Jadi ibu ni kena strong, tabah, berani, kuat semangat
semua jenis kekuatan kena ada lah
Tapi aku ni ibu yang tipikal
cepat sangat panic dalam urusan anak-anak
Serius.
Contoh bila anak sakit, ibu lah yang paling panic.
Demam xkebah2, walau dah makan ubat dan jumpa pead
ibu la yang panic berpikir macam-macam kadang2 yang bukan-bukan je.
Tapi aku kalu anak sakit/demam mmg aku risau. dan dan tu nak ke klinik dptkan kesahihan. Teruk ke ? bila bole baik ? punca ? bertubi2 soalan aku tanya sampai aku puas hati.
Bukan bab sakit je, hal-hal lain juga selalu buat ibu panic asal berkait dengan ANAK.
2 hari lepas, hubby xde keluar berbadminton. QK nak tido awal pulak. Aku cum biasa la kul 8lebih dah naik ats nak tidokan adik, tiba2 aku dgr Qk kat bawah nangis "nak papa nak tido dengan papa, nak papa tepuk"
Anak papa sangat kan, skang mmg dia tido hari2 papa yang tepukan, bezanya selalu dia tido lmbt kalau papa keluar pun still dia tunggu then tido sama2. tapi malam tu mungkin dia letih sbb siang school kan. So renget2 nangis nak papa. Kat atas aku dgr emosi pulak, anak nak tido papa xtepuk. eh skit punya hal pun aku nak emosi eh ? itu la nama Hati ibu.
Hari tu tgn QK terkena besi so luka skit la, keluar darah byk gila. mula2 dia tunjuk terkejut beruk aku. Terus aku jerit "amik towel towel" "papa cmne nak buat ni". then dah stop darah, dia duk diam 5 minit lepas tu aktive smula. yang kita ni xhabis panic lagi dia dah bole joget2 smula. adoiii.
kalu dia jatuh pun aku yang kuar suara jerit2 dulu sbb risau dia sakit dan luka, tapi dia lekk je bgn kibai2 lutut sambil sengih2. Sebab aku seriau skit bila dgr org jatuh or patah riuk sana sini. Kalu kena kat anak aku lagilah PANIC PANIC PANIC.
Isnin petang lepas QK school dia dtg fetch aku di ofis. senang 1 jalan.
dalam keta aku nengok dia melepek je. Selalu dia akn tunjuk hasil kerja dia of the day.
Aku tanya "nape baby"
dia jawab "baby nak makan biskut"
lol lapar rupanya. papa kata dia xmo makan nasi tghari tu sbb ptg dah mula lapar. Kesian.
terus rasa bergenang air mata, sbb anak lapar kan. rasa nak terbang sampai rumah cpt nak bagi anak makan biskut.
Mama : baby lapar ke ?
QK : baby nak makan biskut je. xde nasi pun xpe. biskut dengan milo
alahai luluh hati ibu ni dgr!!!
Sampai rmh cpt2 cari tin biskut buatkan milo, 3 keping biskut petak habis dia makan. sah lapar !!
Kalu kat negara orang susah, nak dpt kan makanan untuk anak pun susah bagaimana lah perasaan mereka mereka tu.
Hati ibu mmg halus, murni, cepat tersentuh dan terlalu fragile.
1 Kritikan:
If some one desires to be updated with newest technologies afterward he must
be go to see this web page and be up to date all the time.
My blog - online casino slot games
Post a Comment