Sila baca "Serabot perot" tu guna loghat kelantan paling pekat okeh
baru feel !
kuar dah suma segala loghat menunjukan punya la serabut nak pikir apa menu nak masak tuk santapan sekeluarga
dulu kat msia aku ni jenis memasak juga di rumah
tapi xde la pening mcmni kot
ye la dulu masak juga tapi atlist ada pasar malam skip juga memasak kan
sekali pasar malam di putrajaya sekali di bangi
5 hari bekerja dah skip 2 hari ye dok !!
if weekend keluar berjalan dah rest during weekend juga
so paling worst pun seminggu 4 kali je masak
tu pun tuk dinner sahaja
lunch for sure di office
so xde la pening sgt nak pikir menu-menu nak masak
tapi kat sini hari-hari ok without fail
if failed meaning kebuluran lah. hehheheh
kalau ada org jemput makan tu omak ai syukur nya bukan pikir jimat lauk tapi pikir jimat menu dan tenaga. hari-hari masak pun bosan juga.
makan kat luar pun xselalu sekali 2 minggu pun dah cukup bagus tu.
so kami kami kami ni stress bertukar-tukar menu dan resepi
kalu jenis pandai masak bole la hari-hari menu berlainan
if yang so so cum i ni. tu pun jenuh susun jadual supaya xbosan dengan masakan sendiri
kadang-kadang i buat2 malas juga suh hubs msk lauk pilihan dia
bila di tanya nak makan pe today ?
dia pun xde respon sgt, apa-apa je lah
itu yang buat lagi stress okeh.
if nak sng mee maggi je cepat di masak sedap di makan !! huhuhu
selalu makan maggi gugur pulak rambut nanti. alahai
tadi aku duk termenung 10 minit duk pikir pe ada dlm freezer tu tuk di baham dinner ni
tapi idea ttp lah xdtg.
ada ikan bawal nak masak kari baru je 3 hari lepas makan kari
ada ikan rohu hasil pancingan hari tu nak masak asam pedas xde daun kesum xsedap pulak
ada udang tapi skit sgt xcukup pun tuk kami bertiga. hihihi
ada ikan kembung xkan nak goreng je. stok sayur mmg dah out !
nak buat lauk berunsur telor baru masak telur puyuh pagi tadi
stok ayam dah hbs pulak tu.
lagi ada pe lagi ??????
oh ada pau kaya
dinner makan PAU ???????????
kena pangggg tak dengan laki i ? huhuhuu
0 Kritikan:
Post a Comment