BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 7, 2013

Ais Krim Goreng#Nyumnyum

Dolu-dolu ada kawan orang johor pernah btau aku tentang ais krim goreng ni 
Kaklong aku kawen ngan orang johor.. so aku pun bila p johor tanya mana nak dpt aiskrim goreng.. dorang gelakkan aku uolsss. katanya secara logik aiskrim mana boleh goreng musti akan cair. 
Tapi skang meh aku nak gelakkan kak long pulak, terbukti i dah buat ye. 


Bahan-bahan :
ais krim - ikut sukacita perasa anda 
roti 
scoop ais krim kecil 
gelas 
 

 Letak 1 keping roti then sccop aiskrim then alas 1 lagi roti atas tu dan tekap guna gelas.. 
aku try semalam roti Myanmar xsemlembut sutera like gardinier.. so 2x percubaan failed. Bila hubby dtg membantu baru jadi bulat dan kemas cum belah kanan. belah kiri aku yang buat.. gila serabut kan. muahahhaha 


Dah siap panaskan kuali, minyak kena betul2 panas baru goreng... campak dalam kuali terbalik keluarkan.. lama2 nanti lagi cair aiskrim nya. 





Taraaaaaa
Serius sedap hingga menjilat jari.. 
rangup di luar, lembut di dalam gitu.. 
aku buat 3 je nak test lah katakan. 
sekali QK suka siap cakap "mama nak lagi"
jadi buat lah lagi 2 ketul tuk si anak. 



Hari ni nak beli aiskrim mahal skit nak nengok cpt cair tak. 
Sedap wehhh sila lah try.





 Ini la mama yang rajin tu 
"Umur 30 tapi perangai cum belasan tahun. Pleaseeeeee lah.. 
Gedik " Statement by Mr Husband. 




0 Kritikan: