BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 31, 2012

Asam Pedas + Ulaman

 This is our lunch yesterday
bluring nak masak apa. sebab hari-hari masak dan masak dan masak kan. 
So back to Asam pedam ikan rohu hasil tangkapan hubby p fishing 

 
 xtahu nak masak sayur apa juga
at last rebus je jantung pisang dan potong salad 
tiba2 ada 4 ketul frozen begerdil lagi. ok set. 

 
nak bagi umppppp 
buat je sambal kicap instead selalu sangat dah buat sambal belacan. 



selesai kenyang perut 
Alhamdulillah. 


 

Penutup 2012

Berakhirnya 2012 maka 2013 berada di ambang
Setahun lagi aku berjaya habiskan kehidupan sebagai perantau. 
Tidak mudah dan tidak juga terlalu susah
Alhamdulillah 2012 berjaya di lalui dengan tenang dan bahagia. 


2012 di mulai dengan berita gembira apabila aku mengandung untuk anak kedua. 
Awal tahun lagi kami pulang ke Msia kerana ada sesuatu yang perlu di selesaikan. Alhamdulillah berjaya. 


Hari-hari lain di lalui seperti biasa bersama suami dan anak. 


Ogos - November adalah waktu terindah bila dapat peluang pulang ke Msia bercuti 2 in 1. 
16 Ogos aku selamat melahirkan puteri kedua kami. 
Walaupun beraya di dalam pantang aku tetap bersyukur. 


November - Disember menghabiskan sisa-sisa bulan di rantau seperti biasa


30 Disember 2012 : Penutup 2012 yang agak sedih bila mak lang ku (adik papa) pergi meninggalkan kami tanpa dapat ku ziarahi. Takziah buat keluarga mak lang. 
Al-Fatihah sebagai penganti diri kami.       


Hai hai 2013 


Bye bye 2012



Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih bermakna dari yang lalu. 



 


Dec 28, 2012

Sugul

Post di FB sama je dengan di blog 
sebab mood masih sama :SUGUL 


Kadangkala tiba2 kita rasa kosong.. kosong.. kosong..
kadangkala gembira tidak terperi pula 
Suka duka datang dan pergi tanpa mengira waktu atau siapa 
 Bila kita perlu dia tiada 
Bila xperlu bertubi-tubi pula dia datang 
siapa ?
Ntahlah.. aku sendiri pun keliru 
Sedang belajar nak mengenal diri lebih dalam sedalam-dalamnya 

   
    Kadangkala kita perlu bersendiri di suatu sudut yang ceruk untuk menganalisa kembali diri sendiri 
supaya lebih baik dan menjadi yang terbaik 
Sentiasa terbaik untuk orang di sekeliling kita 



Somoga 2013 lebih baik dari 2012. Amin. 


 
 

Dec 26, 2012

Wordless Wednesday

Bila anak besar dah mula suka untuk melukis. 
Alahai sweet sangat kamu kakak !!
 
 
 
 

Dec 24, 2012

Orang cuti kita kerja !

Cemerlang la sangat kan!!
padahal cuti dah habis. padan muka !
cuti i betul2 balance 2 hari sehari bawa ke tahun depan sehari kumpul tuk GCR. 
kesian kan kan kan ?


Uols di Malaysia musti ramai lajak cuti hari ni sebab esok Chrismas
alang2 tu cuti je la hari ni ye dok. 
kalu i banyak cuti di malaya pun confirm i buat gitu. bole balik kampung or holiday !!! 
tapi verangan je la. hehhehe.
Ofis agak sunyi sebab dorang ni ramai budis so ramai yang nak habiskan cuti tahunan amik cuti seminggu terus kot. 
 Pagi tadi keluar lewat juga, tapi jalan lenggang je 
seronok je drive xde stress2 sangat. 
Sini baru nak kul 10am, tapi bos xmai lagi ni. so sonok la leh berblog jap sambil minum milo cicah biskut. 


Jemput minum kawan-kawan



 
 
 

Dec 21, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum 
Tiba-tiba hati aku menjadi sayu 
selepas menerima email gambar anak kawan aku yang telah kembali ke rahmatullah 
** NorLeen izinkan aku tulis sesuatu apa yang aku rasa tentang Al-Fatee
 

 Aku dapat berita ni dari kawan kami di FB 
Serius aku sendri shock bila dgr berita ni, Apatah lagi orang empunya diri 
Time tu aku jadi xkuat nak telefon Norleen bertanya khabar
sekadar mampu ucapkan takziah menerusi FB 
Rabu lepas leen buzz aku di chat FB, so dari tu dapat la aku bertanya punca kepergian Al-Fateeh dan Leen telah send email gambar Al-Fateeh
Masyaallah, comel sungguh baby kau Leen, putih mulus dan sangat mirip ibunya.
Bila aku tatap wajah si comel tu, wujud satu perasaan yang xdapat nak di gambarkan.    
Tersentap pula jiwa raga aku sebagai ibu.  
Tuhan memilih kau kerana kau dan Nuar adalah insan terpilih yang kuat 
Kalaulah aku berada di tempat kau apakah aku mampu menghadapinya?
Aku yakin Tuhan menjadualkan sesuatu yang terbaik untuk kau dan Nuar kelak. 
Bersabarlah sahabat. 


Al-Fatihah buat adik Al-Fateeh. 



    
 

Entry Sweet

Aku suka makan manis2 
Aku suka dessert la senang citer 
kalu p buffet memana musti nengok bahagian dessert dulu, kalu nampak xsedap terus spoil mood
Aku suka aiskrim, ada je stock aiskrim dalam peti sejuk
yang ikut aku QK. ohhh dia suka gila kot 
skang p mall dia yang akan ingat kan aku beli aiskrim 
only Strawberry !! yang lain xsedak katanya. 
skang trend dia beli aiskrim pakej dengan kon. hentam je la anak, mama pun tumpang sekali. hehhehe 
Papa xsuka manis2 ni. kalau kami dua beranak makan aiskrim bagi dia sesuap je cukup, suapan kedua dah geleng kepala. Bosan la papa ni!!



Aku suka segala jenis kek. 
tu sebab aku suka membaking 
tapi baking bila di rantau jela. 
di Malaysia pergi kedai kek dan order saja. 
kat sini aku terpaksa baking tuk lepaskan kesukaan aku.Kesian kan. 
2 hari lepas baru baked kek choc 2nd round 
fuhhh sedap gile, letak aiskrim tabur toping, nyummylicious !!
tapi biasala aku je la yang makan sorang. suami ? lihat dan pandang je.  
by the way, QK xsuka kek !!  
**ni sambil taip sambil makan kek bos bagi. 



Aku suka coklat juga 
nyum nyum sangat suka kot 
tapi 1 je pelik time pregnant aku xbrapa suka pula 
tapi craving Tim Tam time pregy adik hari tu. har har tragis sungguh. 

Aku suka puding 

dadih 


dessert sejuk-sejuk masuk tekak nyaman je 

sedapppppppp



arhhhhhh aku suka manis2 lah, tapi Alhamdulillah time pregnant xdapat diabetis. Lega. 



 Tapi harus hati2 sebab papa saya ada diabetis. 

uhhhhh. 


motip entry ??????? Publish jelah.