Terima Tuhan diatas ujian mu
pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku
Alhamdulillah
17 Mei 2010 @ 230pm - Cek up QK .. sekali lagi result agk kecewa ... kes QK msh belum boleh tutup buku lagi malah Follow up akan jadi lebih kerap tuk pantauan yang lebih tentang "kencing kotor" nya itu .. sekali lagi kami di uji bila tekanan darah QK tinggi !! itu semua kesan dari penyakit itu .. untuk tidak menjadi lebih teruk maka QK di minta tuk admitt.. dalam keadaan itu aku jadi sangat lemah hanya renungan yang aku berikan pada Doc berkenaan sambil jujuran airmata yang tidak mampu lagi aku tahan .. sesungguhnya hati ini sangat riso ..aku tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak aku ..tidak !! tapi demi kebaikan aku relakan hati ..
17 Mei 2010 @ 630pm - Qk Admitted @ hosp Putrajaya .. Alhamdulillah sepanjang berkampung di hosp dia sht n cergas .. susu n makan suma ok ..tido pun lena dalam kesejukan aircond ..
19 Mei 2010 @ 600pm - QK discharge! selepas di brief oleh doc dan bertanyakan itu ini kepada doc supaya hati kami sedikit lega Qk di benarkan pulang .. lega rasa hati !!
20 Mei 2010 - Demam pula menguji kekuatan QK serta muntah bila setiap kali menyusu ..hati gundah semula adakah rentetan penyakit itu penyebab muntah ?
21 Mei 2010 @ 900am - ke Emergency Putrajya untuk rawatan muntah2 .. bila pulang QK jadi semakin manja mungkin kerana lesu badan akibat muntah2 yang byk .. sungguh kesian ..
22 Mei 2010 - Sindrom muntah2 semakin kurang muncul pula sindrom baru iaitu citrit birit ! My God besar sungguh ujian mu untuk si kecil itu ..andai kata bole ditukarkan kesakitan itu dan beri pada ku, aku rela asalkan QK ku tidak hadapi sakit yang bertubi2 .. tapi aku rela dan sentiasa redho .. sindrom itu belarutan sehingga QK nampak sangat lemah tanpa senyum atau agahan spt biasa ..dia hanya mampu menangis dan merengek !
kami ke klinik swasta Pakar kanak-kanak untuk rawatan yang lebih bagus dan cepat ..selepas di beri ubat keadaan nmpk seakan mahu pulih .. tapi tidak sepenuhnya ..malam tu masih ada lagi saki baki kesan cirit birit sampai bontot mugil nya merah melecet !! sabar ya shayang mama, anak mama kena kuat .. hati seorang ibu sangat meruntuh .. lemah dah akhirnya rebah .. bila aku pula di kejarkan ke klnik tuk rawatan oksigen asma ku ..
23 Mei 2010 - Awal pagi nampak semakin pulih, tapi menjelma ptg cirit itu kembali walau tidak sekerap sebelumnya .. hanya ubat dan doa pama penaman dia supaya cepat sembuh .. siang malam aku berdoa supaya ujian itu dihentikan atau dikurangkan .. aku dah xsanggup lihat kesakitan yang di tanggung si kecil itu ..
24 Mei 2010 - malam tadi QK tidak langsung dapat tido dengan lena kerna dia byk merintih n merengek mungkin krn badan yang xslesa kerana penyakit itu mahu ditarik keluar ..jika benar sgt syukur !! tapi kami gagahi juga hati merelakan hntr juga ke baby sitter dengan pesanan "shayang kena kuat ya, mama p work nnti mama balik cepat jaga shayang" ..
setiap 2 jam SMS dihantar bertanyakan khabar berita kesayangan ku .. menurut baby sitter QK ku ok setakat ini ..hati sedikit lega walau pikiran adalah tidak stabil .. harap shayang mama cepat sembuh !!
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak.. sihat sejahtera hendaknya .. tapi ketentuan dan takdir tuhan tiada sapa yang dapat menidaknya .. sebagai hambaNYA kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal ..
Kesah berikutnya akan menyusul .....
5 Kritikan:
dear, u kena kuat & jaga diri utk QK...i doakan semoga semuanya akan kembali ok...take care & get well soon
sian qk..
tabah ye ibu..ina pun dah alami situasi berkenaan
paling getir semasa aisy dibedah diusia 52hari akibat hernia
tentang kencing kotor tu, dulu lepas bersalinkan aisy, dia ada file Urinary track infection(UTI)
ina tak sampai hati tgk dia kesakitan yg ditanggung tatkala tiub urin dimasukkan ke dalam saluran kencing utk sample urinnya..
ina refer dia kat subang jaya medical centre (SJMC)
banyak ina habiskan kat situ tapi alhamdulillah, doktor yg merawat, dr indon lajin, pakar yg mempunyai cert pro dlm bidang tersebut (difahamkan hanya 2 dr di malaysia yg ada cert tersebut iaitu dr indon dan sorang lg dr di damansara hosp)
selepas beberapa sesi rawatan alhamdulillah masalah tersebut insya allah sembuh
cuma hujung thn ni, kena p scan lagi sekali dengan dr tersebut utk memastikan aisy bebas dari penyakit tersebut..
kalau demam dan sebagainya ina bawa aisy jumpa dr asmuni, kpj kajang..
ina doakan qk sihat hendaknya, nak tunggu lepas setahun memang mendebarkan..
qk aunty doakan awak membesar dngan sihat dan mantop!
maknye qk, ina suggest minum jus delima utk asma..
cousin ina minum selama 3 bulan, alhamdulillah dah tak perlu gi hosp bek oksigen dah..
mamamarissa : tenkui so much .. i hidup pun demi puteri itu ..
ina : Qk pun adalah pesakit UTI itu .. terpikir gak tuk refer private tapi since dari mula qk under pead putrajya n dirawat disitu so teragak2 tuk tukar hosp .. takut lain lak citernya coz qk dah sampai tahap scan than x-ray n kena refer HKL for monitor buah pinggang ..itu yang paling manakutkan ..tapi bila pk2 gomen ni byk sgt lak procuder smpai 1 tahap dah xsanggup tapi terpaksa tuk kebaikan si kecil tu ..my god!
anyway tenkui so much atas nasihat n pandangan ..
Babe..aku tau ko dan QK kuat. u both Be strong ok! Love u guys.. :)
Post a Comment