BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 3, 2012

Sweet Memories

Sabtu malam sampai isnin 
QK demam 
Ahad tu duk memerap ngan mama je. mama nak keluar sekejap pun dia dah meraung. 
Tapi semalam petang dia dah semakin okeh. malam tadi dah mula berperang semula ngan mama. 
Aku kan ada mengadu kat uolss yang bila hari2 biasa dia kekadang meraung nak tidur malam dengan kakak. 
Tapi bila time demam ni, kakak and papa jadi unfriend dia. 
Mama lah yang terbaik kan !!
bila malam nak tidur atas lengan mama, semua nak mama buat. 
sampaikan mama nak kencing pun kena usung dia sekali masuk toilet sbb dia xmo lansung beralih dari pangkuan mama. 
Betapa hebat nya aura seorang ibu kan.
Tapi itu di kala demam je, cer x demam xjumpa mama sehari pun xpe kot. 


QK dah lama xdemam, sekali demam manja teramat. 
Malam pertama demam tu mmg xbole tidur. 
nak berpangku je, bila lap2kan kain basah dia mmg melalak gila2 punya. 
dari kecik dia mmg xsuka bila buat cmtu. ingt dah besar ok skit, nan ado juga. 
Siang nya mmg melepek je, kesian juga. 
Malam kedua dah bole tidur, tapi kejap2 bangun panggil "mama mama", alahai sweetnya. 
mama jawab "ya sayang" baru tidur semula. 
jam 3am time makan ubat, mama suh dia makan ubt, angguk elok je, then minum susu, tidur semula. uishhhhhh baik gila okeh. xmeragam lansung, very the good girl. 
Tapi kalu xdemam, bangun tengah malam minta susu silap skit pun dah menjerit2 macam kena histeria. dah la nak memujuk susah gilak. 
kena hangin xelok, minta susu tapi dia nak buat sndri susu tengah2 malam. boleh ko layan ????? adoihai QK oh QK. macam2 ragam sejak nak jadi kakak ni. 


 
tapi ini paling sweet. berposing tanpa di arah. wah teruja mama anak mama dah pandai pose !! 
i loikeeeee.