BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jan 10, 2012

Ragam QK bila dah nak jadi kakak !

Uishhhhh nak cerita pasal ragam dia ni pun dah pelbagai rasa 
nak senyum ada nak marah pun ada 
very the noty anak mama skang kan !


 bergambar pun gedik 
kakak dah posing cun baby lak buat ala-ala gedik kan 
ohhh now dia bahasa diri "baby" 
puaslah kita train Qaireena Qaireena 
dia tetapla baby baby
kakak la ni panggil baby baby kan dah lekat 
nanti dah ada baby baru no more baby ya 
tapi "kak long"!!



 ni la sorang close friend yang QK ada 
muka dah nak sama kan. hhehehhe 
jiran kami ni 
sebelah rumah je 
umur 4 tahun tapi very the manja 
selalu kalu main sesama budak ni yang nangis sbb QK main kasar 
selamber je amik ball orang tu nak bawa balik
mainan budak tu dah jadi berlambak kat rumah tu 
tapi budak ni kedekut brg org nak main brg dia sorak dalam kain. xsesuai tau !


 Uishhh nak cerita gelagat QK skang 
bole hilang sabar di buatnya 
mengada menjadi-jadi 
nak susu je pun tp punya la bergaduh 
kejap nak suh mama buat kejap nak papa kejap nak kakak 
kang suh buat sndri baru tahu !
konsep aku selagi bole berlembut dan bertahan aku layan 
agak-agak dah over aku pass kat papa dia je 
skang ni nak pakai diapers nak mandi mmg susah 
bila dah buka baju dia hentam berlari satu rumah suh org kejar 
nak mandi lak kena umpan macm2 bawa fish masuk toilet la kena usung mainan la 
tapi kakak kata kalu papa xde rumah dia ok suma sng 
papa ada mengada lebih lak eh. 
tu la papa manja kan lagi ! 


kat supermarket berlari-lari nyorok-nyorok itu hebat 
kita nak shopping tp nak kena kejar-kejar dia lak 
penat bukan sbb bershoping tp sbb berlari-lari dengan QK. 
papa la kejar mama mmg xleh lari-lari. eheee 
satu lagi kepantangan sekarang 
xbole nampk tempat jual toys 
nampak je suma dia nak 
make up la 
masak-masak la 
hayooo (HP)
walaupun dah ada kat rumah or baru je beli semalam 
belon tokSah citer la, asal nampak je musti kena beli 
dia berzikir la sampai dpt 
"bolon bolon bolon"
dh dpt 2 3 biji kat rumah dia buat dek je. 
satu lagi peel xbole nmpk org ada brg yang dia ada 
cth nmpk org main IPad 
kejap kang dia bising la 
nak IPad IPad
kadang tu kita bukan nak usung IPad merata berat okeh 
mama nak bwa puting, bantal busuk 2 ketul, susu lagi 
bantal xmo 1 nak sekali dua 
jika dia nak time khalayak pun dia peduli haper 
dia usung je. 
nampak org minum air kotak time tu gak dia pun nak 
selagi  xdpt selagi tu dia ulang itu gak 
jerit-jerit
padahal kita kat bank tgh tgg number mana nak cari air kotak nak oii 
nanti orang ckp mak dia ni gile kedekut xbg anak makan minum. 
lepas tu kita beli dia minum dua teguk pass kat mama jugak.
 mmg sabar kena tinggi 
kalu  xmmg kena cubit selalu la. 
kalu mrh skit dia punya menjerit cum kena dera! 
takut aku. 


skarang tiap2 malam papa tidurkan 
mama akan belayar awal dari biasa. 
bdn cepat letih skit skang kan 
kdg2 dgr juga sebelum tidur dia nak salam mama 
tapi papa kata "mama dah sleep" 
cerdik tu cerdik tp part ngengada lebih tu jadi cum ala ala geram nyaaaaa
skang mengada xpela lagi 
nanti dah jadi kakak 
no more okeh !
tolong mama jaga adik.


walau apa pun kamu tetap buah hati mama n papa.
love u so much!!!





Jan 9, 2012

Buah cinta kedua = SM + MS.

Pertama-tama sekali panjatkan kesyukuran pada Ilahi 
kerana ini rezekiNya 
Alhamdulillah 



Aku sepatutnya period 27/11
tapi xkunjung tiba juga 
biasanya lewat sehari itu biasa tapi mmg selalunya akn punctual 
seminggu sebelum tu dah mula rasa lain macam 
sakit-sakit pinggang 
kerap kencing 
dan buah dada membengkak skit
perut tu buncit xseperti biasa 
xmakan pun still buncit ketara 
biasa nya bila xmakan akan kempis kejap 
i was said to hubby "i rasa i pregnant la"
hubby senyum-senyum kambing ja 

28 Disember 2011
Hati xsabar juga 
walaupun lewat sehari
petang tu aku ke farmasi beli alat tu untuk mengetest 
dalam hati xkesah 
if ada syukur 
if xde ada masa lagi tuk mencuba 
tapi hati gedik2 nak tahu cepat 
supaya aku bole berhati-hati dan hentikan aktiviti lasak aku masa tu 
sbb minggu tu aku dah mula berjogging !
tapi Alhamdulillah dah mmg rezeki tuk kami 
2 line !! 
walaupun samar tapi masih nampak kan 
lepas aku check petang tu 
senyum sendri, terus keluar bilik air nak ambil kamera 
keluar-keluar nasib xbaik hubs ada dalam bilik tukar baju 
ngok aku kelam kabut dia tanya "nape sayang"
aku senyum-senyum ja 
dia masuk toilet nak cuci muka terus ternampak 
"sayang mengandung!"
aku senyum lagi 
cup sebiji kucupan dari suami tercinta "TQ sayang"
time tu tiba2 rasa malu pulak 
fell 1st preggy dan 2nd preggy lain eh . hehehehehehe 
lepas tu kami solat sesama 
tanda syukur kepadaNya 
malam tu masing-masing xbole tidur sampai ke pagi !
gumbira + macam-macam rasa 


29 Disember 2011
Di sebabkan aku akan fly ke Malaysia pada 1 Jan nanti 
so aku decide tuk jumpa doc tuk minta advice 
maklumla di awal-awal ni takut juga kan 
1st time scan mmg xnampak apa apa 
doc said "too early"
ok fine janji kami bole fly back sekejap 
tapi kena byk rest dan no heavy-heavy 


Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia 


5 January 2012
aku check di KBMC (Kg Baru Medical Center) 
which is tmpt deliver QK dulu 
dan tuk 2nd ni pun mmg plan nak deliver kat situ 
so harus buat check up sebelum balik ke Yangon semula 
dan booking doctor
kali ni scan nampak ! 
its too small  
baru 13.5mm = 5 weeks 
dan doc said semua nya normal 



9 January 2012
now i am 6 weeks prengnant 
dan berharap segalanya berjalan dengan lancar 




Waiting for 5 September 2012 for new comer in our lovely family !



 

Entry pertama - 2012

Assalamualaikum 
9 January 2012 
baru entry pertama!


Aku baru pulang dari tanahair 
mulakan 2012 dengan cuti-cuti Malaysia 
ohh indahnya 


nampaknya 2012 memberi tanda permulaan yang baik 
dan aku akan terus berdoa untuk itu ! 


Later will update mengenai satu berita gumbira untuk di kongsi 
dan percutian express di Malaysia ya !!



Dec 30, 2011

Komen Ombak Rindu

Kesian keretapi perantau mmg lambat skit part2 filem-filem Malaysia ni 
baru dapat habiskan filem ombak rindu tu. 
uhhhhhh haf day juga eh 
mujur bos xde. eheee


Hum ok ok la 
nangis ?
bergenang juga la air mata tapi xde la berjujuran banjir guna 1 kotak tisu 
aku dgr uols kat malaya nangis sakan kan 
nape eh ? or mebi feel tu xsama 
nengok kat you tube dah la skrin kecik sangkut-sangkut gambar blur 
xde feel nak nangis eh 
mungkin juga la 
dalam wayang kan skrin besar sound system hebak 
ok la x kesah la janji dapat gak nengok 


bagi aku maya tu mmg sesuai la dengan watak tu 
lembut .. santun .. 
kan? 
tapi sanggul tu tinggi sangat 
selekeh tu bole trima lagi la 
tp dia xmake up pun tetaplah cantik kan 


Abang Aaron toksah citer la 
mmg hot !!
dah la badan sasa 
buat muka serius ensem, marah esem, romantika lagi la ensem siottttt
adoi hai mujur suami i lagi ensem. 
kuang kuang kuang. masuk bakul angkat sndri 



Lisa tu bole la daring x daring sangat la 
tp kalu gantikan dia dengan pelakon yang lebih sexy dari dia pun ok eh 
erra sesuai tak ? 
tapi xpela xpayah susah-susah nak mix n match kan pelakon 
sebab dah box office pun kan 
pelakon-pelakon tu sure dapat durian beruntuh-runtuh 
jom la kita jadi tukang kira duit orang je la. 

huhuhuhu 





Happy new year uolss
jumpa next year !!





Dec 29, 2011

2 days more. MALAYA aku rindu.

Rakan-rakan FB
ya status aku sama dengan tajuk di atas 
lagi 2 hari 2012 menjelma 
lagi 2 hari juga aku akn pulang ke MALAYA buat ke empat kalinya 
asyik balik je kan kami ni ?
ohh tis time mmg xdirancang. 
tiba2 ja ada sesuatu yang perlu di uruskan 
dan semua ini secara kebetulan 
tuhan mmg maha mengetahui 
dah aku sangat-sangat bersyukur dengan setiap kebetulan yang terjadi sekarang 
tapi kepulangan kali ni hanya 6 hari ja. 
mmg xakan puas la 
sbb hari-hari tu akan di isi dengan urusan septtnya 
lebih-lebih waktu tu baru hal-hal lain 
tapi waktu makan dan shopping tetap ada 
if not balik meleleh air liur saje je la. huhuhu 


rindu keluarga rindu semua !!!




 

Dec 28, 2011

2011-2012

Tinggal beberapa hari je lagi dah masuk ke tahun baru 
2012 !!!
bermakna tambah lagi 1 angka umur aku 
kejap je dah nak ke era 30an 
bila pikir soal angka tu mmg tkt untuk tua kan 
tapi apa da dengan angka ?
lagi banyak usia lagi banyak yang kita dapat dalam hidup ni 
semua dari NYA 
jadi kita harus sentiasa bersyukur 


Alhamdulillah aku berjaya harungi 2011 dengan adanya 
1 tahun menginap di tempat orang tanpa suami di sisi 
buat aku semakin matang dalam harungi kehidupan 
aku semakin kuat tuk teruskan hidup 
semua itu berhikmah bukan. 
aku selalu yakin setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hasilnya 
dan kita harus terima seadanya 
terima 2011 kerana kau telah jadi tahun yang mendewasakan aku





Nampak gayanya 2012 adalah tahun bakal menerima kabar-kabar gumbira 
itu harapan aku 
dan semoga segala harapan itu akan dipermudahkan. Amin 
aku pasti akan kongsi semua tu di sini 
tunggu ya !!




Aku berharap 2012 lebih baik dari 2011. 




Bye bye 2011 
Welcome 2012









Dec 27, 2011

New life

Kami dah berazam untuk mulakan cara hidup baru yang lebih sihat 
memandangkan lately size masing-masing dah semakin membesar 
hehehehe scary !
so minggu ni kami suami istri dah start jogging setiap pagi 
keluar rumah jam 615am 
uhh sejuk seyy 
aku pakai baju 2 lapis 
mula2 jalan slowly then lari-lari anak 
berpeluh la jugak
every day setengah jam ja pun dah rasa ok 
kan ?
xdela rasa bersalah sgt if makan terover skit.  
sampai rumah dalam 650am 
relax jap jam 700am dah start exercise di dapur pulak 
cooking for the day !!
730am siap-siap ke office 
pagi tadi sebelum keluar hubs siap2 bakar roti + kopi o kurang gula 
fuhhh mmg berdisplin sungguh 
esok kami plan nak jog then singgah di coffee house pekena puri ngan dal 
lepas jog smula. aci  x? hehehhe 
itu suma idea hubs 
i follow ja asalkan xtinggalkan i kena kejar anjing lagi dah le 

Petang plak kami berbadminton sekejap 
xpun main bola dengan QK depan rumah tu 
bagi kuar peluh skit 
dinner bila lapar sangat baru weols akn take nasi if not mkn mild-mild je 
harap-harap kami maintain dengan cara hidup mcmni 
if  xdpt kurus dpt maintain kan kesihatan pun dah ok 





 Cayok cayok !!!