BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 6, 2012

Uhh masa mencemburui ku.

Dahla entry pertama bulan july lambat publish 
entry berikutnya pun ambil masa yang lama untuk di kongsi juga. 
what the very limited lah time aku sekarang!!
uhhh kekadang terasa letih jua, 
makin dekat nak balik makin banyak pula tugasan 
alahai bos buli i la tu sbb i bakal cuti selama 4 bulan kan. 
xpela selagi termampu kudrat ni. 
nanti pasti bos merindui saya kan,kan kan ? 
what ever ! 


Ada entry nak kongsi 
tapi sambil buat kerja sambil kumpul info pasal entry. 
komited sangat kan ? 


Update terbaru so and so sahaja 
weekdays kebizian dengan tugas-tugas yang xtahu bila akan selesai. 
see ? brapa kali saya bercerita tentang kerja kerja kerja!! 
uhuhuhu stress sangat lah tu.
  

Btw dalam kesibukan pun
esok ada hati nak host Hi-tea untuk kawan Brunei yang dah tamat berkhidmat di Yangon ni 
yela lagi 2 minggu nak puasa nnti tak berkesempatan pula. 
the wife is my frenz, her husband is my hub's golfer frenz and the son is QK's boifren okeh. 
and the baby inside our tummy is become a close frenz kot. har har har gila over. 
kami sama-sama mengandung 2nd baby ni, EDD pun beza 2 3 hari je. gila sehati sejiwa kan. 
tu yang nak buat sangat farewell tuk depa sambil gosiping saat2 terakhir. 
The menu nanti dah berjaya aku share ngan uols ya. but xpromise takut xsmpt nak nip nap photo pulak. Thandar pula xde esok, p tuisyen. aku kan madam yang very the baik hati, ada function pun still allow maid p tuisyen. then mulalah madam mengadu sakit pinggang lah itu la ini lah. hehhehe xde la, my cleaner ada leh tolong2 kot. lagipun xmasak byk order lagi banyak. huhuhu dasar femalas. eh bukan pemalas tapi more to xlarat kot. 


Eh eh dalam kesibukan pun panjang juga hasil entry ni. 
xpela layan stress sekajap. 


ok chaw chin chow 




Jul 3, 2012

Sweet Memories

Sabtu malam sampai isnin 
QK demam 
Ahad tu duk memerap ngan mama je. mama nak keluar sekejap pun dia dah meraung. 
Tapi semalam petang dia dah semakin okeh. malam tadi dah mula berperang semula ngan mama. 
Aku kan ada mengadu kat uolss yang bila hari2 biasa dia kekadang meraung nak tidur malam dengan kakak. 
Tapi bila time demam ni, kakak and papa jadi unfriend dia. 
Mama lah yang terbaik kan !!
bila malam nak tidur atas lengan mama, semua nak mama buat. 
sampaikan mama nak kencing pun kena usung dia sekali masuk toilet sbb dia xmo lansung beralih dari pangkuan mama. 
Betapa hebat nya aura seorang ibu kan.
Tapi itu di kala demam je, cer x demam xjumpa mama sehari pun xpe kot. 


QK dah lama xdemam, sekali demam manja teramat. 
Malam pertama demam tu mmg xbole tidur. 
nak berpangku je, bila lap2kan kain basah dia mmg melalak gila2 punya. 
dari kecik dia mmg xsuka bila buat cmtu. ingt dah besar ok skit, nan ado juga. 
Siang nya mmg melepek je, kesian juga. 
Malam kedua dah bole tidur, tapi kejap2 bangun panggil "mama mama", alahai sweetnya. 
mama jawab "ya sayang" baru tidur semula. 
jam 3am time makan ubat, mama suh dia makan ubt, angguk elok je, then minum susu, tidur semula. uishhhhhh baik gila okeh. xmeragam lansung, very the good girl. 
Tapi kalu xdemam, bangun tengah malam minta susu silap skit pun dah menjerit2 macam kena histeria. dah la nak memujuk susah gilak. 
kena hangin xelok, minta susu tapi dia nak buat sndri susu tengah2 malam. boleh ko layan ????? adoihai QK oh QK. macam2 ragam sejak nak jadi kakak ni. 


 
tapi ini paling sweet. berposing tanpa di arah. wah teruja mama anak mama dah pandai pose !! 
i loikeeeee. 





Jun 29, 2012

Menangis dalam hati

Sedangkan lidah lagi tergigit 
ini kan pula suami istri 
Eh tapi bukan nak cerita pasal masalah rumahtangga kat sini pulak 
cuma nak share apa yang sedang di rasa je.


Biasala ibu mengandung jiwa tu agak sensitif skit 
mood swing sekelip mata 
sekejap baik sekejap ke laut
partner kena main peranan lebih skit kot. 
Semalam aku dapat balik awal skit
nak jadikan kesah hubs ada kerja pula tiba2 dan aku terpaksa naik teksi untuk pulang 
nak tambah dramatik lagi, dalam teksi bole berjujuran pula air mata aku ni ha. 
Menangis dalam teksi syiok kot, sbb org xkenal kan. har har har. Feeling lah aku sengsorang merenung jendela teksi sambil di saksikan hujan yang turun rintik-rintik. ewah.
Tapi rasa lega jiwa raga lepas nangis. 
Kalu di tahan-tahan tu rasa jiwa berat dan terbeban. 
sebab aku menangis xyah citer la kot. cukup lah uolsssss tahu hati cuma tersentap skit je. 
Bila pikir2 balik actually is nothing. cuma mainan jiwa dan raga yang xbrapa nak stabil merindukan punggok ! wah tetiba lak. 


Tapi kalu bercakap soal jiwa dan perasaan. aku ni lebih suka memendam rasa kot. 
xsuka hal kecik di tebar jadi besar dan besar. 
Selagi bole settle or selagi aku bole tanggung selagi tu aku akan jus let it go je. Easy!!
sebab kalu isu jadi panjang otak makin jadi serabut kot. So not good ! penat lah memikirkan hal remeh temeh, banyak lagi hal-hal lain yang lebih perlu diberikan perhatian.
Walaupun memendam rasa itu perit sekurang-kurangnya tidak lah sepahit hati bila disakiti. 
Tapi sila terima style aku untuk biarkan sesuatu hal tu let go. Caranya aku akan mendiamkan diri sehingga aku rasa jiwa aku betul-betul tenang. Sarang tebuan jangan di jolok !!. gitu. Kalau di jolok juga mmg kena sengat lah semuanya. 



Tangisan itu satu Terapi !!
Menangis lah anda semahunya. 


 
 

Jun 28, 2012

Check List Our 2nd Baby

Alhamdulillah 
dah masuk 30 minggu 
tapi dalam pada tu nerves sudah mula di rasai. 
moga segala di permudahkan 


Kami xde apa2 persiapan pun lagi untuk barang2 baby 
tapi list dah siap 
sampai Malaysia nanti pulun beli barang baby dulu baru urus keperluan Hari raya. 
Utamakan yang lebih utama dulu. 
jom check out. 
sharing is caring katanya. 
ada terkurang or terlebih pls share ya. 


Pakaian Bayi
1. 6 helai baju lengan panjang + pendek
2. Sarung tangan dan sarung kaki - 3 pasang
3. Topi bayi.
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut - 6 helai
7. Tuala.
8. Raga/bakul
9. Tikar getah
10. Beg bayi.

Penyusuan.
1. Botol susu
2. Puting
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)

Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung.
2. Katil bayi.

Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.

Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.

Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.



Mama Stuff
  1. Mama and Papa's IC
  2. Kad Lawatan Hospital/Buku Merah
  3. Telefon Bimbit & Kamera
  4. Al-Quran
  5. Buku/Majalah
  6. 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse
  7. 2 Kain Batik
  8. 1 Sweater
  9. 1 Tudung
  10. Pakaian Dalam
  11. 2 Stoking Kaki Tebal
  12. 1 Tuala Mandi
  13. 2 Tuala Muka
  14. Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc)
  15. Kurma
  16. Air Zam zam
  17. Maternity Pad 



Ada antara barang aku dah ada yang QK punya dulu.  
cum stroller, car seat tu Qk punya dulu masih elok lagi. 
stroller mmg 1 di Malaysia 1 ada di Yangon. so lega skit. xpayah berangkut setiap kali balik.
car seat tu semasa 3 bulan di Malaysia maybe xperlu sangat kot.
Pakaian untuk baby mmg mostly kena beli, kecuali barut sahaja yang masih elok di simpan. Mama kata dia dah basuh dan ironkan. TQ mama !. 
Keperluan tidur tu my mom in law dah tempah tilam dan bantal kekabu di Taiping. so xperlu beli. i loike kekabu sejukk je. 
Nowly xtahu la sekali beli barang2 keperluan bayi cmni berapa lah kos nya kan. 
dulu masa QK beli 1 shoot juga. sekali byr nak dekat 2ribu. uhhh urut dada kami. skang ni xtahu la musti kena expand more kan. 
Apapun untuk kamu Anak-anak !!




 
 

Jun 26, 2012

Sehati Sejiwa

Auw Auw 
 


ini adalah untuk Pre Raya 
Membuktikan theme thn ini adalah MERAH ! 



 
 Sehati Sejiwa uols 




Auw Auw Auwmmmmmmm 
xsabar nak tunggu raya!!!

 



Uols bagaimana ? apa tema raya tahun ni ? 



 

Jun 25, 2012

Menjamu mata

 ini menu orang berbuka khamis lalu 
sempena 1 syaaban 
kuih keria hand made. 
dap dap dap !


 murtabak. idaman en suami 
nafsu orang berpuasa mmg besar kan !
masa nak beli ni dia tanya, "cukup ke 2?"
i jawab cukup sangat ! 
atlast dia mkn 3 kerat je.


 lauk pauk nya 
ikan siakap sweet sour 
sup suhun 
sambal gesek 
mmg bergesek le. 
esok tu terus hubs badan masuk angin, muntah cirit birit 
perut tekejut kot. dah setahun xlatih perut tuk berpuasa. 
time buka pula terus minum mango blended mmg terkejut la perut nya. 
 i gak maintain strong. ahakssss



 ini menu hari sabtu 
masak skit je sbb malam tu ada doa selamat rumah kawan 
asam pedas ikan tenggiri 


dan pajeri nenas 



ini buah hati kami !!
love u dear. 







Jun 21, 2012

1 Syaaban.

Salam 1 Syaaban buat semua 
Alhamdulillah dapat lagi kita marasai nikmat dunia di hari pertama bulan Syaaban ni 
uolss jangan terkujat bila i keluar ayat alim-alim ni skit
sesekali menginsafkan diri. 
Insyaallah aku berpuasa hari ni. En Suami juga. Syabas Ayang, bukan senang dpt ajak suami i ni ikut berpuasa sekali melainkan bulan wajib iaitu Ramadhan je. orang lelaki mana payah nak ganti2 puasa. 


So far bertahan lagi buat masa ini. 
waktu tempatan skang 12.15pm.
xsabar pulak nak tunggu ke petang. nak masak menu yang dah di plan dari semalam lagi. 
today's menu : Sup suhun+kentang, sambal gesek dan mungkin ikan siakap sweet sour. 
dan yang best sekali kuih keria in the house !! 
malam tadi gigih i buat keria untuk menaikkan semangat berpuasa hari ni. 
dan xsangka menjadi, selembut sutera spt version keria mak mertua yang selalu i adore tu lah.ewah cakpong cakpong. 
clap clap clap. TQ En Suami juga kerana tolong menguli. 
malam tadi goreng lah 4 ketul tuk rasa. QK pun duk puji "sedap sedap". lepas kunyah setengah dari kuih tu dia tolak tepi, "mama mkn ni, baby nak gula je" hoiiii anak meratah gula !! 
hari tu lagi best, dia p dapur siap tutup pintu dan cakap bisik-bisik dengan kakak. bila aku skodeng rupanya dia nak meratah gula. mmg kena bebel la ngan mama kan. dengan kakak pun sekali kena, p bagi budak ratah gula buat pe????
mama dah la xdpt nak tukar susu kamu ke less sugar kau pergi makan gula mentah-mentah lak. mmg kena bebel non stop lah !!
Haih lah memacam. 




ok uolsss yang berpuasa selamat berpuasa juga.