BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 27, 2012

Flyinggggg

Dang dang dung bunyi mercun 
lalalalalala 
wah over i kan baru 7 ramadhan nak nak bunyi-bunyi lagu raya. 
ini excited sebab masanya semakin dekat 
im flying tomorrow. 
jam 430pm tiba di MALAYSIA tanah tumpah darah yang ku rindu 
ini tempoh paling lama xbalik kot - 7 bulan !! 
kalu 7 tahun ? gila kot. hik 
dalam semangat-semangat tu baju belum pack lagi. har har har 
baju QK je sempat sumbat2 hari tu. uhhhh 
so today nak lari balik awal settle kan hal rumah dan siapkan packing 
mujur today hari ini ada orang nak belanja berbuka puasa. so jimat masa untuk masak !! 


I will on leave dari esok sampai 20 nov 2012 
sepanjang cuti xtahu lagi kondisi berinternet macamana. 
if di kampung masa berpantang line ok lega leh update selalu. 
if not aku pun masih xtahu cmne nak update. 
will belajar update guna Ipad kelak. 



MALAYA aku pulang !!!!!!


 
 
 

Jul 26, 2012

4 & 5 Ramadhan

4 Ramadhan 
 

 Kari ikan bawal 

 kailan ikan masin 

 sambal belacan dan ulam-ulaman 


 
 alang-alang dah ada kari kita tebar roti jala 
tapi tekak aku x gemar lak mkn roti jala ngan kari ikan 
 

 Pudding roti caremal 
nyummy. sweet je. 
tapi padat sangat sbb letak banyak roti. aku suka yang soft2 gitu. 


5 Ramadhan 


Semalam hujan lebat gila kat sini 
so aku sampai lewat juga
balik tu kelam kabut masak 
mujur semua dah ready tinggal campak-campak dalam kuali je 
plan nak buat cucur pisang tapi hubs xbeli pisang 
dah hujan lebat malas nak paksa beli juga 
so goreng je la kuih muih frozen yang masih berbaki 
 

 sardin roll 
popia 
pau ayam 

 dan nasi ayam !!




Today kami berbuka separate 
aku di pejabat ada kerja 
hubs dengan rakan-rakan dia 



Selamat berbuka uolsssssss




Jul 25, 2012

Syukur, Ya Allah

Assalamualaikum 
harap maklum makin nak fly 28hb ni makin bizi lak i 
xpe lepas ni i cuti merehatkan otak dari "kerja kerja kerja" 


Pagi tadi sempat lari sekejap pergi last check up dengan Gynae sini 
Now kandungan 33.5 weeks 
Alhamdulillah the baby berada di good position. The head is down.
dan i bole fly back !!
heart beat segala bagai under control.
lega sangat. dan doc said biasa nya 2nd baby akan lebih mudah delivar. Amin amin amin. 
yang penting baby mama keluar sejurus selepas raya ya. 
Merdeka day pun xpe, dpt hadiah merdeka nanti. hiks. 



Berat i turun 500g tau. 
kalaulah xpreggy seminggu puasa turun 500g uishhhh best gilak kot. 
kurus kurus kurus !!



 


Jul 24, 2012

Bersahur

Dulu masa muda remaja aku mmg bukan penjenis yang bangun bersahur 
if bangun pun terpaksa sbb mama kejutkan 
tapi bila dah berkahwin bangun sahur adalah WAJIB 
kerana laki i mmg kena bgn sahur dan makan nasi okeh. 
so malas ke haper ke tangunggjawab tetap kena laksanakan 
tapi xpe pahala menanti 
Bila mengandung ni mmg kena bersahur la kan, xbole la nak berlagak bangun sahur makan coco crunh bagai. 
kalu xpikir diri sendiri pikirla anak dalam perut ni. 
So aku pun kena la makan yang berkhasiat 


So far sahur mmg mkn nasi je
tapi kuantiti skit-skit la banyak2 perut cepat ketat. 
lepas tu aku ambil susu segelas dan minum air byk2. 
dan makan la kurma sebiji dua. 
boleh tambah tenaga. 
kemudian ubat tidak bole di lupa. 


Malam tadi terasa nak mkn nasi goreng kg
so dah siap2 defrostkan daging malam tu
potong2 bunga kantan skit sbb my hubs suka bangat nasi goreng letak bunga kantan 
then pecah 2 biji telor. selesai 
 
 terhasil lah nasi goreng cinta kasih sayang 
ewah 

 ha see !! 
licin. sbb masak dengan penuh cinta kasih sayang gitu. 





3 Ramadhan

 Menu semalam adalah :
ikan siakap sweet sour 

sup bayam 

 sambal tempoyakss

 mee goreng mr hubs beli 
tapi xdap dap lansung rasa sos tiram je, aku makan 3 urat dah xlalu
 hubs ckp sedap lagi sayang masak. 
haaaaa TAHU XPE !! huhuhu 

 ini murtabak gulung versi Myanmar 
yang ini sedap gilak oke. 
masa aku buat iftar puasa day 1 hari tu beli ni berebut2 dorang 
kami pun reapeat balik semalam 
aku mkn 1 ketul hubs makan 2 ketul 
2 ketul lagibgn sahur dah bersemut. sayangggg nya.


 sardin roll 
yang sedap !!
share sorang sebatang setengah
QK benda2 gini bo layan dia. 



Time berbuka QK pun makan sesama 
skang ni suka nengok dia makan 
banyak juga lah 
tapi xmo guna pinggan kecik dia tu, nak guna pinggan besar cum mama dan papa
so makan berterabur la, xpe kakak leh sapu. 
skang dah pandai makan letak kicap skit 
tapi dia panggil kicap tu "kuah"
kita sibuk berbuka dia pun sibuk nak kacau sambil mulut pot pet pot pet 
macam2 ragam. 



 
 

Jul 23, 2012

1 & 2 Ramadhan

Assalamualaikum 
Macamana puasa uols thn ni ? 
ibu-ibu mengandung yang seangkatan bagaimana ? 
masih mampu ?
Actually mengandung ketika berpuasa tidak lah menyesakkan sangat 
cuma sesiapa yang di awal trimester if mabuk tu mmg sesak. 
semoga ibadah kita di permudahkan. 



Ramadhan 1 

Aku host berbuka puasa hari pertama puasa 
mmg dah kebiasaan di sini setiap tahun host berbuka ikut turn 
so tis year aku amik minggu awal sbb next week kan i dah nak fly away. 
kami host dan buat di embassy, if buat kat rumah xterlayan beb. 
hari tu pun dah sakit2 pinggang sampai xlalu nak makan. huhh dugaan tul. 
Menu : Asam pedas ikan + Ayam goreng + Kuih popia + pudding coctail 
aku yang buat. 
aku share ngan sorang lagi frenz dia masak daging dendeng + sayur dalca + bubur pulut hitam 
dan kami beli murtabak + roti pratha. 
Alhamdulillah semua succes. 





Ramadhan 2

Puasa kedua kami berbuka di rumah je 
pagi tu gigih en hubs p main golf
sekali balik melepek xlarat nak buat apa dah. cum budak2. 
itu la i dah cakap larat ke nak main golf bulan2 pose. tapi nak juga sbb next week dah nak balik malaya kan. lepas tu mengadu xlarat xlarat!! "ada aku kesah" huhuhu 
 
 
 Popia 
Actually menu tuk kuih semalam adalah donut 
dah buat pun, tapi donut i tiba2  xmenjadi lak semalam 
xnaik lansung. xtahu apa silap. 
i mmg biasa buat donut kadang2 jadi kadang2 tidak. huhuhu 
so goreng je la popia yang ada. 
 

 Asparagus goreng 

 Ayam berlada 

 Ikan masin kesukaan suami 

ikan bakar talapia 


Air kelapa sejuk2 sedap je masuk tekak.


uols bagaimana ?




Jul 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum 
berlabuhnya Syaaban menjelang nya Ramadhan  


Insyaallah Myanmar mula berpuasa esok hari 
thn ni sama dengan Msia. 
selalu nya lewat sehari dari Msia. 
Malam tadi nak penuhkan fridge tuk persediaan berpuasa. 
tapi ala kadar sahaja sebab kami berpuasa seminggu je di sini, 
minggu depan sabtu dah berlepas ke Malaysia. 
xsabar rasanya nak berpuasa di tanah air sndri bersana keluarga. 
Bersemangat juga nak berpuasa dalam keadaan mengandung ni, 
harap2 baby mama baik2 aja dan bole la mama berpuasa penuh Insyaallah. 
Subuh di sini 415am, jadi kena bangun sahur lebih kurang jam 330am. 
berbuka pula 640pm, tapi jika di Malaysia uols dah kenyang nak p terawih baru kami berbuka. 
sebab Myanmar kan lewat 1 jam setengah dari Malaysia.

 


Kepasa umat islam sekian alam selamat menyambut ramadhan
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang lalu. 





Jul 19, 2012

All in my Head

Aku bukan serabut, tapi cuma banyak berpikir kot 
kadang kala faktor orang sekeliling pun buat kita serabut tuk lebih berpikir dari biasa kan 
ayat paling mudah "susah hati" kot. 


Pertama-tama bila org ckp perut dah besar leh ke naik flight?
yes mmg mengandung QK dulu perut aku mmg besar pun. 9 bulan tu dah cum nak pecah. 
kadang2 aku terpikir gak eh tiba2 MAS xbagi naik pulak sbb perut besar sgt tkt anak aku dpt jadi "anak angkat MAS". kalau lah begitu, aku refer to the website yang kata pregnant lady bole fly until 35 weeks. time aku fly i am 34 weeks. but still aku akan bawa GL from doc yang menunjukkan my kondisi adalah baik, Insyaallah. 


Kedua : persediaan nak sambut baby adalah zero !!
risau juga, nanti dah sampai msia moga di sihatkan dan dipermudahkan tuk aku settlekan barang2 mama dan baby. siap pack letak dlm car boot dah lega rasa hati. baru la leh shop barang2 lain a.k.a baju raya bagai. 



Ketiga : baby breech. ada la terbaca 2 3 entry kengkawan yang saing-saing mengandung lebih kurang dekat2 EDD nya, baby mereka breech. aku pun rasa tempias risau tu okeh. sbb when my kandungan is 26 weeks kan my baby also breech but after check 30 weeks hari tu bb back to normal dah. now dah 32 weeks hrp baby dalam keadaan yang sepatutnya. hari2 berdoa semoga semua dalam keadaan baik. risau sungguh hati ini !!



Faktor lain Bila baby akan keluar ?
actually bila terlalu banyak pikir stress juga, jadi tuk kurangkan bebanan otak dari pikir byk2 maka aku gugurkan masalah ini dan berserah pada yang maha Esa saja. 
take it easy. Tuhan dah aturkan perjalanan yang baik untuk setiap hambanya. 
isu nya adalah, bila hari raya tu aku adalah di ambang 38 weeks. ada orang 38 weeks dah bersalin wooooo. 36 weeks adalah waktu matang untuk melahirkan. 
persoalan nya masih bole ke at 38 weeks dah sarat gitu aku balik kg makan rendang lemang dan jalan berhari raya ? So, aku dah tekad serahkan sj pada yang pakar, which mean aku akan minta advice doctor b4 proceed tuk balik kg dan sebagainya. 
ko nak bersalin dalam kereta meredah jem di lebuhraya utara-selatan tu ? minta di jauhkan !! 
tapi i delivered QK is 39 weeks. harap2 baby ni keluar pun on 39 weeks juga atlist kami dapat menikmati suasana raya di kampung 2 3 hari pun cukup la. lepas tu mama akn back to KL berehat dan ready to deliver. Amin. 


Last question untuk diri sendiri, nak berpantang di mana ?
plan asal nak pantang di Rompin rumah my mom. tapi lately dia xbrapa sht nak jaga org pantang cum xsyiok pulak kan. 
MIL pun offer pantang ngan dia di Taiping, bila pikir2 mmg segan tp in some part MIL buat i rasa hilang segan. she so sempoi. tapi xbtau my mom lagi tkt dia kecik hati pulak. arhhhhhhh very the confius lah. see how lah nnti. 
 


Sekarang cuma mampu berdoa semoga segala perjalanan di permudahkan dari segi segalanya. Amin 



 
 
 

Kabinet idaman hati

Kecoh gila minah ni dapat kabinet heboh satu malaya 
Eh sukati i lah kan. 
aku ckp pasal kabinet yang ni ha  
sila check it out !!


saje lah nak story mory kat uolsssss 
actually kabinet tu brg 2nd hand okeh 
tapi bila dah di renovate dan do some touch up 
fuhhh nampak cantik bangat kan. 
yang tertarik tu sbb look antik. i very likey likey. 
aku yang pilih design tu + calor nya 
tapi mula2 hubs mcm xtenang jiwa xbrapa suka. 
ala sesekali ikut citarasa i pe salah nya kan 
aku buat dek je. sbb aku yakin bila dah siap nnti confirm cantik punya. 
sekaliiiii betul ko!! 
bila dah siap terus cum fuyooooooo. 
iya la harga pun fuyooooo kot. 
kalu convert 1 kabinet tu rm1200. 
tercekik kan ? 1 kabinet 2nd hand sampai beribu. xpela sesekali dari kayu yang berkualiti lak tu. so pejam mata je la bayar. 


 
 

Jul 18, 2012

Ada jual pil sabar tak ?

Yes, aku akui tahap kesabaran aku x brapa nak stabil
dengan keadaan diri sekarang sabar mmg perlu tinggi 
Exspecially nak menghadap perangai/kaletah anak nan sorang tu. 
tu baru anak sorang kan, orang-orang yang punya anak ramai rapat-rapat cool chill je eh. 
ohh itu orang-orang ini aku, totally tidak sama !!


Orang kata jika anak sulung nak jadi kakak/abang mmg semua peel keluar 
peel tu pulak semua di luar jangkaan dan kawalan.
Anak dara aku pun xkurang hebatnya. uhh tersangat hebat lah. kadang rasa nak "panggggggggg" sekali. tu sbb kalu ada pil sabar aku rasa nak telan supaya tgn ni xringan je nak "panggggggggg"!! huhuhu 


QK keluarkan perangai dia step by step or season by season 
dia dah bosan dgn peel yang 1 ni dia tukar peel lain pulak. 
Contoh perangai xmo mandi, kalu nak mandikan omak ai kena berkejaran 1 rumah. 
kena pujuk step by step okeh. mula2 pujuk tuk buka baju, then kena pujuk nak ajak masuk toilet, dah masuk toilet pujuk nak curah air kat bdn pulak, nak kena test air sejuk ke panas ke. kadang dia nak air sejuk kdg nak air hot hot. sambil mandi nak kena layan buat buble lagi, then last part gosok gigi bukan main payah. tensi okeh. 
daripada mandi 5-10minit leh jadi 30-40 minit nak melayan nya. 
mood baik nak lah dia gosok gigi, mood xbaik kalu dia kata xnak tetaplah xnak, ko tonyoh berus gigi masuk mulut dia pun ketip kuat2. apa masalah nya ???? adoi lah. 
puas dah ckp nanti gigi hitam ada ulat lah jawapan dia tetap "xnak xmo 8x!!" 
ikut mu la anak, gigi xcantik xde orang ngorat nasib mu lah. 
ohh belum selesai lagi. part pakai baju pulak. xde nya pernah dah mandi lap-lap terus nak pakai baju. kang dia nak p dapur lah amik biskut, ambil air dalam peti lah, ada je kerja dan alasan yang dia nak buat. kalu siaran tv tgh ada kartoon ok fine leh la duk kejap 2 minit tuk sarungkan baju dan tempek bedak cepat2. kalu tak berkejaran lah. 
tiba2 rindu waktu baby-baby dulu, sambil mandi or pakai baju mama leh kelek-kelek sambil gomol-gomol, skang taik telinga dia pun xsempat nak chek. ohhh terrible kan. hahhaha 
 

Kalu ikut time nak suh dia shi shi pun bercinta juga
mmg xmo nya dia. 
now kami tunggu dia ckp bila dia rasa nak shi shi or poo poo 
yang bestnya, kdg tu dia dah btau nak shi shi kita bawa p toilet, dia leh lewat2 sambil ckp2 lah ada-ada je la benda dia buat, padahal tgh pegang pepet ni nak shi shi, sampaila ada time terlepas shi shi depan pintu toilet, mmg kena tempik la ngan mama kan !! 
dah tahu nak shi shi pun nak memain lagi!
 nak pakai drypers bila nak tidur 1 hal, kdg tu dia dah tidur baru pakaikan kalu tak bergaduh hanya semata nak pakaikan drypers. uhhh stress !!



Ada 1 time, dtg kemaruk suka tutup2 tv
kejap kang dia amik remoote dan berkata "baby tutup tv ya, baby nak tidur" 
uwuauwuauwua padahal baru jam 8malam. mak pak ko nak nonton berita la anak oiiiii. 
kalu kata no/jangan/xboleh pun tetap dia nak lah juga. 
bila dah tutup dia naik ats, kejap kang dia turun check tv terbuka menjerit la dia suh tutup semula. cenggitu xberhangin ke ko ? uwuauwuauuwuauw . 
malas nak layan, naikla mak pak dia ke atas layan karenah dia di atas pula. 
main make up, jewelery mama segala bagai. bila xdapat menjerit la dia sampai jiran sebelah tanya kenapa jerit-jerit? hebat tak ?
uishhhh anak dara i kalu menjerit bingit telinga wooooooo bole pecah gegendang okeh. 
kadang tiba2 je tgh duduk2 jerit nak susu susu susu!!. oh perangai baru skang nak bikin susu sendri kalu terpanas tersejuk skit dia punya ngamuk cum org kena dera. 
uihhhh berperangai betul. sampai 1 tahap aku diam je, ngok je dia nak buat pe dan suruh kakak layan kan. dia panggil2 pun aku buat xtahu je, sampai 1 tahap panggil punya lah lembut "mama mama, baby sayang mama!" haaaa time tu ko marah keluar api pun hati tiba2 jadi cair kan. 


itu la istimewa nya dia yang bernama ANAK !! 



Aku xkata aku ibu yang baik xpernah pukul anak, sbb aku bukan dalam ibu yang berkategori sabarnya tinggi. ohh tidak. 
aku ni hot tempered juga orangnya. tambah lagi bila penat or stress or sedang bermasalah. kadang2 terlepas juga pada anak. 
tapi kejadian tu very minima. masih lagi boleh control diri sendiri. 
kadang2 naik juga tgn ni tepuk tampar manja pada anak, if manjakan sgt pun takut lagi ngeri pula perangai nanti. sometime ia berlaku secara automatik, kadang kala saje nak acah-acah je, lihat pada situasi. 
tapi lepas dah terkena pandai2 la amik hati dan pujuk semula. supaya dia xrasa dendam ngan kita. 
banyak hal dalam keadaan sekarang, if aku rasa xleh handle aku pass to papa take over. kalu papa pun xleh nak handle kdg2 kami tinggalkan je dia sendirian dan worse come to worse pada kita juga dia mencari. 



 Bukan senang nak jadi ibu dan bapa yang baik dan berkesan kepada anak-anak. 




 

Wordless Wednesday



Love it !! 



*Kesah disebalik nya next entry. 


 


Jul 17, 2012

Dolu - Dolu

Year 2008
Time ni aku belum kahwin lagi. aku kahwin nov 2008. ini xsilap gathering before kahwin gitu lah. 
kagum gila bila lihat gambar sndri waktu ni. 
kurus okeh, bole pakai baby shirt HR London gituw. 
pakai seluar pun nampak peha tu kurus runcing je. 
perut kempis bila makan banyak baru nampak bump skit or berlipat2 bila duduk tu biasalah. nama pun pompuan iye dok. 
muka pun ayu jelita ala-ala muda remaja gituw. 


Sekarang ? Year 2012, perbezaan dah ketara gile. 
tapi tetap bersyukur sebab masih merasa nikmat hidup. 



 

Jul 16, 2012

Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Awas!! 
Uols rasa apa kena mengena tajuk dengan gambar di atas ?




 

Jul 13, 2012

Cuci mata yawlsssssss

Actually di hari jumaat nan indah ni 
blur skit xtahu nak update haper. arghhhhh mmg lately aku blur je la entry kelaut semuanya. 
harap maklum mood swing excited nak bercuti. huhuhu 


Jom layan mata 
ada 3 keping gambar je tau !!

 2 minggu lepas Harimau muda datang Yangon ada AFC Tournament 
kelayakan nak masuk AFC Football 2013 tu kot. 
mula2 ingat ada la Apex tu, then sampai list xde pulok nama dia. so kami tilik2 rupanya dia dah tua daaaaaaa dah umur 23 so xlayak under 22. Harimau muda kan U-22. 
tapi demi negara tercinta kami pergi juga la sokong. 
see siap hangkut anak nak bagi semangat. 
berpoloh-poloh QK kat stadium tu. maklumla anak i anjersss xleh kena panas. 
tapi dapat makan kulit kuaci xde la dia meragam. 
orang sorak dia senyum nak sorak sekali malu la tuh, anak i pemalu bila di khalayak ramai. tapi di rumah dialah segala ratu !!



 Anf then Embassy hosted dinner untuk anak-anak harimau muda tu, nak bergambar ngan dorang cum ala budak2 apa ada kelasssss. har har tiba2 ajak couch Ong kim Swee ni je la bergambar. ahaks. eh dia ni mmg garang okeh. kalu player main xreti duduk diam, duk tepi padang tu jerit2. muka serius gilak. 



 jeng jeng, jgn tenung lelama sangat. 
i mmg tergemuk. tp nnti harap2 dapat la terkurus balik. huhuhu 
ini last week our receptionist wedding 
 nak cakap pasal gemuk, mak nak habaq skit. aku skang nak masuk 8months preggy, gain 8.5 kilo je so far tapi nampak cum gemuk gila kan. aku dah kaji, dulu masa QK aku mula2 mengandung 62kg gain sampai 20kilo last month tu berat cecah 80kilo okeh. mmg membesar bagai juara. 
tapi no 2 ni mmg sebelum mengandung tu dah terberat start from 70 kilo so kalu gain hanya 8.5 pun still nampak besar kan. sbb another 2 kilo lagi cukup 80 kilo sama je cum ngandung QK dulu iye dok. so pasrah jela. 
tapiiiiiiii ada kemungkinan tuk aku turunkan lepas ni bawah 70 kan kan kan ?
sebab lps bersalin je turun 8-10kilo, then pantang betul2 dpt turun 5 kilo lagi.
auw auw dah jadi 65. wahhhhh biar betikkkk. tapi itu cita-cita je. 


Sekian. 


 
 

Jul 12, 2012

Enam belas hari lagi !

Enam belas hari je lagi kami akan mendaratkan diri di Bumi Malaya yang di rindui 
prffffff itu pun rasa macam setahun 6 bulan pula lamanya. hari-hari duk tanya Ayang i, hari ni rabu eh, khamis eh? 12hb eh ? 
duk bilang-bilang ada lagi 2 minggu + 2 hari. 
orang duk hitung hari nak menanti Ramadhan mubarak, aku menanti hari kepulangan, apa kes ? 
Ramadhan kali ni sure lebih bermakna, di samping dapat berpuasa di tanah tumpah air sendiri bersama keluarga, dapat berterawih di masjid. Insyaallah.
Terus terbayang-bayang bazar ramadhan yang meriah. uhhh musti setiap kali berbuka penuh meja nak tunaikan hajat aku, suami dan QK. uhh nikmat !
Tapi kami sempat berpuasa seminggu di Yangon ni, 28hb baru terbang ke Malaysia. 
Dan mulalah episod cuti-cuti Malaysia sampai lah 20 November 2012 nanti. yabebabeduuuuuuu. syiokkkk kan dpt cuti lama. 
Macam2 agenda dah di listkan cuma masa je xtahu berkesempatan or tidak. 
Moga segalanya di permudahkan.