Assalamualaikum
Rasa terpanggil juga nak cerita pada hari kejadian
5 Oktober 2013 (Sabtu)
Jam 5 pagi waktu tempatan : 630pagi waktu Malaysia
Kak ngah call bagitau mata papa dah kecik pandang ke atas
bila dgr bunyi telefon pagi2.. mmg jantung aku selalu deras !
dan 2 3 hari sebelum tu hati aku mmg xsedap dah pun.
aku terus bangun bincang dengan hubby ajak balik hari tu juga.
Terus siap2 beg dulu sementara tgg ofis MAS buka nak beli tiket.
dalam pada kami tengah pick pack.. jam 730pagi waktu tempatan kakngah call "Papa dah xde"
berderau jantung aku.. xterkata apa-apa bila dengar hubby ucap "innalillah"
Papa pergi begitu cepat xtunggu aku pun sbb aku dah plan nak balik hari tu kan.
Aku call mama, aku bilang "kenapa papa xtunggu zura ?, zura nak jumpa papa"
Mama jawab "bila tiba ajalnya sesaat pun tak bole di tahan-tahan".
Teresak aku menangis.
aku ambil nafas tenangkan pikiran sebentar.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Jam 9 pagi kami keluar cari tiket dapat tiket jam 1215pm
Landed at KLIA jam 415 petang.
Selamat sampai ke Kuala Rompin jam 10malam.
Papa dah semalam di kebumikan jam 2petang selepas Zohor.
Dah memang tersurat hanya aku lah anak yang xdapat nak menatap wajah suci papa sebelum dia di dikebumikan. Kalau di ikutkan hati mmg aku terlalu kecewa. Tapi iman masih ada. Takdir Allah dan untuk ketenagan arwah di sana aku redho.
3 hari sebelum kak lang update gambar papa di FB
mmg sayu hati aku nengok
Skang kalu aku tatap pun laju menitik airmata
Aku rindu papa !
Seminggu sebelum ada kenduri dah solat hajat di Ofis. Aku menangis teresak-esak kerana aku risaukan papa, dan aku rindukan dia. xsangka itu petanda dia benar-benar akan tinggalkan kami pada sabtu berikutnya.
Semoga roh Arwah papa di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah
0 Kritikan:
Post a Comment