Assalamualaikum
11 bulan sudah berlalu
hari silih berganti
bulan berganti bulan
kini menjelang semula Ramadhan
Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi di sini untuk menikmati bulan ibadahmu
Semoga tahun ini aku akan lebih baik dari tahun sebelumnya
walau tidak dapat di rasai bersama insan-insan tersayang di Malaya
tapi aku tetap menanti Rahmat di bulan Ramadhan
****
Bulan baik cara cakap pun kena tukar ke arah sopan-sopan skit
eheee
aku ingat lagi time begini aku sedang kalut memikirkan tawaran untuk berkhidmat di luar negara
dan jawapan - im here now
Ramadhan lalu agak mengalutkan
kerana sambil berpuasa beribadah sibuk juga nak membuat persiapan untuk berkhidmat di luar ni
bukan sahaja Ramadhan malah Syawal juga tidak terlalu dirasai
jadi aku berharap penuh Ramadhan dan Syawal kami pada tahun ini lebih bererti walau jauh berjuta baru dari insan-insan tersayang dibumi tercinta
Syahdu !!
Semua Umat Islam
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak
Semoga tahun ini kita lebih diberkati
Amin
ok bai
0 Kritikan:
Post a Comment