BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 11, 2013

Rindu menjelma lagi.

Bangun sahur pagi tadi 
terus rindu suasana di malaysia 
klau kat bumi sendri, bangun jam 4 5 pagi bunyi bestnya je kan.. bunyi cengkerik, kadang kala ada bunyi ayam berkokok.  Nak masuk subuh bunyi orang mengaji.. Nyaman je halwa telinga.
Di sini bunyi anjing je 24jam. So annoyed. 


Rindu pulak masa bersahur zaman bujang2 dulu.. yela semua mama siapkan. 
Tapi mama jenis strict, panggil sekali xbangun mmg dia xkan kejut lagi. So bila dengar berdentang dentung kat dapur tu sila lah bangun laju-laju tolong apa yang patut. Tapi aku dulu malas bangun sahur. Bangun teguk air then tido balik. 
Bila berbuka meriah, sbb papa suka beli kuih muih dan air musti byk2 jenis. 
Tapi bila xhbs papa marah dan esok tu dia beli sikit-sikit je. Padan muka. 
Itu semua masa zaman bujang. 


Bila dah kawen tanggungjawab lagi besar. Kena pikir selera suami juga. 
So far so good. suami i xdelah demand sgt. Tapi tetap kena ada nasi je. 
Dulu leh singgah param sebelum balik rumah. Ohh seronoknya.. puding caremel putrajya yang selembut seture tu. tapi mahai nak mam !!
 Murtabak.. roti bom. wah tu suma favarato tu.. 
Tahun ni, telan airlio je la sambil jilat screen komputer. Muahahhahah. 
Tahun lepas eksyen, puasa seminggu je di Yangon then fly back to Msia.. ohh heaven kot, hari2 buka kat hotel sana sini. At last hujung-hujung terberanak xdapat juga beraya. Beraya sambil berpantang.. uhhhh best gila !!!!! lagi padan muka... 
Tapi tetap syukur sbb dpt berada di Msia nengok orang sekeliling beraya sakan, baju cantik, mkn kuih raya, rendang lemang bagai. i makan ikan bilis goreng tanpa minyak !!! Pengalaman sungguh. 

Tahun ni pun kalu bole mmg nak sgt beraya kat Malaysia.. tapi apakan daya.
Hanya kiriman salam je lah. 
 Rindu serindu rindunya. 






0 Kritikan: