Sedar atau tidak
2013 sudahpun berada di penghujungnya
bagaimanakah hari hari anda di tahun 2013 ?
semoga semua di tepati.
Bagi aku 2013 terlalu banyak kenangan dan pengalaman untuk keluarga kami
tapi itu semua di lalui dengan rela dan redho.
Bermula di bulan April 2013
papa di diagnos oleh Sirosis hati stage 4
6 bulan target di beri.
Tapi kami xjemu2 untuk terus berusaha dari segi sains dan agama
zahir dan batiniah untuk kesihatan papa seperti biasa
kami masih perlu papa untuk terus menjadi bapa kami.
Tapi setiap bulan prestasi papa merundum juga
tanda-tanda semakin jelas
dan sejak itu kami sentiasa takut untuk hadapi hari2 mendatang
Aku di rantau tidak senang hati.. xkeruan hidup.
Kalu boleh memng aku nak dekat dengan papa.. tapi apakan daya.
Nasib xsebelahi aku.
Jun/Julai 2013
papa banyak kali sangat duk sebut2 kami sekeluarga
mungkin rindu
atau lebih tepat tahu akan aturan untuk hidupnya.
aku lepaskan hubby n QK ke Malaysia beberapa minggu untuk capati hajat papa.
dan aku gagahi juga pulang ke Malaysia untuk beberapa hari
demi dia.. demi bertemu papa
dan itulah kali terakhir aku membelai dia sebagai seorang anak
aku sempat menjaga dia walau sekejap.. tidak puas !
itula kali terakhir juga dia memeluk ku mengusap belakangku
dan berpesan "kau anak yang baik.. jagalah anak-anak dan suami kau baik-baik"
Ya Allah betapa aku xkan pernah lupa ungkapan yang terakhir di telinga ku pesanan dari seorang bapa.. xkan pernah lupa !!
5 Oktober 2013
Ramalan doktor tepat
tapi takdir Allah itu lagi Esa
kami redho
aku redho walau aku lah hanya seorang anak yang tidak dapat mengucupnya sebelum dia di kapankan.
Betapa aku rugi menjadi seorang anak kan ?
Tapi orang yang redho akan takdirnya lebih di muliakan.
Titipan doa sentiasa ada untuk pengerat kasih anak dan bapa.
Itu sebab aku selalu ingt papa selalu ada..
Padahal aku terlalu merindukan dia.. sangat.
Al Fatihah
Selepas pemergian papa
mama semakin hari semakin uzur
sebab terlalu mengingatkan papa kesihatan dia juga terabai
Itu menambahkan kesedihan kami adik beradik
Selain dari itu.. tiada apa yang menarik lagi
selain dari terus hidup untuk insan insan tersayang yang lain.
Aku bahagia masih punya mama, ibu mertua
suami dan anak-anak
adik beradik yang memahami
saudara mara yang mengambil tahu
dan sahabat handai yang sangat prihatin
Syukur dengan semua itu
2013 tetap berlalu meninggalkan
1001 macam nostalgia dan kenangan
tetap abadi kerana ada tarikh penting yang perlu di kenang hingga akhirnya
2014 tetap menjelma
dan hanya berdoa dan berusaha supanya 2014 lebih baik, lebih indah, lebih bermakna
dari tahun-tahun sebelumnya.
Selamat tinggal kenangan
-2013-