BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Nov 23, 2012

My Pumping

Salam
Hari ni bizi tapi gigih juga nak update. 
saje nak share dan nak kutip ilmu berkenaan ngan breastfeed ngan uolss. 
uolss ada ilmu jangan kedek nak share ngan i tau. sila komen kelak. 
Aku masih breastfeedkan Qaira, tapi x exclusive cum uols kot. 
meaning ada campur ngan air masak pun dan kadang2 tersulam juga dengan susu fm bila dalam keadaan terdesak. 
yang paling terdesak masa 1st day aku mula kerja hari tu, salah teknik tuk sejukkan susu tu, lambat sangat so papa dia cpt bancuh susu fm dan sumbat. Al maklum la anak i kalu menangis satu bandar leh dengar. cepat mengamuk + manja!! 
Salah teknik yang aku maksudkan adalah, aku xtahu pula kalu susu nak guna esok pagi malam tu dah siap2 letak kat tempat chill supaya bila cair cepat nak di panaskan. tapi yang aku buat kuarkan dari freezer beku tu terus nak panaskan mmg la 10minit baru mencair. Mujur sehari je buat kije bodoh cmtu. Mujur adik sayang bee btau i. 
So sejak semalam aku letakkan semua stok di tempat chill je sng nak panaskan
Lagipun susu aku hanyala kais hari ini untuk stok esok. 
Tapi tetap bersyukur dan gigih nak bf kan Qaira dengan susu ibu ! 


Tapi kadang2 rasa susu aku ni meriah kadang2 mendukacitakan juga. 
Dalam pantang melimpah ruah sebab aku makan shaklee dan minum juga susu anmum lacta tu. Dalam pantang masa relax so dapat la makan ikut time. 
Lepas pantang hidup aku jadi kelam kabut terus segala ubt supplement xdpat nak makan. So susu asal cukup untuk Qaira je. 
Qaira jenis meragam juga, mak aku kata maybe dia lapar susu mungkin xcukup, tapi aku yakin susu aku cukup sbb dia akan berhenti bila kenyang. tapi Qaira minum skit2 dalam 1 masa tapi sangat lah kerap sejam sekali gitu. 
Pernah lah 1 masa aku jadi give up, tapi hati masih kuat sbb rasa susu badan lagi sng dari susukan fm. 
Kalau keluar mmg payah skit la sbb nak selak2 di tempat awam kena hati2. Mula2 tu siyes aku xpandai, kelam kabut sampai Qaira jerit2 sebb aku lambat. But praktice make perfect. Kalau malam lagi sng kot, nak susu je selak tetek sambil tu kita pun leh tido sekali. Mama jaga adik, papa jaga kakak. 


So far 4 hari dah aku pumping 
Still kais pagi makan pagi 
sehari dapat la 3 or 4 botol tapi kuantiti sekali pump 4oz kadang tu 3 oz 
bila dapat 4oz aku bedakkan pada 2 bekas tuk 2oz 2oz sebab demand Qaira paling banyak 2oz sekali minum, so xperlu membazir. heheheh.
Aku pump di ofis 3 x sehari, pagi jam 9.30-10.00. ikut kesesuaian lah, agak2 xbizi aku lari kejap dalam waktu tu. 
Tengahari pula biasanya lepas makan aku pump dalam 12.30-1.00pm.
Petang pula ikut keadaan juga, kalu aku rasa akan balik awal jam 4.00pm aku xsempat pump dah. Bawa balik je tetek sumbat kat Qaira sampai xbernafas dia minum. Time tu nengok dia rakus terus tersentuh hati mak! huhuhu. Tapi lepas aku mandi aku pump juga saki baki yang ada tapi mmg xbanyak la dapat, janji ada je. 
Qaira perlukan 6 botol sehari tapi kuantiti setiap botol hanyak 2oz. Bila la aku nak dapat sekali pump lebih dari 4oz baru hati rasa nyaman je. 

Semoga semangat terus kuat nak beri susu ibu pada Qaira Tihani mama !!


 
 
I need more info from uolss. 


 

3 Kritikan:

bee2312 said...

teruskan usaha kak..chaiyokk2!!!

bee2312 said...

insyaallah kak..susu akak nanti makin byk kalu akak asyik pump. jgn sesekali skip meal. pagi tghari dan malam wajib makan. kalu takut gemuk leh amik portion sedikit tp kerap. susu pun jgn tggl...u badan saya carrot susu blh bykkan air susu saya. lain badan lain cara. akak leh cr sesuatu yg mana biler akak mkn sesuatu tu leh bykkan air susu akak..shaklee pun sgt2 membantu saya dalam byk kan air susu. akak dh stop consume shaklee ker?

Zahra Al-Rasyah said...

Srie, kalau rajin google-up power pumping & buat power pumping. InsyAllah boleh banyakkan production. Lagi satu jangan skip minum air 2L sehari & teruskan berdoa.InsyAllah :

Milk-booster lain? Aku makan lobak putih+halba buat sup ke or juz goreng ke sure bengkak nens aku. Just sharing. Hehe.