Aku baru tahu yang sekarang
3 adik beradik papa aku warded di hospital yang sama
Hospital Selayang
Pertama maklong, walaupun lain ibu sama ayah tp tetap mak long kami.
Di diagnos kanser payudara stage 4.. dah operate semalam dan doc suruh berserah padaNYA.
Kedua Pakngah adalah papa aku. Sirosis hati last stage.
Juga doctor suruh berserah padaNYA.
Semalam petang papa meracau-racau.
Ada orang melawat borak-borak then dia sebak..
itu paling xsangka, sbb xpernah nampak papa bersedih dan sebak begitu.. kata kak lang aku.
Badan makin lemah then banyak termenung merenung tangan. Apa ada pada tangan ?
Aku sentiasa berdoa dari kejauhan.
Hari ni hari Khamis semoga doa kami di panjangkan.
Ketiga : Makteh adalah adik papa.
Diabetik kronik. Dah potong kaki kanan sampai lutut, kaki kiri sampai buku lali.
Skang kuman merebak ke buah pinggang.
"Ya Allah, sesungguhkan seluruh keluarga kami sedang di uji oleh MU. kami redho dengan ujianMU..
Lapangkanlah dada kami menerima segalanya dengan tenang.
Dan kurangkan derita buat mereka-mereka yang kami sayangi.
Terutama insan yang bernama BAPA itu.
Amin."
2 Kritikan:
Sri, semoga sri dan keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah. kak lang doakan yang terbaik. sebak baca entri awak hari ni.menitis air mata.
love, kak lang
isnyaallah. terima kasih kak su. semoga yang terbaik dariNYA.
LOVE from sri.
Post a Comment