BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 19, 2008

RENUNGAN KU..

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....

SMM.com

CEPATNYA MASA BERLALU..

Diam x diam hari ni dah masuk 19 hari bpose.
Cepatnya masa berlalu hinggakan kadang2 terlupa "hari ni brapa pose ya".Tibe2 teringat kata-kata Dr. M "Melayu mudah lupa"... hum aku la di antara melayu itu..da ke patut hari pun leh lupa, dasat2 ..

x lama ja lagi dah nak raya tapi aku masih lum rs kehangatannya mungkin kerna da lagi sesuatu yg lebih hangat dari Aidlfitri lepas raya nanti kot ..wau teruja nya saya nak menanti debaran kehangatan itu, SURPRISE!..tapi nak xnak kena gak pk pasal raya ni, duit raya(amamak lum tukar lagi la) kuih raya(tggu gaji je leh la amik yg dah di booking tu) baju raya(selai ja baju raya sy tis year) itu suma dah kena arrange sndri memandangkan dah da salary sndri kan ..lu pikir la sndri! .. ni la msnya nak tulun parents x byk skit pun jadi la .. thanks to gomen coz dpt gak bonus tis year leh la tampal lubang2 yg dah lama tak kambus tuh..oh gosh!

kalu di beri anugerah supaya masa bole di kembalikan waktu alangkah indahnya dan pasti hidup aku skang akn lebih baik ..oh god as muslim aku kena sll bersyukur jgn menyesal setiap pe yg telah berlaku(slurpppppp sedut balik pe yang aku ungkap tadi) ..pengajaranya jgn shoping moping sangat kalu xnak hari2 mendatang di penuhi ngan lubang2 yang x cukup tanah..kalu x mmg hari2 perayaan sebegini terasala keperitan nya..sendri tanggung la kan!

So.. hargai ruang dan masa.





BERMULA DI SINI...

Hai all,

Well done to mysef akhirnya tertubuh gak blog ni untuk luahan rasa suka duka aku dan untuk tatapan yang bole di kongsi bsama..Yang baik jadikan teladan yang buruk bagi kat DBKL..

Senanya tak tau gak nak mula cmne ni tapi akan ku cuba untuk tidak terus ketinggalan dek arus teknologi yang dah semakin maju. Dengan bantuan "Darleena" bukan nama sebenar aku semakin di telan arus yang serba canggih ini. Hope everything come smooth.

Banyak gak yang bole di nukilkan memandangkan byk agenda2 tergempar yang akan menyusul dari hari ke hari selepas ini. Wau x sabar rasanya!

So .. segalanya bermula di sini..