BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 12, 2010

Nak ulas pasal n3 sebelum ni -Lelaki lebih cemburu

Rasa terpnggil lak citer panjang psl lelaki cemburu ni 
aku teringt ulama' terkenal pernah berkata 
"cemburu penting dalam rumahtangga tapicorak cemburu itu lagi penting, jika cemburu yang melampau rumahtangga bole binasa"
pernyataan itu memang benar  


bagi aku cemburu mmg wujud dlm setiap individu baik yang berkasih-kasihan mahupun yang sudah berumahtangga, baik yang baru kenal atau yang sudah bertahun lamanya 
tapi cemburu perlula di letakkan tepat pada tempat dan tujuaanya 
jgnla sampai di gelar cemburu buta !!


Dalam konteks cemburu kebelakangan ini di kaji ramai lelaki lebih cemburu berbanding perempuan
lelaki cemburu jika ada mata lelaki lain yang jeling2 pada istri/kekasihnya 
lelaki akan cemburu kalu teman lama kembali berhubung dengan istri/kekasihnya 
atau lelaki akan cemburu bila di ofis kelompok lelaki lebih ramai dari perempuan
hummmmmm dan macam2 lagi 
suami aku juga seorang yang cemburu orangnya 
nak kata terlalu cemburu atau sedang2 ke aku pun x tahu nak klasifikasi kan nya lagi tapi kdg2 aku jadi rimas bila isu2 kecil yang berbangkit punca nya adalah kerana cemburu 
cemburu perlu rasional meaning kaji n selidik atau berfikir dulu sebelum kita nak letakkan sesuatu perkara itu wajar atau tidak untuk dicemburui 
aku beri contoh : wajarkah cemburu kalau istri seorang PA kepada bos lelaki kadang kala berhubung ketika sudah bersama keluarga di rumah untuk bertanyakan soal kerja ?
bukan bercakap bisik2 atau bila phone bunyi masuk bilik air pasang air kuat2 supaya org lain x dengar atau bertaktik yang bukan2 lagi 
dari perbualan kita boleh nilai samada itu panggilan berbentuk kerja atau sebaliknya
jangan terlalu ikut perasaan nanti hati sndri yang akn terluka  
memang benar cemburu itu petanda sayang 
tapi mahu kalu cemburu yang melampau sampai melukai fizikal pasangan seperti beberapa berita menggemparkan baru-baru ini gara-gara cemburu 
aku sangat takut !! 


aku selalu berpesan pada suami n diri sndri percaya pada pasangan adalah kunci segalanya 
tapi jgn pula bila hati terdetik curiga tetap paksa hati untuk percaya pada yang sedang curang 
ini lah hidup byk lagi yang perlu belajar dan selalu baiki membaiki dari masa ke semasa terutama dalam rumahtangga
kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai bukan
jadi bila dah berumahtangga pandai la kita untuk mengemudikan nya supaya bahgia hingga ke akhirnya
nak di bincang huraikan terlalu byk dan sensitif untuk dicorat coret 
tapi yang terhasil ini bukan untuk mengaibkan aku mahupun suami tersayang ku cuma sekadar berkongsi secara umum  

Walau apapun aku tetap bersyukur kerna aku dan suami masih di tahap bertolak ansur dan sentiasa mahu membaiki kesilapan diri dari hari ke hari 
setiap kesilapan yang berlaku dijadikan pengalaman supaya sama2 lebih matang meniti hari2  berikutnya 
sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami istri 

"saya sayang kamu wahai suami" 



2 Kritikan:

Zahra Al-Rasyah said...

i like your entree this time so much. setuju sangat!
cemburu biar berpada sebab cemburu tu kan tandanya sayang :)
saya juga sangat pencemburu sebenarnya tapi rasanya bila dah kahwin ni selalu belajar to put myself in my hubby's shoe. macam tu baru boleh jadi kool and terkontrol sket nafsu cemburu ni. Huhuhu.

smms said...

kadangkala cemburu leh jadi pembunuh r/tgg ..