BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 25, 2012

Pembantu Rumah

Isu pembantu rumah pernah hot sedikit masa dulu kan 
gaji melonjak naik sampai ke rm800 
kerja hanya 1 skop 
cuti sabtu ahad 
bebagai lah 
gila ke haper 
yes, pembantu rumah juga adalah pekerja 
ada hak tersendiri tapi biarlah bersesuaian dengan cara dan keadaan nya 
betul tak ? 
aku yang kat sini pun dengar cerita-cerita tu di malaysia stress juga !


Aku di sini ade pembantu rumah 
dah setahun lebih ni semua masih boleh di kawal 
dan ada juga la facing hal2 yang menyakitkan hati
dulu masa aku sorang hubs di Malaysia aku amik 2 maid stay di rumah 
sorang tu semua kenal kot Thandar Moe yang kekal sampai skang
sorang lagi masa tu tua skit usia awal 40an 
 janda anak sorang sekolah 
banyak cekadak, tapi aku layan kan aja. sbb kita ni niat nak menolong 
tup tup baru 2 bulan kerja dah minta naik gaji. aku sebal je nak malayan. 
then yang paling aku hangin dia curi-curi minum susu formula QK 
aku mmg marah lah part tu, sbb susu QK xde kat sini 
setiap kali Malaysian datang kirim skit-skit buat stok 
dia suka suki nak minum bancuh ngan milo lak 
aku tanya dia kata susu tepung tu sedap lemak berkirm. WTH 
aku warning dulu sbb aku ni masih ada hati dah perasaan juga la 
kebetulan mama aku and anties ada time tu
dorang mengadu siang2 lepas makan org tgh lipat baju dia hentam tidur dalam bilik 
mak aku la p intai2 kat bilik 
nak tidur bole je tp sebaiknya biarla lepas habis suma kije then ko nak relax aku xkesah lah 
ni kawan ko buat kerja ko tidur 
mana bole bai. huhuhu 
lepas tu ada juga la thandar mengadu 
dia kerja berkira, if baby poo poo dia xmo cuci sanggup tunggu thandar. 
lepas tu ngada2 benda tu xleh makanla nasi nak nasi lembik2 so kena masak asing tuk dia. 
hamboiii ko madam ke aku madam ?????
aku dengarkan aja 
sampai ada 1 hari dia btau ayah dia sakit and nak balik kampung 
 dia kata nak jaga ayah dia nak cuti 2 minggu 
aku bagi la. siap bagi duit extra sbb concern mana tahu nak guna duit 
sekali rupanya dalam 2 minggu tu kawan aku terserempak dengan dia kat sekolah tgh amik anak madam baru dia. 
uhhhh menyirap darah aku, MENIPU mmg kepantangan aku !
 terus lps 2  minggu mmg xmuncul pun kelibat dia 
lega juga la. 



After sebulan aku dpt maid baru budak lagi 
kerja mmg tip top, pendiam 
xbanyak songeh lah. 
 kebetulan aku nak pindah time tu so dia kerja berat skit
tapi so far ok 
QK pun nampak selesa ngan budak tu
tapi dah mmg nak jadi cerita 
 1 day aku kena pergi kerja awal tuk duty 
so pagi2 kena masak siap2. 
tapi bila aku bgn dua-dua maid xbgn lagi 
aku buka bilik baru lah depa kelam kabut bangun 
aku marah juga la sbb mmg nak cpt 
tp marah aku kejap je. 
aku xmarah depan2 sampai office aku kol ckp ngan thandar lain kali jgn buat cmtu lagi. pesan pada budak tu sekali. 
tiba-tiba aku balik kije ngok dia dah siap beg depan rumah nak berhenti kerja. 
apa pulak musibah ni. rupanya dia malu sbb terbangun lambat dan madam marah. 
ohhhh kira xbole kena marah la ni. cantik muka kau !!
tapi time tu aku sedih gila tau, sbb kebetulan bulan yang sama thandar ada btau nak berhenti kerja so aku stress pk sape nak jaga QK sebaiknya. then dia pulak nganda2 xbole ditegur
aku nangis oke time tu. sbb facing sorang2. dalam otak sape nak jaga anak aku !!
 tapi budak tu keras hati ttp nak berhenti. fine la. 
then aku slow talk ngan thandar, dia kesian ngan aku 
dalam keterpaksaan dan tuk kesenangan aku juga 
aku offer thandar gaji tertinggi di antara maid-maid Malaysian kat sini 
which is rm370-400 lah bila di convert. mmg la kat msia xdpt gaji cmtu kan. 
tp sini harga tu dah kira paling byk okeh. 
 xpela asalkan ada org jaga anak aku. dia setuju terus x jadi ke singapore tuk kerja. 
lega di situ. 
lepas kejadian tu aku xamik dah 2 maid stay nite di rumah. 
aku amik sorang tapi bayar gaji hari dari jam 8-5pm 
ok la dah setahun pun macam ni. 
 walaupun bila pikir balik aku dah byr byk pada thandar nape perlu sorang lagi 
bila ngok kdg2 xterkejar juga semua benda thandar nak buat 
or bila thandar sakit  atlist ada orang nak bantu. 
xpela tuk tu aku lelap mata je la bayar cum tolong orang dalam kesusahan juga kan 



Aku xla kata thandar ni pembantu yang perfect 
tapi boleh la
kadang2 ada gak musim ngada2 dia 
hujung thn lepas dia minta nak sambung blaja pulak 
konsep uni sini belajar 1 bulan dalam 1 tahun selama 3 thn baru dpt diploma. 
setiap oktober sahaja 3 tahun berturut2 
aku ni kesian 
sbb dia ni kategori cepat tangkap, ada cita-cita cuma dulu duit xde nak blaja. skang gaji dah lebih skit bole la sambung blaja 
aku pun bg la, xbaik sekat keinginan orang kan. 
so oktober thn ni selamat lah sbb kami di Msia berpantang. 
 tapi harap2 lepas belajar sebulan jumpa macam2 orang xde la minta nak berhenti kerja 
mmg aku terajang jauh-jauh 
 tapi selama setahun lebih dia kerja ngan aku actually 2x dia nak minta berhenti sbb nak kerja luar Myanmar cari duit lebih. so far boleh di kautim. 
nak hadapi lagi 2 tahun kat sini. cmne la kan. 
xlama lagi ada baby kecik pula tu. 

Semoga dipermudahkan segalanya. 





0 Kritikan: