BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 8, 2010

Macamana nak berlagak jadi Madame ni !

Nak cerita pasal dunia kemewahan lak petang ni 
sebelum aku sampai sini 
aku da berborak ngan hubby "mcmana la nanti kita ada maid kan"
bila dah sampai sini hubby pula berkata " syg kat sini dah jarang kena asma kan, maybe sbb kurang buat kerja rumah dah kot, dah xmop pegang penyapu sht terus jadi nya"
adake patut ckp aku cmtu 


ohhhhhh ok ok xphm kan apa yang aku nak sampaikan 
aku ni pun 1 nak cerita tapi x tahu nak buat mukadimah mcmana 
haih 
ok mcmni 
siyesly sebelum ni mmg semua kerja rumah aku buat sndri 
dulu masa aku kecik mmg ada maid di rumah tapi time tu aku xtahu apa itu istilah maid dan fungsi nya 
tapi aku di besarkan dgn hidup semua buat sendri 
maka bila dah berkahwin urusan rumah semua xjadi masalah bagi aku 
dah biasa kan 
so bila dah di beri peluang berkhidmat luar negara ni
peluang-peluang seperti ada maid atau driver itu dah biasa 
aku mmg ambil peluang itu tapi untk kegunaan menjaga anak aku 
tapi dah namanya maid maka urusan rumah juga adalah pakej la
dorang sndri tahu apa kerja dorang 
so mmg di akui sejak aku sampai sni xpegang penyapu n mop lagi 
walau kdg tu rindu juga tapi semua benda dah selesai apa nak risaukan 
aku rasa aku ni berhati kecil lah 
kerna xpandai nak berlagak jadi "mem" besar 
mana tidak nya 
kul 8pm aku dah suh maid aku tidur walau kami masih belum tidur 
kul2pm lmbat makan je aku dah suh maid cpt2 makan risau dia lapar n pengsan kelak aku juga yang susah kan 
kalau anak tidur aku suh maid tidur sekali .. bole ?
mula2 sampai tu mmg agak sgt baik hati la 
tapi lama2 aku kena pandai sesuai kan keadaan 
takut juga kalau baik sgt nanti maid pijak kepala pula
so be fair n square 


tapi bile lihat kehidupan di sini untuk orang-orang kebesaran ni 
kalau driver tu pagi2 dah tertonggok depan rumah tgg tuan besar nak p kije 
bila tuan besar dah sampai ofis driver duk melangguk tgg sampai tuan besar nak keluar atau sampai ptg la bila waktu pulang 
ada pula tu yang duk je depan pintu tgg tuan besar nak keluar atau masuk tuk buka kan pintu 
ntah makan atau tidak kan 
kalau maid pula awal pagi dah bangun lewat malam baru tidur 
kita makan sedap dorang makan sayur saja 
seronok mmg seronok tapi mampukah hati kita buat mcmtu 
lain orang lain rasa dan cara 
kalau aku mmg tidak la kot 
setakat memberi arahan biasa pada pembantu rumah pun dah kira bagus kot 
mama aku sll pesan walau org gaji tapi jgn jadikan khadam sgt 
jadi aku selalu beringat 
apa yang aku ada dan lalui skang pun dah cukup hebat n gah
so bersyukur je la 
dah xmungkin akan jadi madame besar pun aku ni !!!



Nota Hati ~ 08102010

Selamat pagi 

Apa khabar semua ?
apa khabar cinta hati ku ?
Bfast apa pagi ni ? malam tadi makan roti je pagi ni musti menggelupur perut tu kan 
i phm sgt yu ! huhu 
today i bawa bekal nasi goreng + keropok goreng 
xsbr lak nak tgg lunch makan 


Ayang, today besday mama tau 
rasa mcm nak ajak milah or aishah p makan ke malam ni 
sian lak kat mama kan 
nak bagi dia terhibur skit 
ngok la cmne nanti 


oh QK ?
dia ok 
tapi malam tadi i balik mama ngah nak tidurkan dia tapi dia dgr suara i dia terus buka mata tenung ja 
mama kata dia mcm susah nak tidur 
mcm seolah2 mencari seseorang tapi nak bertanya  xtahu 
yela kot dia cari papa xde atlist ada mama bila nak tidur kan 
tapi malam tadi mama lak lewat 
pastu terus xmoh tidur main-main atas katil sampai jam 10pm 
QK tidur sebelah i n i peluk dia lena skit dia tidur 
dalam jam 2 pagi dia nak susu dah minum susu tiba2 dia bgn duduk n menangis 
nangis mcm merajuk tu 
papa ingt x cmne ?
i pujuk dukung n tidur smula 
sampai pagi 
tapi i bangun awal pula jam 7 
bangun terus gelak2 pula 
anak papa tu dah macam2 ragam comel pula lately 
dah nak setahun kan anak kita dah besar macam2 gelagat la 
QK dah pandai Flying kiss tau kdg2 
nenek ajar
dah pandai bye bye juga
n dah pandai buat bunyi kat mulut macam bunyi cencorot tu 
dpt byg cmne bunyi nya ? kalau x nanti i kol i buat la kat yu ..hahaha 


ok la i have to go 
yu selamat beropen house ! 
emuachhhhhhhssssss




Oct 7, 2010

Bufday ohh Besday

Bulan ni Oktober kan 
bulan oktober ada banyak tarikh-tarikh bermakna+ penting
8 Oktober besday mama - mama da ngan aku so kami celebrate bertiga je esok makan itik panggang ..hik 
15 Oktober besday Mr suami aku ..huh tahun xdpt raikan bersama kan yang, dah la ni tahun pertama nak rai bersama anak ek ..gosh 
27 Oktober besday QK ! yuhuuuuuu anak mama dah nak setahun .. rs cum cpt pula masa berlalu 
1st year celebration tapi without papa la shayang .. mama xcelebrate on dat day ya, kita wait for papa coming than baru kita celebrate ok x .. sekali 3 nenek, papa n yu QK ... 
maafkan mama ya shayang xdpt celebrate with opah, atok n anty2 uncle2 kat msia .. hummmm
to papa also sowi tis year mama xdpt nak candle light dinner 2gether mcm tahun2 lepas kan  .. 


so papa pls come here immediately !!
we all mish yu like crazy .. 

Nota Hati ~ 07102010

Salam 1 Malaysia 


Bangun pagi tadi tibe2 terpikir sejak berjauhan dengan suami tercinta ni 
wajarlah kira nya aku coretkan 1 nota hati setiap hari untuk bacaan si dia 
telefon mmg satu hari 3 4 kali 
tapi kadang kala penyampaian melalui tulisan lebih menusuk kalbu kan 
ya en suami membaca blog aku tapi tanpa sebarang komen 
xnak expose la kot 
sebarang komen melaui lisan lebih berkesan katanya 
ceh ! hik 



Malam tadi seperti biasa jam 8malam kami dah siap2 naik atas untuk beradu 
angkut semua kelengkapan tidur QK ke atas 
jam 9 baru berjaya tidurkan dia 
tapi QK tidur x brapa nak lena la
agak merengek 
susu sampai 5 kali biasa 3 kali je kan
sampaikan ada sekali tu i nak tuang air panas dalam botol tercurah ke tangan i yang ..dushhhh hot !
sgt pns n agak sakit juga 
nak legakan i ambil ubt gigi dan sapu baru dpt lena smula 
hasilnya pagi ini tgn i merah tau 
kamera xdela nak snap tunjuk kat ayang ..huhuhu 
sian i kan yang 
QK rindu papa tu sebab merengek ja 
adoiiiiiiiii susah la cmni kan yang 
kita harus pikir sesuatu untuk kebaikan kita bersama 


Pagi ni i pergi kerja QK bgn lagi 
tadi kol rumah jam 9 dia sedang main dah siap makan mandi semua 
so papa tok sah risau k 

mish yu 



Oct 6, 2010

Xde Gadget dah

Dua tiga hari ni en3 n bahasa aku dlm mood sedih ek 
hummmm mood tu muncul ngan sndri xleh nak elak 
so i try to back to normal 
walau sedih itu tetap wujud 
hummmmm nak mengadu ni 
aku dah xde gadget 
kamera n hp dah bagi kat hubby 
sian kan 
kamera katanya nak cuci gmbr yang menarik kami snap di sini 
so harap maklum mmg xdelah gambar yang dpt aku titipkan bersama sampai lah hubby pulang bila dia cuti nanti 
haiiiiiiii gelap gulita blog aku tanpa picca ek 
and x dpt nak capture best moment2 QK 
to hubby : padan muka ..hik hik 

HP pula bagi hubby kerna aku xterpikir lagi nak guna line hp kat sini 
sbb sini lain 
line dia sewa agak mahal okeh 
setakat ni bila kat ofis im using satelite line opis bila kol msia sama rate ngan line di msia okeh 
bila di rumah ada urgent kol bole la guna phone rumah sekejap2 
bila rasa 2 3 bulan nanti agak2 xleh hidup tanpa hp n live pun dah stabil leh la sub hubby beli BB kan 
huhuhuhu sgt berangan aku ni okeh ..hhahahahha 

so harap maklum bila keluar jejalan atau nampak moment2 menarik QK capture ja n save dalam hati than t citer kan pada hubby 
itu saja .. sekian 


 

Kesah DIA

Salam 1 Malaysia


Semalam aku tidak punya masa untuk menulis 
walau ada cerita yang mahu di bicara 
kekuatan juga tidak berapa nak ada sebenarnya 
hari ini aku sudah sudi untuk berkongsi 
Isnin lepas bila aku pulang ke rumah 
anak sudah menanti di depan pintu bersama nenek 
bila pandang wajah anak sedih sudah mula terbit 
aku cium kemudian naik untuk bersihkan diri dan solat 
bila masuk ke bilik ada sekeping nota kecil dari DIA untuk aku 
belum baca lagi aku sudah menangis 
bila sedang membaca apatah lagi 
nota hati DIA sangat menyayat hati aku 
penangannya bila mandi aku nangis, pakai baju juga nangis sedang solat juga aku teresak-esak 
apa yang di tulis biarlah dia menjadi nota hati kami 
bila malam waktu untuk tidur kerja2 rutin DIA semua di galas oleh pembantu rumah 
mujur pembantu agak memahami 
cuma pembantu tidak meneman aku tidur sebilik sahaja lagi 
mungkin tidak lah 
aku bukan tidak berani tidur bersama anak berdua tapi mungkin aku tidak biasa tiada "bantal peluk" di sebelah sahaja 


Aku yakin hari demi hari mungkin rasa ini akan berkurangan 
itu petanda Allah telah beri kekuatan pada kami 
amin 


aku mahu menulis lagi tapi kaku pula untuk meneruskan 
bila di rumah macam2 idea keluar untuk di publish 
tapi bila di depan komp semua jadi jammed !



Oct 4, 2010

Ya Tuhan, aku mohon kekuatan

Salam 1 Malaysia 

Jam 11am pagi tadi aku dah hantar hubby ke airport kerana hubby akan berangkat ke Msia 
dengan keadaan yang seakan terpaksa rela aku tanam kekuatan utk relakan kami berjauhan 
1 jam lepas hubby sudah maklumkan selamat sampai ke bumi Msia 
aku lega hubby selamat 
5 minit lepas hubby called lagi maklumkan sudah mula rasa sunyi kerna seakan tidak percaya memandu pulang ke rumah tanpa istri dan anak 
di corong telefon aku terdengar esakan dia 
aku turut terdiam menahan esakan 
aku lemah sebenarnya tapi aku terpaksa kuat kerana anak di sini bersama aku 
anak sumber kekuatan aku 
tapi hubby ? 

waktu sekarang 430pm 
waktu untuk pulang 
tapi bila aku pulang papa dah xde la shayang mama 
kita berdua ja with nenek ya 
Qk dun too noty ya 
mama takut mama xleh handle ragam QK waktu malam nanti 
malam ni kita tidur berdua tanpa papa di sebelah 
QK leh tidur lasak2 okeh 
mama juga akan mkn sorang2 lepas ni 
haih berhenti lagi 


Ayang : smuga kita kuat dan tabah 
luv yu so muchy!