BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jan 30, 2013

Laki ku bukan laki mu. Mode : Jiwang.

Ewah tajuk. Over kot. 
Hari ni bukan ulangtahun perkahwinan kami pun
tapi saje nak up up al kesah si suami. 
Sebagai entry penghargaan gitu. 
Penghargaan kan bole di terbitkan dari pelbagai cara. So ini salah satunya. 
 
Pada u Ayang, ini khas untuk you ! 
Because I love u. (kembangkuncuphidungdialatu)
 
 
Pertama-tama aku nak ucap syukur pada Allah kerana jodoh ku dengan dia. 
Allah maha mengetahui, jika api padan nya dengan air. Barula serasi. 
Aku akui aku api, selalu membara-bara 
dan suami aku adalah airnya, selalu ada untuk memadamkan bara api ku. 
Maka sejuk lah ia. 
 
 
Keduanya terima kasih Ayang, kerana sudi menerima i seadanya. 
Walaupun banyak sudah beza antara i dulu dan kini, tapi u tetap kata i masih seperti dulu. 
Harap-harap u ikhlas. 
 
 
Aku bertuah punya lelaki seperti dia. 
Kerana dia ringan tulang, selalu ada membantu bila aku memerlukan dan kepenatan. 
Dia rajin melayan anak-anak kami, tukar diapers, buat susu, bawa round2 di laman rumah. 
Teman anak mewarna, melukis dan macam2 lagi lah. 
Sampaikan Adik dengar suara papa dari jauh pun muka masam terus gelak2. 
Dulu masa kami di Putrajaya xde maid, bila aku basuh baju di akn tolong sidai. maklumlah ibu mengandung cpt letih katanya. 
atau aku sidai dia basuh. aku masak dia cuci pinggan. kadang2 dia masak aku jaga anak. Gitula seadanya.  
Dia umpama sebelah tgh dan kakiku. Kalau xde maka umpama patah kaki patah sayap. 
Bagai aur dan tebing, bagai irama dan lagu. 
uhhhh over jiwang dah ni. muahahahahaha. 
 
 
Tapi di sebalik kebaikan dia, aku xpernah untuk amik kesempatan abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang istri dan ibu. Pesan dia, kita kena selalu give and take, tolak ansur, saling memahami. Itu yang kami amalkan. Alhamdulillah kami bahagia. 
Rumahtangga xselalunnya indah, ada kala hujan ribut melanda. Baru ada thrill dalam hidup ye dok ? 
Manusia mmg di lahirkan tidak perfect. Aku dan dia sama-sama ada kekurangan so sama-sama lah sentiasa perbaiki dari masa ke semasa. 
Barulah hidup diberkati. 
 
 
Demi cintaku padamu, ku serah jiwa raga. 
Asal kita berbahagia hingga ke akhirnya bersama pelangi-pelangi yang bernama ANAK yang telah kita miliki. Itu bukti CINTA kita. 
 HINGGA HUJUNG NYAWA !!
 
 
 
  

0 Kritikan: