjalan kot. 


QK di bawah penjagaan maid ni sejak dari umur 10 bulan 
waktu bekerja 8 jam QK mmg bersama kakak di rumah
 jadi dia menjadi rapat dari hari ke hari 
 dulu masa aku dan suami berjauhan selama setahun 
tidur malam dia mmg xlena 
selalu menangis malam seperti mencari sesuatu 
jadi aku tafsir dia rindu papa 
bila papa dah mula bersama kami pada oktober tahun lalu 
QK dapat tidur yang lena cuma bangun bila mahu susu je 
tapi sebulan kebelakangan ini kadang2 terjaga malam dia selalu tanyakan kakak 
sampai satu tahap aku rasa seperti mahu marah 
tapi berbalik pula pada perhatian kami ibu bapa pada dia 
biasanya aku keluar pagi hingga paling lewat jam 6petang 
lepas hubby hantar aku ke tempat kerja dia balik rumah dulu setlekan bfast QK
jam 1130 baru dia keluar untuk urusan kerja dia 
itu rutin 
petang hingga malam mmg QK bersama kami 
nonton bersama, makan kami suap dan bermain bersama
sampai la waktu tidur
setiap malam QK mmg tidur dengan kami tanpa gagal 
walau aku sakit pun xpnh aku bagi anak pada maid tuk tidur bersama 
 dia di tengah2 kami di kiri dan kanan 
pernah dulu dia selalu terjaga cari-cari papa padahal papa mmg ada sebelah dia 
tapi xpernah lagi aku dengar dia mencari mama !! 
sebab aku xpernah berpisah tidur dengannya 
setiap malam dia pasti di bawah ketiak aku, kekadang tiba2 dia tidur atas bantal yang sama ngan aku 
bila terpikir nanti aku di saat melahirkan adiknya dia cari mama tak ? huhuhu 
Weekend pula mmg masa bersama kami 
jadi aku bermenung di mana silapnya 
aku rasa kakak terlalu memanjakan 
semua yang di pinta dapat 


Sebagai ibu aku terasa dengan sikap anak begitu 
aku xmo anak melebihkan orang lain dari ibu bapanya sendiri 
aku ibu yang tamak !! 
tapi aku tamak pada anak aku sendiri dan aku rasa perlu begitu sebetulnya 
 

Mama sayang Qaireena Krisya !!! 



 
 
 

May 22, 2012

Alahai blog rindunya

Aku kan propa tajuk kasi propaganda skit le 
rindu seyy nak update blog lelaju cum dulu 
cum uolss 1 2 entry per day 
nowly i kebizian skit nak update pun terkemut2 
dapat view blog pun sehari sekali je kekadang 
tapi dah dasar propa time bz ko gedik nak update sangat 
time free goyang kaki xupdate juga apsal ? 
alasan xde mood xde idea pulak kan !!




ok sekian. 



 

May 16, 2012

Pembawakan ketika Mengandung

Ada orang mengandung alahan sangat kronik 
sah je mengandung mutah-muntah, pening kepala 
jadi lemah berbulan-bulan lamanya 
ada yang sampai bulan ke enam 
semua kerja xmenjadi bila badan xsihat kan. 
xbole bau air didihan nasi lah 
xbole bau ketiak laki sendri. tapi kalu dah mg bacin mmg xmengandung pun xmo bau kan. hik 
ada yang xboleh memasak pun untuk keluarga 
so nak xnak pasangan haruslah memahami dah bertolak ansur. ini la masanya untuk bantu istri. 
tapi syukur aku tidak dalam kategori ini. 
Alhamdulillah 


Ada pula yang mengalami kelemahan pada rahim 
bleeding dan licking 
penuhi hari-hari di hospital je 
bila dengar kawan-kawan begitu 
sentap juga hati. 
Tapi aku bersyukur aku di lindungi dari perkara itu. 
 



Ada yang mengandung menunjukkan perubahan hormon yang ketara pula  
keluar jerawat batu besar-besar kat muka 
ada bahagian pada tubuh badan jadi hitam cth pada ketiak dan leher. 
Alhamdullilah aku terlindung dari simptom ini 



Ada pula kes yang kerap sakit pinggang 
ada pula yang sakit pada ari-ari 
mungkin sakit pinggang sebab terkena urine infection atau keadaan bayi yang xtepat 
sakit ari-ari pula mungkin kerana baby semakin expand dan pressure baby itu membuat kan ibu sakit 
Ya, Aku dalam kategori ini !!
since kandungan 4 bulan lebih aku mula sakit pada ari-ari 
sakit pinggang xde sangat 
seminggu rasa seminggu ok 
aku tanya doc mmg itu la puncanya 
baby membesar dan pressure baby tu menolak 1 tulang lembut di celah kangkang atau dekat pada kemaluan
and its will happen until towards the end.  
cuma ikut pada posisi baby juga la. 
apa yang aku alami 
last month agak tidak selesa dengan masalah ni. 
tis month agak ok. bole la berjalan walau terasa jalan cum perut dah 9 bulan atau cum org tua. 
uhhhh. 
tu pun xbyk bergerak cuma turun naik tangga. 
bidan kata byk turun naik tangga peranakan akan jatuh. 
aku rasa ada benarnya juga. 
sebab rasa cum nak terkeluar je pundi kencing tu bila berjalan. 
doc advice beli pregnant belt 
tuk letak bawah perut bagi menampung berat baby. 
tapi setakat ni aku rasa okeh. cuma sesekali per day rasa tapi bole di kawal lagi
especially time malam bila nak tukar posisi tidur 
nak kurangkan rasa sakit tu tidur statik ja dan letakkan bantal pada bawah kaki bagi tinggi supaya lebih selesa. 
QK dulu lahir 3.3kg 
dan biasa nya anak kedua lebih besar dari yang pertama.  
harao-harap ia tidak berlarutan yang mama sendri tak bole tanggung. 
cmne nak pulun jalan shoping raya + barang baby cuti nanti. 
semoga mama sihat hendaknya. 
Amin






 

May 15, 2012

Aku Rindu

Dari hati yang paling dalam 
sesungguhnya aku rindu !
rindu dengan tanahair dan isi alam nya 
rindu kedua ibu bapa, rindu keluarga
Rindu semuanya 
Aku rasa bayangan Malaysia berada sejengkal di depan mata 
tapi hakikatnya masih terlalu jauh dan lama untuk di ubati rindu yang parah ini
uhhh cuma kekuatan yang aku perlu untuk terus bersabar dan menanti saat kepulangan nanti 



*****

Aku selalu sebut-sebut tentang Malaysia pada QK 
nak belikan pakaian baru yang lebih cantik tuk dia 
nak belikan mainan yang lebih berkualti
nak belikan jam angry bird yang tak jumpa-jumpa di sini 
macam-macam lah 
tapi hubs tegur pulak, jgn sebut2 lambat lagi nanti budak tuntut. 
ok fine. 



Tapi di sebalik itu kadang-kadang 
berbisik dekat di telinga aku 
nanti papa kat msia nak makan roti canai banjir, nasi lemak daun pisang, KFC, McD, Pizza baru cum dlm iklan, 
kita makan kat Anty Aini's tau 
oh bulan puasa kita buka kat bla bla bla bla 
raya balik sini sana bla bla bla 
shopping itu ini bla bla bla 
semua di aturnya 
xbagi aku sebut2 tapi dia punya list hover dari apa yang aku sebut2 
motif apakah ?
 aku stress sebab itu faktor buat aku semakin menyimpan rindu yang dalam. 
 huhuhuhuhu 


***** 


Plan itu ini 
excited nak beraya 
tapi during raya lah aku dah 36 weeks 
moga baby keluar lambat skit kami dapat nikmati raya di MALAYA. 
 Amin 
Raya haji kita ber 4 ya !! 
pun di Malaya 
yuhuuuuuuuu