Assalamualaikum
Malaysia Puasa esok kan.
Selamat berpuasa pada semua kenalan di Malaysia
Myanmar tak sure lagi.. samada esok atau Khamis.. biasala Myanmar always lambat dari biasa.
Alhamdulillah dapat lagi aku merasa kemanisan Ramadhan kali ini. Syukur.
Tadi called mama, bertanya khabar dan ucap selamat berpuasa.
Kenapalah sekarang dengar suara je rasa sedih..
Mama pun sama, siap nangis2.. lembut sungguh jiwa kami anak beranak sekarang.
Mama kata dia sunyi xde orang, papa masih bertahan walaupun makin lemah.
Papa kata nak puasa esok.. sbb papa mmg xbole makan lebih baik dia puasa.
Kalau papa larat Alhamdulillah dapat juga papa puasa tahun ini, kalu tidak Allah mengetahui sebabnya. Tidak mengapa.
Mama pun xbrapa sihat katanya.. dah 2 3 hari xlalu makan. Ya Allah, sebak dan pilunya rasa. saat-saat begini aku jauh dari mereka. Maafkan Zura !!
****
Kalian dah bersedia sambut ramadhan ?
Kami insyaallah dah sedia mental dan fizikal.
Tahun ketiga berpuasa di bumi asing..
Imsak sini awal, jam 415 gitu dah habis. so kul 3 pagi la kena bangun siap-siapkan sahur.
Kali ni kena gilir2 bersahur lah nampaknya.. sebab Adik Tihani tu kalu mama xde kat sebelah cpt je dia tersedar.. geram betul.
So mama turun bawah siapkan sahur papa tepuk2.. lepas mama makan, baru lah turn papa..
xpun usung je adik ke bawah.. nengok la cmne nanti. tiba2 rindu rumah 1 tingkat.. senang bole dengar kalu anak-anak nangis.. ni nak kena berlari turun naik tangga..
Nantikan menu-menu di bulan Ramadhan kali ini.
Semalam menyambut Ramadhan.
2 Kritikan:
selamat berpuase kak...jgn sedih2 tau..
kau sombong lah bee. xmo kwn ko !
Post a Comment