BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jan 26, 2012

Donut bagak & pau gebu

hey hey jgn pandang pada rupa !
rasa nya sedap okeh. 
bila bawa ke rumah kwn semalam hbs juga sepinggan 


uihhh puas hati tis time menjadi !
dah jumpa resepi yang betul2 gebu dan lembut 
tapi besar sgt kan 
padahal pakai acuan tu kecik gila 
yis kan makin lama makin menggemuk dia
tu pun aku xtgg lama 
masuk kuali makin besar lak dia 
xpe janji bila masuk mulut hancur je. nyamannnnnnn 
aku pernah try buat donut tp susah la nak jadi selembut ini 
semalam loncat-loncat manja kegumbiraan 


tengah uli donut nafsu terbayang pau goreng 
so 2 in 1 
donut leh jadi pau juga kan 
terus buka sardin lenyek2 
maka jadila pau "bulat kecil bulat besar" tu 



I am 8 weeks.


 I am 8 weeks 
semalam p check up 
dan baby-baby baik-baik aja 
Alhamdulillah 
heart bit juga dah kedengaran 
now its 15ml 
berat mama pun naik 300g je per month 
sebab tis time makan xrakus macam yang dulu
tapi syukur semua pun adalah normal. 

Jan 24, 2012

Mabuk kepayang

Mabuk time pregnant kita panggil mabuk kepayang baru feeling ala-ala sweet
walaupun rasa nya adalah sangat  xbest! 
dulu xrasa kan. now rasakann. uhhh 
Alhamdulillah tis week masuk minggu kelapan 
esok baru nak buat check up with gynae. 
nampaknya tis time "mabuk kepayang" macam dah mula nak beramah mesra dengan tubuh badan ku 
muntah tu tidak but just rasa cum pening-pening dan rasa x keruan 
if dapat baring tu mmg terbaikkkk 
tapi xkan nak layan badan nak baring je kan 
petang ke malam mmg nak ikut kan hati rasa  xlarat 
tapi semangat masih kuat. kdg2 bole lawan kdg2 layan je 
relax2 atas katil itu nikmat woooo. 
makan mmg masih xde yang bole menepati selera 
 moga2 time ni ok ok la 
jangan la duga mama kuat-kuat sangat ya
huhuhuhu 

Esok mama n papa will see u 
but u have to show urself. 




Jan 20, 2012

Jumaat datang lagi. yeay !!

Bila jumaat je x sabar nak tunggu petang 
balik bole bersedia untuk hujung minggu 
arghhhh lately rs cum mood ala ala malas je nak ke office 
cuti itu lebih nikmat!
minggu ni dpt cuti lebih skit sebab CNY kan. 
uols kat msia lagi lama eh, sampai tuesday 
kami sampai monday ja. 
xpela tetap bersyukur 
so minggu ni dah plan apa nak buat 
nak mencuba cheese cake! uhhh xsbr pula. 
kalau menjadi bole aku jual di bazaar next week 
selain dari tu dah atur dah apa menu untuk 3 hari cuti ni
sabtu - mihun sup 
ahad - nasi tomato 
isnin - mee kari + roti jala 
bila ada masa terluang nanti nak tambah stok karipap frozen
tinggal sekali goreng je lagi tu.
btau hubs semalam dia angguk-angguk je. malas layan la tu. 
yela skang aku kena pikir pe yang tekak aku slera nak mkn
buat masa ni nasi berlauk-lauk kureng di minati lah 
so nak nasi kaler-kaler panas-panas 
pasta, mee mee ok slera!


Soal aktiviti pun dah siap plan semalam 
Sabtu mebi hubs akan p pasar sorang 
sbb sy time cuti2 mmg xmo bgn awal-awal 
nak rest !
jgn marah haaaaaa. hehehehehehe 
tengahari pula kami nak membeli kain-kain yang sepupu sepapat tempah untuk majlis nikah dia. so nak settle cepat-cepat senang. 
malam ada jemputan dinner. so sabtu Qk di rumah dengan kakak ye mama papa byk urusan. 
Ahad baru nak bawa Qk jejalan, nengokla nak ke swimming or p zoo ja. 
dah 2 hari ni dia asyik nak tidur pakai swimming suit pulak
kemaruk tul budak ni. kesian. dah lama juga papa x bawa dia swimming. tapi cuaca sejuk sangat skang air kolam itu sejuk beku lah anak oii. 
nanti we see how ya. 
Isnin adalah hari merehatkan diri. 
suka suka suka. 


Harini aku masak ketiow goreng ja untuk lunch 
bfast makan 2 keping karipap sardin frozen made from our kitchen. hehehehhe 
malam kang nak ajak hubs makan tomyam kat luar lah. 

 

Semalam aku masak nasi goreng kampung
tumbuk cili api banyak2. uihh terangkat sedap !
pastu letak kangkung + tabur ikan bilis rangup 
mmg sedap. beslera makan semalam tp tetaplah x habis 
dinner semalam hubs masakkan ayam masak kicap tertelan la 5 6 suap. tetap alhamdulillah. 


Eh asyik citer makanan je aku ni. 
apa kes ???




BYE



Jan 19, 2012

Roti Gardenier

Semalam gumbira sebab dapat roti gardenier from Malaya 
ada kawan tolong bawakan. 
dapat je terus 2 keping 
sedap kan bole makan begitu saje. 
so petang semalam dah berinspirasi nak buat puding roti berkastard 
balik semalam terus ajak hubs beli barang untuk berkenaan 


 nyummy!!
dulu masa kat msia makan di hotel ada some hotel yang buat puding ni sedap yang amat 
tapi now dah bole buat sndri 
mmg sedap !




Jan 18, 2012

Saya dah besar!





Pandai minta kek 
"papa nak happy to you" 
pahaman dia kek adalah utk birthday


 dah dpt pandai 
say "TQ papa, TQ mama"
sambil hug hug. 


pandai suap kan papa 


 nak air sendiri, nak minum sendiri 
papa no !
ok bila tumpah 
mama lak said "good very good"


 pandai order makanan 
selak-selak buku cum orang besar 
tunjuk itu tunjuk ini 
beli aja makanan yang ada fries 
than cicah cili sos 
confirm habis. 



Kan saya kata saya dah besar ! 
nak jadi kakak dah pun. 
ok fine. 



 teringat perbualan dgn QK bila dia sdg syiok nonton lagu hindustan 

mama : baby mana bole nengok citer-citer cumni, xbagus baby kecik lagi. mama tutup eh. 

QK : eh mama, baby dah besharrrrr. baby bolehh (read pelat-pelat) 

mama n papa : tepuk dahi !!





Jan 17, 2012

Budak kaki hindustan !!


Adoi budak ni bahaya tau 
skang trend baru hari-hari nak nengok cerita hindustan or dengar lagu-lagu hindustan 
lepastu menari sorang-sorang sambil pegang remote sebagai mic 
lagi haru bila dah pandai tunjuk aksi-aksi hindu tu !
letak kertas kecik kat dahi pastu nari-nari 
than kejap-kejap tunjuk action cium-cium 
alahai anak kecut perut mak pak ko lah !
papa salahkan mama p beli vcd hindustan 
mama mana la tahu dia tersuka dan nak tiru semua gaya-gaya tu 
budak cpt pick up kan ?


ni lepas dia menyedari gambar nya di rakam
terus nak pose Hindustan jugak !!
dasar keturunan mamak!! 





1st Pregnant and 2nd Pregnant

Semua orang pun kandungan pertama hingga kedua ketiga keempat kelima lapan sepuluh pun pasti berbeza kan
tapi ada juga 10 anak relax je xde masalah ketika mengandung 
pulak tu ada yang badan xterusik lansung 
perut je buncit kedepan 
pinggang peha siap lansing
itu lagi aku kagum
sebab bila lihat pada diri sendri. omak ai if  xcontrol bole jadi dragon hulk kot !
ok stop ! bukan nak cerita pasal berat badan hari ni. 


Alhamdulillah minggu ni nak masuk minggu ke 7 
next week dah bole dengar heart bit baby. yeayness !
harap baby mama baik-baik aja 
so far aku masih di tahap biasa-biasa 
belum muntah2 cuma sickness datang bila petang menjelma 
yes its "evening sickness"!
sama je cum yang 1st dulu 
asal petang-petang time balik kije tu dah melepek dalam kereta 
sampai rumah mandi-mandi terus lepak 
rehat serehatnya 
mabuk tu rasa caner ? ala ala pening if hidu minyak kapak tu rasa nyaman je 1 badan 
bila rasa cum tu lebih best kalau dapat baring-baring sambil membaca 
1st dulu bole la. manja lebih dari suami tercinta 
nak makan pa order je 
mihun hailam, mee bandung, laksa buyong lah 
tapi semua xkena dek tekak, kobis besar-besar lah, brokoli xbrapa masak lah, 
laksa tawar !
gedik kan. ehehehehe 
tapi yang 2nd ni berbeza 
1 - nak makan mmg xbole nak order la 
xmo kebulur masak lah. nak ikutkan mls je nak amik dinner tapi bila xsanggup nak bgn tengah malam selongkar biskut sanggupkan diri juga menjamah dinner 
maklumkan skang ni musim xlalu 
bila siang duk terbayang meggie kari anekarasa (letak sawi udang fish cake telor) 
hari tu hubs dah buatkan, tapi bila nak masuk ke mulut alahai xsedapnyaaaa
mujur hubs xsentap ! ngeh ngeh 
bukan xsedap tapi xberselera. 
hari tu duk terbayang-bayang ayam masak merah hubs. itu la sekali mmg selera gilak makan sampai menjilat jari. bravo lah ayang! 
 2 - mabuk ke xmabuk balik kije petang-petang jgn harap dpt bermalas-malasan 
dah ada anak kan, sampai hati ke nak ngok anak duk jerit-jerit mama mama jom main masak masak. alahai xsanggup den. 
dalam mimpi je la nak rehat-rehat atas katil 
kita kat bilik dia cari duk lepak sekali 
kita baca al-quran dia baca iqra' walaupun mmg xbetul lah 
petang-petang lepas mandi solat, aku mmg terus turun bawah. pandang dingin je la kat tilam katil tu. huhuhuh 
if perlu masak aku masak, if not layan QK main or nonton tv sesama 
atlist tis time layan anak je, kerja rumah xperlu buat. syukur. 
lepas dinner lepak kejap jam 9.00pm mmg aku akan naik juga ke atas tuk berehat 
time tu nasib baik dia  xikut naik, nasib x baik dia ikut makanya berehat sambil melayan dia lah. 


tapi so far kandungan pertama dan kedua ni  xbanyak beza
awal kandungan brapa nak selera dan alahan hanya belah petang yang mild mild. 
Alhamdulillah. 





Jan 16, 2012

Kesukaan terbaru QK


Suka fish !
hari tu nampak kat rumah kwn ada fish 
dari dalam kereta sampai ke malam dia duk berzikir 
nak fish nak fish 
esoknya nampak je iklan fish dalam tv dia memekak lagi nak fish nak fish 
maka mak pak yang menurut perintah petang tu p la kedai fish belikan aquarium kecik ni dan 5 ekor fish 
uishhh 2 hari duk menghadap fish je 
kejap2 kang nak bg makan 
kejap kang nak pegang-pegang fish 
tapi kejap je pun
masuk hari ketiga dia lupa dah 
bila tanya fish dah makan ? kot ada mood dia berlari-lari la p bagi makan 
kot xde mood dia buat xtahu je 
itula keunikan QK cpt bosan !!



dan pagi tadi fish dia mati seekor 
bila tunjuk kat dia 
pandai lak tu "ala dah mati"
haaaaa sape suh jaga main-main kan dah mati !!



hari tu lagi best 
duk berzikir nak dog nak dog 
hamboi kau ingat dog tu cum kucing bole belai belai manja-manja 
bila dah di explain 
di tanya nak dog? laju-laju jawab "dog no!"
haaa pandai pun. 
ehehehehehe 




Jan 13, 2012

Its Friday

Salam jumaat uols
xsabar nak tunggu petang dan nikmati weekend esok 
waktu-waktu begini aku perlukan waktu untuk berehat-rehat 
dan bermalas-malasan 
bestnya if time-time sejuk gini dapat golek-golek atas katil sambil nyanyi-nyanyi ngan QK kan 
bila dah cuti 2 hari rasa cum xpuas pula 
nak amik cuti tambahan xbole sbb cuti perlu di simpan untuk tujuan cuti bersalin nanti 
itu lagi penting kot. so skang kena la bersabar 



Skang ni asyik la selalu mengantuk 
kat office ni selalu dah tersengguk-sengguk kat kerusi 
mujur xkantoi 
bila bos meeting je cpt2 aku curi time tuk take a nap 
kalu tidak kerja pun xfokus okeh 
kuat betul penangan pembawakan budak ni kan. hehehehehhe 



So esok aku plan nak buat pavlova dan karipap frozen skit 
senang bila teringin je kuar peti ais dan goreng. uhhh sedapnya 
pavlova tu bole mkn weekend ni sambil lepak-lepak nonton VCD yang berlambak kami borong xhbs nengok lagi tu 
minggu ni rasa cum nak stay kat rumah ja. malas nak keluar-keluar 
tp sian kat hubs n qk tkt dorang la boring. 
see how lah nanti. 



xsabar pulak nak petang 
pertama - sbb nak sambung sembur maid aku yang keluar pagi tadi p pasar kul 630am kul 1015am baru balik, alasan nya p beli baju sehelai. hello aku sakit jantung memikir tkt kau kena bom ke haper ke, ko p shoping eh. serius aku hangin, atlist kau btau siap-siap xde la org kecut perut pk pasal ko. huh. baik nnti siapla aku sembur lebat-lebat. 
kedua - xsabar nak berehat sepuasnyaaaaaa


happy wekeend uolsssss




Jan 11, 2012

Menu sekeluarga

Sebenarnya aku mengantuk + lapar 
skang waktu tempatan 4.20pm 
dah siap2 suh maid ready tuk goreng pisang 
balik ni terus ngap 
bagi melegakan perut ni dari berdenyut-denyut 
 pisang goreng pisang goreng 
sedapnya !


time lapar duk teringat makanan je la kan 
malam ni aku msk mee goreng je tuk dinner kami 
skang ni nak msk kena pk menu pe yang sesuai tuk seisi keluarga 
sbb masak sekali tuk QK 
dia nak pndai makan. apa kita mkn dia nak. sumbat kan aja 
kalu hari kije aku lebih suka mask simple-simple 
yang xremeh la 
if sambal ikan + sayur lemak ke
if kari + sayur goreng 
if masak lemak + sayur kicap 
musti ada sayur lah. 
1 main dish 1 sayur. 
kami mmg 2 menu ja kalu hari bekerja. hehhehehhe 
time weekend je baru buat 3 menu 
contoh tomyam + sambal + sayur 
kalu sup + sayur + sambal belacan/ikan masin
aku xreti la nak mkn berdua menu macam2 nak msk 
leceh 
kalu mkn kat luar lain lah. 
kalu ada tetamu baru lah jenuh nak pikir pelbagai menu atlist 4 menu. 
so far mood masak ada lagi. if agak2 dah kelaut nanti over to hubs je la. 


oooh pisang goreng 
mee goreng !!!









Kawalan berat badan ketika mengandung

Ini la yang paling aku akan titik beratkan 
2nd pregnant ni 
sbb 1st dulu berat aku naik mendadak 
20kg! 
maklumla anak pertama, kena plak suami manja-manjakan nak makan apa semua dapat 
mmg menjadi-jadila seperti di pam-pam 
aku pregnant mmg makan berselara 
sbb alhamdulillah sihat xde loya or muntah-muntah 
so far yang kedua ni pun ok lagi 
but baru minggu keenam so no komen
biasanya loya akn tiba bila week 8 ke atas kan. 
harap-harap sihat cum dulu 
bila sihat tu makanya aku akan mkn apa aku mahu 
tanpa segan silu 
tapi tis time cum lain skit 
makan still slera tp xbole kuantiti banyak 
skit-skit je, hubs kata makan nasi xberbaloi skit sgt 
dah xbole masuk mcmno ?
jadi disebabkan aku mkn skit-skit aku jadi kerap lapar pulak 
2 jam sekali perut dah menggeletek 
aku tkt ini punca aku xbole nak kawal berat badan aku 
fine aku mkn skit-skit tapi aku mkn kerap 
kerap tu means if dah amik nasi time lunch, after 2jam aku lapar aku mkn biskut or buah or buat air ja. begitu la rutin nya 
aku ada terbaca di majalah PA & MA 
cara tuk kawal berat badan :
1- kurangkan makanan manis 
yang ni mmg aku cuba sedaya upaya, minum air manis bila betul2 nak je. dan aku nak bykkan mkn buah. makan buah pun kena ngok juga, elakkan rambutan, mata kucing sbb kandungan gula tinggi dalam buah tu. lebihkan jambu batu or epal. 


2- kurang atau elakkan makanan bergoreng & berlemak 
adoi part ni lemah gila 
sbb nak kurang bergoreng hbs aku nak mkn pe? 
nak sup hari2 mana lah berselera 
xde mee goreng ? bihun ketiow ? 
aiyooooo bole gila kot. hbs suma xleh mkn mmg meleleh je la air liur anak aku nanti. 


tu baru 2 lagi 2 aku x brapa ingt 
nnti kena buka buku balik 
tapi secara jujurnya nak avoid benda-benda tu aku xmampu kot 
tapi kalu belajar tuk kurang-kurang isnyaallah bole 
aku hrp2 sangat dpt control dan berat xla naik cum dulu 
max 12kg je ! 
boleh ke ? 



Jan 10, 2012

Jan 2012 - short visit to MALAYA

Kelass kau 
balik hari tu dah dpt rembat beberapa VCD dan buku tuk bekalan beberapa bulan ni 
suka suka. 
lepas ni beli set karok je than bole melalak sampai xde suara 
Ok kami dah selamat sampai ke Yangon pada 6 Jan 2012
semua baik-baik aja 
buah cinta kedua dalam perut ni baik baik 
so far kemeragaman belum bermula 
hrp2 xmeragam seperti yang pertama. Amin 
QK walaupun tengah melasak tp masih tahap bole di kawal 
naik flite tidur ja. nak kejut makan pun xsampai hati 
sbb nmpk sgt dia kepenatan 
ikut mama papa kesana sini settle urusan 
si papa lagi ok 
senyumm je sbb dapat apa diingini 
cuma kami kecewa skit xdpt nak grab jam baru 
sampai kan papa kemaruk nak beli tiket balik lagi semata-mata nak beli jam 
halooooo over okeh !



 ni malam kedua kot 
rindu nak lauk-lauk cmni 

QK ni dah reti nak bergambar tapi 
selalu nak buat pesyen tah haper-haper 

 nak makan sendri 
sudu nak besar 
nasi nak penuh 
tapi confirm xhabis 
nak duduk atas baby chair tapi kaki xmo turun bawah 
sakit katanya!

 peace 
wif papa 

 satu lagi pesyen suka hug 
"papa papa peace come hug"
ok fine 


 dengan mama pun nak hug tapi jauh la nak 


 cuti kali ni xbermood sangat nak snap sana sini picture 
so mana yang teringat dah berkesempatan je la 
at the ship 


 juava tawar tuk hubs 
mango sedap tuk i 

 anak mama makan roti ke ?

 lamb chop tuk hubs 

 steak tuk i 
super duper sedap 
balik hotel sendawa black paper ja 




 ohh kami check in hotel 2 malam di KL 
KL International Hotel 
not bad hotel la, tp aircond xsejuk ! 
kami terpksa check in hotel sbb byk urusan nak settle kat KL tu xlarat nak berulang ke senawang nun 
ada rumah di KL tu tp kunci xde kat my mom at Rompin 
kami xsempat nak amik dan my mom pun xsempat nak hntr 
so check in je la 
2 malam settle semua 
balik semula ke Senawang rumah my sis 


separuh dari hasil penghabisan duit 


conclusian : penat tapi berbaloi baloi