BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 28, 2013

Sembang Khamis

Haiii 
Hari ni lemau skit 
pagi-pagi dah ngantuk. 
Anak demam lagi lah. 
Dah decide kalu demam xkebah lagi mmg xpergi la kami join trip weekend ni. 
Semalam QK sembang ngan adik dia 
"Adik makan ubat, cepat baik tau nnti kita nak p pantai. Nengok kakak makan ubat dah baik dah
,nanti adik tinggal pulak"
Eh eh macam kalu adik demam dia pergi adik tinggal je. 
kalu sorang xpergi semua lah xpergi. baru fair. nanti2 pun kita bole p. #naksedapkanhati#
Padahal mak nya yang over. 
QK getting well cuma tinggal batuk2 je lagi. 
Adik malam tadi sebelum tido bagi ubat, then sumbat tek tertido lah kami. pttnya kul 12 kena bagi ubt sekali lagi tp punyala penat n ngantuk sgt sampai aku xsedar. Terlupa pulak adik susu ke tak ke adik cara sndri tek mama then susu. gila kejam mak kau !
Sedar2 dah kul 2 am. adik elok je tido xde renget2 sangat tu sbb mama pun xsedar. 
Tapi bgn juga la, bagi adik ubt lagi dan lap2 bdn dia bagi sejuk skit. 
Then tepuk2 bagi susu adik tido semula. Sedar2 smula dah jam 630am. Selalu bila menjelang subuh baru adik jadi cranky. 
Adik kalu demam, jadi behave. semua benda jadi senang nak buat. Tapi dia agak manja je la. 
Kalau kakak nyamuk gigit pun bukan main jerit2 nangis sakit2. padahal nyamuk je pun anak oiii. 


2 minggu ni aku macam bz skit 
bila bz xcukup rest jadi lemau je 
Last week lagi hetic. 
xde masa lansung tuk adik. Balik keluar balik keluar. 
Masa bersama bila tido je. tu sebab malam2 mama peluk adik erat-erat kuat-kuat. 


Kak lang dah balik Selasa hari tu. 
Info dari dia kain and painting laku dan dia request lagi. 
kalu ok bole buat duit la lps ni. Insyaallah. 


Lagi apa nak gebang ? Adoiii 
ok la nnti sambung ya, ada guest nak kena attend. 
Uols doa anak-anak dara i sihat leh kami p holiday kejap. 



 

 

Feb 27, 2013

Jiwa Raga

Ini la boifren and gulfrens nya. 



my soul 
my love 




 

Demam

Anak-anak daraku demam kat rumah 
as ibu mmg kalu anak demam ibu la paling xkeruan 
Susah hati. 
 
 
Mula-mula QK batuk2 manja je start hari ahad 
Isnin malam dah mula batuk xleh tido, dah bagi ubat
Semalam siang dah macam nak demam dan mata pun nampak layu je. 
So malam tadi bagi ubt batuk + ubat demam baru bole tido. 
Tapi sebelum tido tu biasa la, musti batuk-batuk siap macam nak muntah 
sebiji orang mengandung gitu. 
Settle ubat baru dia bole lena tido. 
Menjelang ke subuh rasa badan adik la macam dedar gitu. 
Adoii adik la demam!! 
Hurmmm dah 1 rumah nama pun adik beradik mmg cpt berjangkit le. 
Walaupun dah pesan pada QK jgn batuk kat adik nnti adik demam xleh p beach weekend ni.
 
 
Ptt la adik cranky skit malam tadi tapi ttp bole tido. 
Lepas mandi tadi maid ckp adik xpanas dah. Mungkin sbb baru lps makan ubt. 
Terpaksa bagi sbb xmo melarat, biasanya budak2 ni kalau demam 2 hari je. Kalau demam infection tu mmg amik masa sampai seminggu kadang2. 
Harap2 QK and adik cepat sembuh. dah pesan kat Qk jgn batuk kat adik, batuk kena tutup mulut kalu adik demam melarat semua xdapat p beach, punah la harapan mama dah beli topi koboi dan gaun pantai. Muahahahah. over !
 
 
 
 

Feb 26, 2013

Loving couple

Ok sila jangan muntah anda melihatnya. 


 My sleeping partner 

 Mat n minah bunga 

 Soooo Suwit 

 We re Rock !

 Manja!!



Muahahahahaha. over kan. 
tiba2 pulak kami jadi gila clicking lately. 
pantang ada reception pantang ada aktiviti musti nak gather2 bergambar 
feeling macam baru kahwin pulak. au au auwmmmmm. 





Feb 25, 2013

QK vs QT

QK is Qaireena Krisya 
i am 3 years and 5 months 

 Dalam usia sebegitu saya dah pandai melaram 
bergaya dan cantik like mama. Yeay. ehem ehem. 
hahahha siapa lagi nak puji mak sndri kalu tidak anak kan. 
Qk dah sangat kakak kakak. dah pandai nak apa yang terbaik untuk dia. 
serba cantik serba kemas, serba bersih. 
serba serbi lah. 
kuat mengamuk no 1. kalu kata dia xde sape leh bantah. 
kadang2 perangai selalu buat mama marah. sehari xkena jerit xsah. 
lepas tu dia pulak yang geram kat kita balik. 
sangat anak papa. papa xde kejap nangis2 nak kol papa nak kol papa. 
Makan masih susah lagi. Jenuh memaksa sampai bergaduh-gaduh. 
Kakak dah petah bercakap. kadang2 xterjawab soalan-soalan dia tu. Nak berborak pun kena hati2 sbb apa dia dengar dia akan explore kan. Hari tu dia ber 'aku-aku', tanjat boboi kami, dah explain xbole guna aku so far dia dengar kata lah. 




Korean style




QT is Qaira Tihani 
i am 6 months and 2 weeks 

Alhamdulillah adik dah pandai makan 
kalu makan je sure habis. good gul sangat. 
kalu nampak orang makan pun mulut dia kumat kamit. tapi mama xmo biasakan sumbat apa mama makan adik rasa. xbagus kot. tgg adik dah ada gigi ok lah. 
Last 2 weeks check up 6 bulan adik amik jab, dua jab sekali harung tuk dua belah peha drumstik dia tu. kata nurse senang buat sekali nnti jerit pun sekali. sian adik. tapi adik nangis kejap then ok ok je. 
Timbang time tu adik is 7.2kg. vavava berat rupanya adik, walaupun muka besar telapak tgn mama je, xmcm kakak dulu gebu dan besar. Yang nampak besar peha adik tu je, drumstik sangat. 
Adik dah naik walker. suka sangat lah dia dpt gigit segala benda di walker tu. dah gerak2 pun. teruja mama nengok. 
Adik murah senyuman skit dari kakak, kalu di agah2 rajin juga la senyum dan ketawa, tapi kalu ada orang luar mmg muka automatik serius. sebiji patern kakak dulu-dulu. dah 1 acuan nak buat cmne kan. 
Tapi adik boleh tahan noty sbb suka kaco kakak. Bila kakak tido sebelah dia kan, selamber je dia tarik2 rambut kakak, cabut puting kakak. sampai mengamuk kakak dia, dan balas apa adik buat. kakak mmg xkan mengalah punya. 
Adik dalam percubaan nak menyusur, dah angkat bontot tinggi-tinggi. lepas tu tolak2 kepala ke atas. pantang letak skang mmg nak pusing saje. dari hujung ke hujung lah. comel sangat bila nengok gelagat dia. Gusi adik tajam dan bite pun kuat, sbb adik suka gigit tangan papa or papa. mama rasa adik musti cpt tumbuh gigi ni. 


 si comel mama 




3 dara pingitan 
muahhahahahah 




Activties in Yangon

Hai hai 
3 4 5 hari ni iolss kebizian pula 
xdan lansung nak update apa-apa. sorry uolss. 

Hari ni i update semua-semua okeh. 
 sila layan. 

*Nota: Entry penuh gambar. 



Chinese New Year Celebration 
23 Feb 2013
Saturday very the hetic 
kul 10lebih dah keluar bawa my sis pergi shop-shop 
kul 2 lebih habis zasss ke office ada kerja yang menuntut 
Kul 5 lebih balik jalan jem gilak sampai rumah jam 605pm 
belek2 adik kejap terpaksa tinggalkan jua untuk bersiap ke celebrate CNY 
sian adik sangat. 
 





 
 budak takot dragon !




Bowling Tournamnet 
24 Feb 2013 
Sunday pagi relax2 di rumah. 
Jam 1pm baru keluar for Tournament bowling by Embassy 
check it out the pictures 

 My sister 

 Us 

 Adik - badik 

Gentlemen 

The Prizes 

 The Winner 

Champion !! iolss pun xsangka iolss leh jadi champion. vavavavasss

 Embassy of Malaysia Yangon 


Dah penat dan berjaya jadi champion 
maka kami basahkan tekak beramai-ramai makan aiskrim

 Romatika Ayamor 

 Ladies


 Anak dara 

 Clap clap clap
model pokok !
 





Sekian, banyak lagi gambar menyusul selepas ini. Stay tune !




Feb 15, 2013

Malam jumaat yang panic!

Ohhh malam tadi Qaira Tihani berjaya buat mama dan papa panic 
dah lama xbuat hal, malam tadi berulang 
masa lepas pantang hingga umur 3 bulan mmg Tihani seorang baby yang agak meragam 
nak tido nangis, lepas susu nangis, bangun tido nangis, berdukung nangis 
dah jadi lupa apa benda lah yang buat dia tak nangis 
sampai kami bole jadi hilang sabar 
mujur ada nenek, atok, opah bagi semangat dan peransang 
time tu di Malaysia 
Sampai di Yangon, hari demi hari makin pulih 
mungkin sebab makin besar kot. 
Dah 3 bulan dia xnangis jerit kuat2 tanpa sebab 
malam tadi jam 9lebih cmtu dia bantai menangis jerit macam sakit sangat macam kena pukul 
style dia biasala sambil nangis sambil garu kepala telinga suma. 
papa pegang xmo, Maid pegang xnak, mama sua tek pun nangis juga. Sesekali kakak joget2 depan dia baru dia diam kejap. lawak pulak.
Ambil la air penawar sapu2 skit ke kepala muka bagai. Lepas tu takut dia sakit perut xslesa kot terus bagi minum gripe water. Setengah jam juga la, sampai mama jerit2 panic gila xtahu nak buat apa. 
Atlast sambil dia meraung kuat papa bacakan ayat-ayat al Quran.
Sambil baca sambil dodoi dalam 10minit lena di bahu papa. 
Dah lena terus tido sampai pagi xde pulak merenget malam2. 
 
 
Memang minggu ni dia meragam skit, aku perasan start je kul 700pm dia jadi gelisah 
dukung pun xmo, selalu kalu dia nangis ubat dia dukung bawa round2 dia ok 
tapi xde la dia menjerit2 sangat, renget2 skit bila betul2 ngantuk then tido la juga. 
Aku mmg xsabar skit bab-bab gini. Panic satu xsabar pun iye juga. 
 Mujur malam tadi papa ada rumah, kalu papa kuar p kopi ke badminton ke 
mmg balik aku baling ngan bantal or paling muka 24 jam. Tension la jugak kan. 
Cmne la nnti kalu papa dah balik Msia dulu dari kami. Uhhh xdapat bayang ! 
 
 
Kenapa eh Tihani jadi gitu ? kena ganggu ke ? or mmg dia saje nak test mak pak dia sbb esok dia genap 6 bulan. or mmg dia dalam kondisi meragam skang. 
 
 
 
 

Feb 14, 2013

Solid Food for Tihani #2

Yeay Tihani dah start mama
hari ni masuk hari ke 6 dah 
mula2 hari pertama kedua dia macam luek2 juga, maklumla 1st timer 
musti rasa pelik skit.
 Aku mulakan dengan pear. Alhamdulillah Tihani suka. 
Mula2 kan plan nak bagi makan sehari sekali je. 
Bila hari ketiga tu ngok dia mcm kumat2 mulutnya so tukar plan 
pagi bagi mkn biskut heinz lenyek2 ngan susu mama
tghari bagi makan puree. 
puree aku mmg buat stok untuk rules 4 days tu  dan frozenkan
so ngam2 dan xmembazir, dan xlah simpan lama-lama sangat.  
xde la setiap hari nak kena buat puree tuk Tihani.
Atleast 4 hari sekali.  
Tapi setiap kali nak makan kena steam dulu. 


Aku beli blender juice khas tuk buat food Tihani
klau guna blender biasa nnti pear berperisa cili & bawang pulak. 
cuma aku tgh mencari steamer elektric. sng nak steam setiap kali nak makan tu, 
ini kalu tidak nak steam 1 mangkuk kecik je pun tp guna kukus yang gedabak. 
Setakat ni terpksa la bersusah-susah dulu. nanti kalu jumpa bersenang-senang la. 


Let me share my experience 

 1- Buang kulit dan potong dadu buah/sayur 
2-  basuh dan kukus sehingga betul2 lembut 
3- sejukkan kemudian blender hingga halus - campurkan susu ibu/susu FM/air masak 
4- simpan dalam bekas kedap dan frozenkan 


So far Tihani suka pear, tapi today start ngan potato, dia xmo mkn lak. kata maid tadi dia muntahkan semula. ada kemungkinan potato tu terlalu pekat kot. so 2nd trial mlm ni nak buat cair2 skit or tukar ke carot pulak minggu. 


 Ini 1st trial 
muka berkerut dan dia luekkan smula 
after a few days, Alhamdulillah ok 

Kakak was so excited tau 
mama tgh buat puree,dia pun sibuk sama 
mama buat untuk adik makan ?
wow adik dah bole makan macam baby!
 banyak betul soalan nya. 





      
 ish geram sama budak comot ni !
dah la comot comel pulak tu. 
eh tiba2 sangat. 


 
 

Feb 13, 2013

Sebelum dan Selepas

Program gerak gempur berjalan seperti yang di rancang 
tapi hari ahad baru buat, sabtu mood masih malas. 
so bangun pagi lepas mandi ajak hubby kemas bilik dulu 
nengok meja solek tu dah tak terurus, berteraburan, mana dengan QK main2 alat solek aku letak di mana-mana sahaja 
habis suma gelang rantai cincin dia main sumbat2 je, so ini la masa untuk menyusun semula. 
 
 

 Masa amik gambar ni 
tok laki perli "perlu ke amik gambar"
i jawab perlu lah, bahan tuk update blog okeh. 
hahahha. bini blogger kena la paham. 
masa amik ni pun lawak, kena amik side tepi sbb kalu amik tengah2 ternampak la gmbr i pakai suar pendek rambut gerbang kan. awas ! hahahha 
see ? terabur kan. 
dgn sheildtox pun kat situ, rokok tok laki merata-rata, jam pun letak dlm box souvinier dari tourism je. xsistematik lansung. 


Mari kita lihat lepas di touch up 





taraaaaaaaa
kemas la skit kan. 
jam, make up dan brooch aku suma dah letak dlm bekas kayu coklat tu. 
aku dah warn tok laki, dah pakai jam sila letak smula dlm bekas tu. 
jgn main buka letak je. xkemas okeh. 
almari comel kecik belah kanan tu suma letak make up n brooch juga.
ptg tu QK masuk bilik "eh mama apa tu, cantik lah. baby nak nengok bole"
haaaaa terus kena jerit ngan mak tiri "takkkkkkkkkkk bole"
lari turun bawah dan merajuk. 
 
 
 
 

Cuti Hari tu..

Terlupa pulak ada bahan yang bole di upload di sini 
so sebelum expired cpt2 kasi up 


Friday hari tu aku ckp nak balik awal sbb adik xmo minum susu botol 
so mmg aku tepati, lps jumaat hubby jemput zass aku ca alip bot. 
otw balik kol rumah tanya adik ok tak ? maid jawab adik baik2 aja. 
terus mak pak tiba2 lak haus tekak nak p minum green tea frappe.. my favi !


 Lepak di tempat kebiasaan 
adoiii poyo betul lah laki i ni 
masa nak nip nap tu, dia leh sarung rayban dulu baru leh snap. 
hellooo motif dalam aricond nak pakai rayban ! 
ok xpe laki mak jugak. huhuhu 
ensem ensem dan osom. 
 

hamboii liuk lentok sgt kepala 
lagi over ni ! 
muahahahaha. 

 
 ni hubby punya. 
plan nak minum2 sekali hubby kata perut lapar pulak. 
ok sila lah makan. soba sabi apa ntah namanya. 


Then hubby minta cili potong
dia pun ckp la kat waiter 
"can i have a cuting chili"

 
 sekali sampai cili sos 
dia pun panggil waiter lain 
"u have small chilli cut cut?"

 

 lepas tu sampai botol ini pulak 
(eh senget lak, uols lentok la skit kepala i mls nak rotate)
bapak geram la mr hubby ! 
xpaham bahasa betol. 
soba dah tinggal skit, aku pun ckp "dah la yang makan je la nak hbs dah pun"
tapi dia tetap xpuas hati 
panggil lagi sorang waiter yang lain 
punya explain gila babas supaya dorang paham yang dia nak cili potong !
i nengokan aja. sambil senyum2 layan ipad. 


 Finally 
baru betul cili ni !! 
ini la masalah orang Myanmar 
broken communication 
dah la xphm ckp english 
tak phm xmo bertanya pulak tu. 
or ko panggil la org yang phmkan. 
penat la order 3 4 kali baru sampai apa yang dihajati. 
hangin 1 badan baru dpt makan. 
tapi kami dah biasa dah, tu sbb hubby bole sabar minta 2 3 kali baru dpt. 
 

 hubby dah dpt cili dah nak hbs makan pun baru la sampai hotdog i. 
nyum nyum nyum 




 

Feb 12, 2013

Cuti Muti

Vavava syiok la uols malaya masih cuti. 
best eh leh p shoping mall cuci2 mata, nonton wayang makan pocorn. 
makan asikrim mcD. Arghhhh meroyan dah aku ni. Rindu Malaysia !!


Nak mengadu dumba skit ni 
cuti 3 hari kami sungguh bosan. 
xp kemana pun. nak keluar pun jadi malas. xtahu lah kenapa. 
sabtu di rumah, keluar sekejap nak beli brg dapur yang kesedikitan. 
Ahad pun di rumah, uhhh gile bosan. cuma jam 10-12 je kuar kejap p Gems museum teman kwn. itu pun kwn xhbs shoping kami dah balik dulu. bosan bosan !
saki baki hari di rumah je bermesra ngan anak-anak. 
Isnin lagi bosan xkeluar rumah lansung, memerap je dan masak masak masak. 
itu lagi bosan kot. cuti-cuti masak, hari kerja pun masak. tiba2 rasa stress pulak hari hari masak. 
semalam la paling havoc. bangun pagi aku kejut hubby "yang jom p malaysia kitchen kot ada roti canai". sedapnyaaaaaa. hubby mandi aku kol dulu Malaysia kitchen, tapi malangnya nan ado pun. bahan xde, ok fine. yang ada nasi goreng, mee goreng. derrrrr itu aku bole goreng sndri kot. 
so turun bawah jam 8am masak mee siput.
jam 10am melaksa pulak, Qaireena mmg gila laksa so masakkan untuk dia. bermangkuk-mangkuk dia makan. 
jam 11.30am masak lauk untuk lunch pulak while hubby mmg xmakan laksa. perffffffff letih ok. 
kul 4.30pm buat cekodok untuk minum petang. 
jam 7.30p masak lagi untuk lauk hari ni sbb aku kena keluar awal hari ni tkt xsmpt nak masak awal pagi so terpaksa la masak malam. ohhhhhhhhhh bosan sangattttt kot !
pagi tadi bgn pun masak lagi, goreng kangkung. 
kalu di Malaya cuti muti cmni nyaman nya. zass je ke kedai or paling tidak tapau leh rehat dari masak memasak. kalu kat sini xmasak maka xmakan la. 
nanti iolsss kurus uolsss jeles pulak. 

So cuti lama kerja aku ....MASAK sampai lebam. 



Mode : Syukur. 


 


 

Feb 8, 2013

Solid Food for Tihani

Yeay, Tihani dah nak start solid food 
mama terover excited pulak. yela dulu zaman QK bodoh xde ilmu byk sgt, suma pun main beli je yang instant. bukan xbagus tapi kureng bagus kot. 
tapi xde lah suma2 pun aku bg instant sbb dulu aku rajin juga buatkan bubur tuk QK hari2 hntr rumah baby sitter oke. cuma kaedah nya mungkin berlainan skit skang.
so skang dah pandai skit leh prepare food sndri.
walaupun minggu ni Tihani belum cukup 6 bulan
lagi 6 hari baru cukup 6 bulan, tapi aku ok je nak bg skang. 
1 minggu beza xada apa sgt kot. 
aku bukan terus nak bagi nasi just nak start ngan mild. for tester. gitu. 
lagipun dia meragam skit 2 3 hari ni. 
xmo susu formula pulak. nak EBM mama je. 
walhal sehari aku hanya bole supply 2-3 botol je, kalu dah hbs di topap ngan FM 
sehari Tihani minum dalam 5 botol 
so tadi papa btau, adik xmo minum FM, bila sumbat nangis2 
EBM menjelang tghhari mmg dah hbs, ala sian anak mama. hari ni cabut awal skit alasan kukuh nak bg anak susu ! sila paham ok. hehhehe 
So di sebabkan faktor seperti berikut aku nak start bagi Tihani solid food esok. bagi dia kenyang skit so EBM mama cukup xperlu topap FM dah. anak mama sihat duit mama jimat. gitu gitu. 
tapi buat masa ni try sekali sehari je dulu. after a week dua kali pulak. 
Kita start ngan puree !! yeay. 
aku dah google info dan resepi, insyaallah nak cari pear dulu untuk esok. then nak try buat stok tuk 4 hari which is guna rules 4 by 4. 
each menu for 4 days. gitu. 
 mula pear, then potato, apple, pisang 
ohhh macam2 lah. Excited pulak mama. 
moga2 mama rajin buat yang terbaik untuk kamu Tihani. 




To be fair, nak citer juga pasal Qaireena kat sini. 
si kakak pulak seminggu dua ni, hok olohhh susah gila nak makan. 
hari tu suspek cacing byk, so dah bagi mkn zentel pun xmo mkn juga
malah lagi teruk. nasi mmg bo layan lansung ! 
tiba2 dia jadi kemaruk maggi pulak. aku mmg xgemar anak-anak kuat mkn maggi. sesekali ok fine. 
ni siap dia nak ratah maggi gitu je. doiiiiii xbole lah anak. 
xbagus. 
kalu goreng mee or spaghethi ok nak juga makan. 
hari ni buat sup ayam hrp2 dia mahu mkn. 


Yang kakak xmo makan 
yang adik nampak orang makan duk kumat kamit mulut dia. 
Anak oh anak 


 


Cuti Raya Cina, kemana ?

Ok sila rujuk tajuk di atas. 
uolss sonok la kat malaya, asal cuti panjang je zass balik kg sana sini 
p holiday here n there 
kami kat sini ? 
cuti raya cina saya akan melakukan program gerak gempur !
so gerak gempur kan rumah je lah. 
lakukan aktiviti mengemas  
eh sebelum rumah xkemas ke ?
ohh sorry,klau rumah i bersepah 24jam la i membebel.
selama ni rumah clean je. cuma saje nak ubh suai amik mood new look. sbb 2 thn dgn ruang yang sama bosan kot. 
frame yang sama je terlekat kat sudut tu, so fa yang sama je selama 2 tahun. so kita ubah2 ikut kretiviti. gitu. 
xbeli so fa baru pun. just mebi tukar kan so fa atas ke bawah, yang bawah naik ke atas. kretip x kretip x ? muahahhaha. 
insyaallah april ni acara tukar barang rumah pula akan berlaku. dah aim apa yang nak di grab. xsabar xsabar. 
2 tahun berturut-turut tema rumah ada la simple but nice for kids. 
skang even kiddos masih ada ttp nak tukar mode ke antic style 
yeay !!! 
sini byk giles brg antic yang kelass kelass so rugi xgrab kot. tunggu gerak gempur membeli april nnti !! 
skang kita set kan ruang je dulu. bagi space kosong-kosong baru bole beli brg2 baru kan. yeay lagi.... 


So sabtu gerak gempur
lepas gerak gempur massage badan. i loike 
Ahad p bawa anak round-round 
Isnin rehat puas-puas. 


Menu pun dah siap apa nak masak sepanjang cuti. kalau i amik gambar i tempek kasi tunjuk kat uols okeh. 


Gong xi fa chai 


 
 

Feb 5, 2013

Click Click #3


Hai hai Tuesday 



 
 Hai hai readers  

 
Melaporkan dari Yangon 

Mode : RELEASE 


 



Feb 1, 2013

Bosan

Harap maklum aku tgh bosan gila ni 
puas dah tersengguk-sengguk 
xtahu nak buat apa 
Akhirnya click "new post" dan gebang la apa-apa aja 


Hamboi Malaysia seronok eh cuti muti sesaja 
hoyey hoyey korang kan.
kami di sini juga melopong menanti cuti 
*dah stuck xtahu nak taip apa ! 

Tapi kalu aku kat msia pun cuti2 berturut cmni suka sangat 
sbb leh tukar2 balik kg kan. minggu ni balik perak kg inlaw sbb 3 hari cuti.
minggu depan cuti raya cina 4 hari balik kg aku pulak. muahhahaha 
motif balik kg sndri kena lama ? biasa la kan. 
lagipun nak hala ke utara during big-big perayaan tu no no no sure jem nak mampos !
Aku xleh lupa kenangan balik kg Perak jem sampai 8 jam sampai terkencing-kencing dlm keta okeh. mujur time tu xde anak nak renget2. So sejak dari tu nak balik ke utara musti well plan. 
 Kalu ke kg aku guna jalan lama, dan xde la jem gila gila. 
 uhhh seronok kan cuti2 dapat jalan2. tiba jadi homesick sgt pulak. 
 sob sob sob sedih !


Esok lusa cuti pun xde plan nak kemana2. makanya duduk di rumah je la
next week raya cina cuti panjang blur pulak kemana kami nak hala supaya hilang boring. 
hrp2 masa tu terisi xdela kami kesepian sgt di rumah. 
i ok je, tok laki la kecoh skit.kejap kang  dia jerit boring boring! mama ni tido je. muahhahaha. maap la ya. Tido itu my hobi. hahhahaha. 
bangun tido je terus massage-massage... lagi best. 


Terus nak kol tukang urut tu dtg rumah ahad ni. yeayness. 



ok la tu je nak citer. bai