SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud
disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua
rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada
cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya
ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda
dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -
“Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita
ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita
ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan
“Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang
bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum”
bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom”
kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam”
sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat
Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya
Bear Mountain and Cold Spring Village
5 years ago
0 Kritikan:
Post a Comment